"ITU MESTI PEREMPUAN YANG BAWAK". Ayat ni cukup sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Kadang-kadang kita tak perasan ada orang sebut macam ni. Ayat ni juga selalu aku sebut ketika membawa kereta atau menunggang motorsikal di jalan raya.
- Tengah sedap-sedap drive kereta dengan kelajuan biasa, tiba-tiba kereta depan brek dan terus masuk simpang kanan. Tak bagi signal pula tu. Ayat yang akan keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".
- Kita bawa laju mungkin untuk kes-kes kecemasan atau betul-betul dah lambat nak pergi kerja atau pergi mana-mana la. Tiba-tiba kelajuan kereta kita berkurangan disebabkan kereta depan kita yang bawak slow jek macam ninja turtle. Nak potong, double line or kereta bertentangan banyak. Ayat yang keluar dari mulut kita, " itu mesti perempuan yang bawak".
- Perjalanan lancar seperti biasa, dengan tiba-tiba ada kereta masuk lorong depan kita tak bagi signal. Main masuk je macam takda kereta lain. Kita mesti la kelam kabut brek. Ayat yang keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".
- Sikit-sikit nak brek. Sikit-sikit nak brek. Dah tau jalanraya tengah sibuk banyak kereta, tak payah la tekan minyak sangat kan. Jarak kereta dia dengan kereta depan 10 meter, tapi tekan brek nak mengejut macam lagi 1 meter nak kena. Lepas tu jauh lagi nak jumpa selekoh dah tekan brek. Orang belakang juga yang susah. Ayat yang keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".
- Dekat traffic light,lampu merah berhenti, kadang-kadang ada yang berhenti mengejut. Kuning lagi dah berhenti. Lampu hijau menyala, enjin kereta mati. Kelakar-kelakar. Ayat yang keluar dari mulut orang belakang, " itu mesti perempuan yang bawak".
Berhati-hati lah di jalanraya. Utamakan keselamatan anda dan fikirkan keselamatan orang lain.
13 comments:
eh,pompuan skg lg hbt bwk kete dr lelaki la..
jgn pndng sembarangan k..
huhu
saya tak pandang sembarangan pun.. cuma dah jadi kebiasaan orang kita cakap ayat mcm tu..
perempuan ni kadang-kadang lebih hebat bwk kete, lebih mmbahayakan..
aah kan,,tak pt0t2..
skg ni klu tgk laki p0n de bwk yg lg tr0k dr tu,tp yg kne pmpn gk..haha
try test tengok hehehe
Lai Qma - btol tu. kadang2 memang lelaki yang bwk kete x btol, tp ayat yang keluar sama jek dr mulut org. "itu mesti perempuan yg bwk". hehe.
Choootz Axoera - nk try ape?? awk tgok2 sendiri la time bwk kete.. ada x org potong kete awk n jeling2 kt awk (utk tgok sape bwk kete).. kalau ada, org tu ckp cmtu la tu..hehe
haaa..... ayat ni pun biasa keluar dari mulut perempuan jugak...
sy pernah naik kete ngan kawan sy, dia marah2 kete depan dia. " hishh, pompuan la ni yg bwk depan ni,, menyusahkan jek" padahal dia pun perempuan..hehe... bukan ape,,ayat ni org dah terbiasa nk sebut tau..
haha. memang selalu mcm tu, tapi kadang kadang perempuan bawak lagi hebat. dan cuba tengok, kalau accident kereta, siapa yang bawak ? mesti lelaki yang bawak. hee. :)
farah roslan - btol jugak ek.....hehehe,,,no komen...
kannn. lelaki asyik nak salahkan perempuan. tapi cuba fikir di sebaliknya itu. haha. senang cerita. dua dua pun sama. :)
mmg sama...lebih kurang jek... tp tu la... kalau nmpk bwk x betol skit,,mmg org akan cakap mesti perempuan yg bawak...
Haha tawu tak pe, Alyn sendiri pun salu ckp cm tu.Time bawak kete jumpe kete yg bawak slow p2 membahayakan orang lagi, terhegeh2 lagi,suke men brek, mesti Aly kate depan nie mesti pompuan . P2 time potong tgok betul pompuan . (mcm xsedar je diri tu pompuan)
alyn adnan :
mmg sllu kan perempuan2 ni cmtu kalau kat japan raya...kan..kan..
betul la tu. momoy pun kadang tension ngan kaum sendiri. haha. paling tension lorong kanan tapi bawa slow. memang hangin jer bagi pemandu lacu macam momoy.
yag kedua bila nak masuk simpang, dah la tak bagi signal
tapi paling tension bila reverse kereta nak keluar parking , bukannya nak pandang belakang ke apa ker. tahu nak keluar jer. Momoy stok-stok macam memang tekan hon jer pastu buka tingkap kata , "nyawa orang lain pun berharga juga dear"
Post a Comment