Click here OK!

Followers

Sunday, 27 November 2011

YEAHHH !!! DAPAT ANAK BUAH YANG KE 8

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Azam kali ni tak banyak berubah. Cuma nak jadi yang lebih berguna dan lebih baik dari masa-masa lepas. Jumaat lepas aku dapat berita tergempar daripada abang aku. Kakak aku yang no 2 dah selamat bersalin. Alhamdulillah......
Ni la 7 orang anak buah aku. Sekarang dah tambah lagi sorang menjadi 8 orang..yeahh..

Masa dapat berita ni aku punya la seronok dan bersyukur kakak aku selamat melahirkan anak kedua dia. Anak perempuan. Masuk ni dah 6 orang perempuan anak buah aku termasuk 2 lelaki. Jumlahnya 8 la kan. Sebelum-sebelum ni aku risau sangat sebab dia selalu keluar masuk hospital. Mana taknya, darah asyik naik jek. Tiap kali pergi klinik nak check, mesti darah naik, dan bila darah naik, terus doktor suruh duduk wad kat hospital untuk turunkan tekanan darah dia. 

Apa yang lebih merisaukan, doktor hantar plak dia ke Hospital Sultanah Aminah JB. Doktor mungkin akan paksa dia melahirkan anak sebab tekanan darah tinggi boleh membahayakan bayi dalam perut. Lepas tu doktor cakap plak risiko dua2, 50-50. Haaaaa!!! Terkejut 'beruk' aku masa dapat mesej tu daripada kakak aku. Dah la tak cukup hari lagi. Lebih kurang 2 minggu dari tarikh anggaran.

Tapi lepas dimasukkan ke hospital JB tu, alhamdulillah tekanan darah dia maintain jek dan doktor pun suruh dia duduk jek dalam wad menunggu masa nak bersalin. Tanggal 24/11/2012 aku dapat anak buah yang ke 8. Bertambah lagi sorang yang akan panggil aku pak usu. hehe. Selang dua hari jek daripada tarikh lahir kakak aku 26/11/2012. To my sister, selamat hari lahir dan selamat dapat baby baru. 

Aku tak sabar nak jumpa anak buah baru ni. Aku suka sangat kot dengan budak-budak. To baby, Pak usu sayang baby,,pak usu tak sabar nak ketemu baby..hehe (belum ada nama lagi).


Ni kakak baby tu. UMMI ZULAIKHA nama dia. Panggil ika. 
Aku dari semalam tolong fikir apa nama sedap untuk anak buah baru ni. Nama yang penuh makna dan boleh letak nama panggilan sesuai macam "ika" dari nama "zulaikha"
Mari tolong saya fikirkan nama baby girl baru ni..
Ada cadangan??????????????????

8 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

macam2 nama ada dalam fikiran neh..ehhehe

salam maal hijrah..;-)

shahrazali said...

macam2 tu ape dia???

Daddylicious said...

peh..ramai tu...:)

KizZ said...

ila tadi kata nama dia suggest "Salam maal hijrah"..hihi

yanieyeap said...

bestla da ade nak buah..sye 1pown xdak lg..hehe..salam maal hijrah ye..:)

LURZAN TAZA LIMAJ said...

yahooo... :-)

✿ Cik Nisa ✿ said...

bnyak ank buah dye . comel2 plak tu . pinjam 1 . hehe . btw tahniah :)

Nurul said...

congrats!!
hehehehehehe...
nk ad sequence "Z" ke??
zalikha,zalifah
amani,insyirah...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA