Click here OK!

Followers

Tuesday, 22 November 2011

PINGAT EMAS BERMAKNA

Malaysia kalahkan Indonesia 4-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah seri 1-1 sehingga 120 minit perlawanan.
Gambar hiasan. Contoh pingat emas.
Tak lengkap pungutan pingat emas Sukan Sea kalau tak dapat pingat emas acara sukan bola sepak. Malam tadi aku sangat berpuas hati dengan kemenangan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir acara sukan bola sepak. Memang jerit habis la lepas Baddrol jaringkan gol pada penalti terakhir Malaysia tu. 

Aku bersama 3 orang lagi member tengok dekat Restoran Dee Attap bertempat di sek 7 lama, Shah Alam. Tengok dekat situ best sebab ada skrin besar dan makanannya sedap-sedap belaka. Sampai sana dalam pukul 8 chop tempat dulu. Cuaca dah mula gerimis mengundang, tapi duduk je la kat kat situ sebab tempat lain memang dah penuh habis. Apa diorang  ni tak reti nak tengok dekat rumah. hehe. Padahal rumah sewa aku pun ada TV, ada Astro, tapi saja nak tengok bola kat luar. Baru la syok nak jerit-jerit kan. 

Antara penyokong yang hadir. Meja hujung belah sana tu penyokong Indonesia
Pukul 830, bola pun start. Hari hujan renyai-renyai, tapi kami tetap tidak berganjak dari tempat duduk. Tak kisah la kan. Kena hujan ramai-ramai. Nak lepak kat bawah bumbung dah penuh. Ada satu perkara yang buat aku terkejut masa tengok bola tu. Pasukan Indonesia mendahului pasukan Malaysia pada minit ke 5 kalau tak silap. Tiba-tiba aku terdengar sorakan dari meja-meja belakang. GOLLLL!!!!!! Terus je la kitorang toleh belakang. Rupa-rupanya ada 3 meja kat belakang penyokong Indonesia. Cissssss !!! Geram beta tengok. Tapi tak boleh nak marah-marah la kan. Sebab kita kena ada semangat kesukanan. 

Dalam hati ni sabar je la. Diorang pun nak tengok bola juga, nak sokong negara diorang. Masa tu memang aku tunggu sangat-sangat Malayisa jaringkan gol dan GOLLLLLLL!!!!. Satu tandukan rendah daripada Asra masuk ke gawang Indonesia. Masa tu semua orang jerit kuat-kuat sekuat Tiger. hehe. Semua menujukan jeritan kepada penyokong-penyokong Indonesia yang tidak seberapa banyaknya. hahaha. Puas hati betul masa tu. Thanks Asra. 
Asra meraikan jaringan dengan penuh rasa geram. hehe.

 Rehat separuh masa pertama, hujan semakin besar dan laju. Kitorang dah risau dah masa tu. Baju, kepala dah basah. Ye la kan, walaupun hujan renyai, tapi kalau 45 minit kena, tak ke basah jugak. Aku nampak satu meja kosong bawah bumbung, terus jek pindah sana. Bagi yang tak ada meja, masih setia berhujan dan terus menyokong pasukan Malaysia. Sanggup pegang payung jek masa tengok bola asalkan tak kena hujan, hati pun puas. 


Bersusun payung diorang.. hehe


Ada 4 biji gol offside masa perlawanan tu. 2 biji untuk pasukan Malaysia, 2 biji untuk pasukan Indonesia. Setiap kali gol offside tu semua penyokong bersorak, dan lepas pengadil batalkan jaringan, memang malu la. Lagi-lagi masa gol offside pasukan Indonesia. Teruk diorang kena kutuk. Biasa la kan, minority. hehe. Benda yang akan terjadi juga kepada orang Malaysia yang berada di Indonesia. 

Rasa tak puas hati dan geram dengan penyokong Indonesia memang 'confirm' ada la kan. Tapi aku pun rasa geram dengan penyokong Malaysia belakang meja aku masa separuh masa pertama tu. Ada la dalam 12 orang, sorang lelaki yang lain semua perempuan. kalau nak kutuk pemain Indonesia aku tak kisah sangat la, tapi siap kutuk-kutuk pemain Malaysia sekali tu kenapa. Kepada perempuan-perempuan tersebut (macam la dia tahu aku nasihat ni), jangan la asyik nak kutuk pemain Malaysia itu ini. Diorang main dah bersungguh-sungguh dah tu. Rezeki jek tak ada. (aku pun kadang-kadang terlepas cakap sebab geram. hehe..nasihat ni untuk diri sendiri jugak)..
Dalam bulatan tu la group perempuan tu. hehe.


Minit 93, masih seri dengan jaringan 1-1. Tambah masa lagi 30 minit. Minit 122, masih seri lagi tanpa jaringan. Penalti la pulak kan. Risau betul aku nak tengok penalti ni. Seram je rasa masa pemain Malaysia yang ambil sepakan penalti. Masa rehat sebelum penalti ni aku perasan sorang demi sorang penyokong Indonesia ni turun bawah. Ingatkan nak pergi tandas. Rupa-rupanya diorang balik dah. Takut la tu. hehe. Memang best 'giler' la tengok penalti tu. Dengan jaringan Baddrol pada sepakan penalti terakhir, maka pingat emas menjadi milik pasukan negara. Aku berasa bangga pasukan bola sepak Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas 2 tahun lepas. Malaysia dah menang ni. Hari ni tak ada ker istiharkan cuti??? hehehe. 
Seronok betul diorang ni. Kami di Malaysia pun seronok dan bangga..
Saksikan video sorakan yang sempat dirakam selepas penalti terakhir Baddrol.


Masa dah menang penalti 4-3 kepada Indonesia ni, semua orang bersorak kegembiraan. Memang puas hati 'giler' la kan. Nasib baik penyokong Indonesia dah balik. Kalau tak memang kena 'bahan' je la dengan penyokong kuat harimau muda ni. hehe. Pasukan inikah yang dikatakan pasukan terbaik Indonesia?????????? Kalau ya, memang ini lah pasukan terbaik Indonesia, TETAPI tetap tidak boleh mengalahkan pasukan Malaysia. Pasukan Malaysia terbaik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hero-hero pasukan bola sepak Malaysia

9 comments:

ch000tz said...

semangat.....semua blogs citer yag sama.....M PROUD TO BE MALAYSIAN!

mimi said...

Pasukan malaysia second team je uh..hihih

Anonymous said...

alhamdulillah..
kedua2 pasukan mmg hebat!

LURZAN TAZA LIMAJ said...

TERBAIK !!!!!

NurSyafinaz said...

Haha like Muslim gan nazmi..heeee

J.Syazwana said...

itulah beza antara orang Indonesia dan orang Malaysia. kalau kite yang minoriti ni tengok dekat kedai makan kat Indon kompem dah lama kene bambu. tapi dorang kutuk2 kite, kita rilek je kan. sebab kite bermoral. hehehe

shahrazali said...

J.Syazwana - orang kita pun kadang-kadang lebih kurang jek perangai.....hehehe...
golongan profesional jek yg jenis tahan sabar dan ada semangat kesukanan...

cik pinaz said...

alhamdulillah Malaysia menang kan ? cuma tak puas hati bila pemain indonesia terang2 main kotor , ade patut dy tolak pemain kita sampai keluar padang tapi x kena kad kuning pun . mungkin pengadil x nmpk tapi kamera nampak .. hehe

shahrazali said...

pengadil pun nampak tu.... cuma dia serba salah nak bagi kad.... takut kena dengan penyokong indonesia yg ramai giler tu... hehe..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA