Click here OK!

Followers

Wednesday 30 November 2011

APA YANG LELAKI NAK - pada kekasih lamanya


Ini adalah pendapat saya sendiri berdasarkan pengalaman.

APA YANG LELAKI NAK - pada kekasih lamanya


  1. Jangan contact selalu kalau dah tau lelaki tu dah ada kekasih lain. Kadang-kadang kekasih lama ni sengaja nak call or message masa lelaki tengah dating supaya lelaki tu bergaduh dengan kekasih baru.
  2. Beritahu secepat yang mungkin jika dah jumpa pengganti. Memang la hati lelaki tu akan terguris kalau dapat tau, tapi itu lebih baik dari masih mengharap kat kekasih lamanya. Ini juga akan mengelakkan lelaki tu kena marah dengan kekasih baru perempuan tu. Tiba-tiba lelaki tu contact, dia tengah dating dengan kekasih baru. Dah sah-sah kena maki sebab masih contact lagi walaupun dah putus. 
  3. Jangan ungkit kisah-kisah lama yang manis-manis sedangkan dia yang beriya sangat minta putus dulu atau dia yang buat hal dulu (curang ada lelaki lain). Masa minta putus dulu takda pun nak ingat kenangan-kenangan manis, yang dia ingat semua kesalahan lelaki tu.
  4. Jangan nak mengadu pasal kekasih baru kat lelaki tu. Dulu kata lelaki tu tak pernah memahami dia, tak menghargai dia, tak ambil tau masalah dia. Tapi bila dah ada kekasih baru, pada lelaki tu la dia nak mengadu macam-macam. 
  5. Pikir masak-masak kalau nak berbaik dengan lelaki tu. Pikirkan keadaan sekeliling dan keadaan lelaki tu. Lelaki juga ada perasaan ye. hehe.. Pikir bagaimana keadaan hubungan akan datang kalau berbaik semula. Semakin baik atau semakin buruk.
  6. Jangan ada ugut-mengugut atau sumpah menyumpah antara dua-dua pihak. Ini tidak, bila dah putus mula la tak puas hati, nak ugut untuk beritahu kekasih baru lelaki tu pasal macam-macam. Kalau tak pun menyumpah lelaki tu supaya tak kan dapat jodoh ke apa ke...Macam-macam...
  7. Jangan sombong dengan lelaki yang pernah jadi kekasih ni. Bila dah berjaya, mula la cakap "saya lebih berjaya tanpa awak". Tak pun cakap kekasih baru dia 10x lebih bagus daripada lelaki tu.. Padahal lelaki tu la tempat dia bergantung dulu.
  8. Jangan asyik salahkan lelaki je bila dah berjaya dalam hidup. Jangan cakap " sebab awak la dulu saya tak belajar tau, sekarang saya rajin jek", tak pun " sebab awak dulu la saya asyik gaduh dengan family saya tau, nasib baik sekarang kami dah rapat kembali".
  9. Jangan terlampau jual mahal kalau bila tiba masa lelaki tu dipertemukan kembali. Ataupun jangan terlalu mengada-ngada kalau satu masa nanti berbaik semula dan letakkan syarat macam-macam supaya dia setia dengan lelaki tu. 
 Bukan semua perempuan macam ini. Cuma ada segelintir jek. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya. 

16 comments:

TiNurSya said...

banyak pengalaman putus cinta ke ni? hee ;)
suka yg no 1. kadang-kadang laki pun camtu jugak.
kol or mesej awek lama, bila ternampak awek lama dia tu dating ngan pakwe baru. huhu~
kalau syg lg, face to face ^^,

Anonymous said...

la.. betul tu semua^^
nice sharing^^

MalizaMah said...

waaa info ... hmmmm....
ohh ya thx for leave comment kat blog saya.....
apa2pun sama2 usaha dpt BE.....

shahrazali said...

syieda - memang lelaki pun camtu jgk kdg2.... lagi2 yg jenis x bole nak lupakan ex dia or gila talak...hehe


El-Janna - betul??? sama-sama kita renungkan k...


Alieza Dayasari - okay aliza... thanks gk sudi singgah blog sy..

cik pinaz said...

yang last last tu . terasa sikit2 .. haha :P

Eein Azryn said...

hehe. laki pompuan sama je ni. tapi kalau dah putus, berkawan tak salah walaupun susah pada mulanya. :D

shahrazali said...

cik pinaz - haaa...ada pengalaman cam tu la ni ek..hehe..


Eein Azryn - mmg berkawan x salah... tp kan kadang2 bila berkawan pun akan ada rasa cemburu.. btol x?? bila ada rasa cemburu,,akan ada la masalah..

ch000tz said...

kebizian yang maksima! tak sempat nak mengreply TAG hari tu...nnti ptg kang i try eyh jawap soklan tag tu hehehe

byway apa yg laki nak dari kekasih lamanyer hrmmmmm hahahahah LAKI TU GILER TALAK kui3!

KizZ said...

Oo YEAH!..

Setuju setuju!

cik pinaz said...

ada la sikit2 tapi buka betul2 macam tu .. sipi sipi je .. hehe

Farah Hanis said...

WOW :D

qwert. said...

Chop. ini situasi untuk? Perempuan minta break atau lelaki yang putuskann?

shahrazali said...

ni untuk dua2 situasi....x kisah samada perempuan mntk break or lelaki mntk putuskan...lain ek mntk break n putus??????emmm...
yg pntingnya ini apa yg lelaki nk selepas antara 2 situasi ni..

qwert. said...

lain laa.

Anonymous said...

hohoho tapi macam ne ek kalau ex tuh da de pengganti,tapi still contact ex nya?hihii(ehh bukan dari pengalaman)

no 7,w/p arwah dah xde pun,mas masih hargai pengorbanannya.sampai bila2.so sper2 yang sombong n xkenang budi,memang xreti menghargai

shahrazali said...

still contact biasa2 ok lgi la... cuma jgn sampai buat pengganti dia rasa kurg senang dgn kita..nnti kita yg kena...

bgus la mas sntiasa mghargai pengorbanan seseorang..nnti org lain pun akan hargai kita.. selalu la sedekahkan al-fatihah buat arwah ye..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA