Click here OK!
Followers
Friday, 4 November 2011
Salam Aidiladha n Selamat Balik kampung
Dengan ini saya mengucapkan Salam Aidiladha buat semua blogger-blogger yang beragama Islam. Korang balik kampung tak? Mesti la balik kan. Aku pun balik juga. Kampung aku kat Pontian, Johor. Tak sabar rasanya nak balik rumah jumpa mak. Aku rindu kat mak aku. Dengan abah pun rindu, tapi abah dah takda. Hanya al-fatihah dapat disedekahkan padanya.
Hari jumaat jam 12 tengahari tiket aku. Confirm-confirm la tak sembahyang jumaat kan. Aku jadi musafir hari tu. Jalan jauh tu dari Shah Alam ke Johor Bahru. Dalam 5 jam perjalanan. Ini pun kira dekat kalau nak banding dengan masa diploma dulu. Dulu diploma aku kat Sri Iskandar, Perak. 8 jam perjalanan.
Balik macam biasa naik bas. Selama aku naik bas balik kampung ni, alhamdulillah tak ada masalah timbul contohnya eksiden atau bas rosak. Takut la juga kan sebab dah banyak sangat dah kejadian berlaku lagi-lagi masa raya macam ni. Banyak kes berlaku masa perjalanan tengah malam. Aku memang selalu balik malam kalau dari Johor Bahru. Tapi kali ni aku balik tengahari. Kalau balik tengah malam sampai sana pagi buta, tak ada bas nak balik Pekan Nanas. So, balik la tengahari. Pagi tak boleh sebab aku ada test.
Balik ni boleh la tengok lembu kena sembelih ye tak. Kalau kat Masjid Jamek Pekan Nanas tu confirm ada tiap-tiap tahun. Kalau ada masa, memang kena tengok tu. Kepada sesiapa yang ada rasa kasihan pada binatang yang kena sembelih, tak boleh tengok. Sebab kita tak boleh makan daging tu kalau kita rasa kasihan kat dia masa dia kena sembelih. Ada orang pernah cakap kat aku. Betol la kan???
Selamat menyambut Hari Raya Korban.
Labels:
My Life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA
-
Orang lelaki pun sangat suka diberi hadiah. Jangan ingat orang lelaki ni suka beri hadiah pada perempuan je. Tapi ramai orang cakap susah...
-
Zaman sekarang ni memang dah banyak perigi cari timba . Maklum la, nisbah perempuan sekarang ni lebih banyak berbanding lelaki. Cuba tengok...
-
Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........ "Psycho tak muka gua???". hahaha Aku ada terjumpa something yang telah di '...
-
Tau apa itu alahan makanan (alergi)?? Mengikut fakta yang aku rasa-rasa sendiri, alahan makanan adalah kita tak boleh makan sesetengah maka...
-
Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok...
2 comments:
apakah lembu cute itu akan terkorban jugeee :p
lembu cute tu x la...die ade kontrak modelling lg..
Post a Comment