Click here OK!

Followers

Tuesday, 15 November 2011

ITU MESTI PEREMPUAN YANG BAWAK


"ITU MESTI PEREMPUAN YANG BAWAK". Ayat ni cukup sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Kadang-kadang kita tak perasan ada orang sebut macam ni. Ayat ni juga selalu aku sebut ketika membawa kereta atau menunggang motorsikal di jalan raya. 


  • Tengah sedap-sedap drive kereta dengan kelajuan biasa, tiba-tiba kereta depan brek dan terus masuk simpang kanan. Tak bagi signal pula tu. Ayat yang akan keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".  
  • Kita bawa laju mungkin untuk kes-kes kecemasan atau betul-betul dah lambat nak pergi kerja atau pergi mana-mana la. Tiba-tiba kelajuan kereta kita berkurangan disebabkan kereta depan kita yang bawak slow jek macam ninja turtle. Nak potong, double line or kereta bertentangan banyak. Ayat yang keluar dari mulut kita, " itu mesti perempuan yang bawak".   
  • Perjalanan lancar seperti biasa, dengan tiba-tiba ada kereta masuk lorong depan kita tak bagi signal. Main masuk je macam takda kereta lain. Kita mesti la kelam kabut brek. Ayat yang keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".  
  • Sikit-sikit nak brek. Sikit-sikit nak brek. Dah tau jalanraya tengah sibuk banyak kereta, tak payah la tekan minyak sangat kan. Jarak kereta dia dengan kereta depan 10 meter, tapi tekan brek nak mengejut macam lagi 1 meter nak kena. Lepas tu jauh lagi nak jumpa selekoh dah tekan brek. Orang belakang juga yang susah. Ayat yang keluar, " itu mesti perempuan yang bawak".  
  • Dekat traffic light,lampu merah berhenti, kadang-kadang ada yang berhenti mengejut. Kuning lagi dah berhenti. Lampu hijau menyala, enjin kereta mati. Kelakar-kelakar. Ayat yang keluar dari mulut orang belakang, " itu mesti perempuan yang bawak".      
Saya bukan nak menyalahkan perempuan untuk semua aksi-aksi di jalan-raya ni. Tapi ayat ni memang biasa didengar. Sejujurnya, saya pun selalu cakap macam itu. Aksi-aksi macam ni lelaki pun banyak yang buat, malah saya sendiri pun kadang-kadang bawa kereta macam tu. Siap kena hon lagi. hehe. 
Berhati-hati lah di jalanraya. Utamakan keselamatan anda dan fikirkan keselamatan orang lain.
 

13 comments:

Unknown said...

eh,pompuan skg lg hbt bwk kete dr lelaki la..
jgn pndng sembarangan k..
huhu

shahrazali said...

saya tak pandang sembarangan pun.. cuma dah jadi kebiasaan orang kita cakap ayat mcm tu..
perempuan ni kadang-kadang lebih hebat bwk kete, lebih mmbahayakan..

Lai Qma said...

aah kan,,tak pt0t2..
skg ni klu tgk laki p0n de bwk yg lg tr0k dr tu,tp yg kne pmpn gk..haha

ch000tz said...

try test tengok hehehe

shahrazali said...

Lai Qma - btol tu. kadang2 memang lelaki yang bwk kete x btol, tp ayat yang keluar sama jek dr mulut org. "itu mesti perempuan yg bwk". hehe.

Choootz Axoera - nk try ape?? awk tgok2 sendiri la time bwk kete.. ada x org potong kete awk n jeling2 kt awk (utk tgok sape bwk kete).. kalau ada, org tu ckp cmtu la tu..hehe

shahrazali said...

haaa..... ayat ni pun biasa keluar dari mulut perempuan jugak...
sy pernah naik kete ngan kawan sy, dia marah2 kete depan dia. " hishh, pompuan la ni yg bwk depan ni,, menyusahkan jek" padahal dia pun perempuan..hehe... bukan ape,,ayat ni org dah terbiasa nk sebut tau..

farahroslan said...

haha. memang selalu mcm tu, tapi kadang kadang perempuan bawak lagi hebat. dan cuba tengok, kalau accident kereta, siapa yang bawak ? mesti lelaki yang bawak. hee. :)

shahrazali said...

farah roslan - btol jugak ek.....hehehe,,,no komen...

farahroslan said...

kannn. lelaki asyik nak salahkan perempuan. tapi cuba fikir di sebaliknya itu. haha. senang cerita. dua dua pun sama. :)

shahrazali said...

mmg sama...lebih kurang jek... tp tu la... kalau nmpk bwk x betol skit,,mmg org akan cakap mesti perempuan yg bawak...

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

Haha tawu tak pe, Alyn sendiri pun salu ckp cm tu.Time bawak kete jumpe kete yg bawak slow p2 membahayakan orang lagi, terhegeh2 lagi,suke men brek, mesti Aly kate depan nie mesti pompuan . P2 time potong tgok betul pompuan . (mcm xsedar je diri tu pompuan)

shahrazali said...

alyn adnan :
mmg sllu kan perempuan2 ni cmtu kalau kat japan raya...kan..kan..

.::: Princess MOMOY :::. said...

betul la tu. momoy pun kadang tension ngan kaum sendiri. haha. paling tension lorong kanan tapi bawa slow. memang hangin jer bagi pemandu lacu macam momoy.

yag kedua bila nak masuk simpang, dah la tak bagi signal

tapi paling tension bila reverse kereta nak keluar parking , bukannya nak pandang belakang ke apa ker. tahu nak keluar jer. Momoy stok-stok macam memang tekan hon jer pastu buka tingkap kata , "nyawa orang lain pun berharga juga dear"

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA