Jika dibincangkan mengenai kematangan seseorang, kita tidak boleh hanya melihat umur seseorang. Kita perlu melihat dan menilai dari pelbagai aspek. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup matang, tetapi di mata dan fikiran orang lain, kita tak ubah seperti budak-budak bawah umur. Jika seseorang itu kebudak-budakan, tidak serius dalam sesuatu hal, kita pun tidak boleh mengatakan orang itu tidak matang. Kita juga tidak boleh menilai kematangan itu berdasarkan raut wajahnya. Jika mukanya nampak tua, tidak semestinya dia sudah matang. Jika mukanya nampak muda (babyface kata orang), tidak mustahil dia sudah matang.
Matang yang ingin dibincangkan ini bukan la sekadar matang yang sudah aqil baligh, tetapi matang dalam pemikiran, perbuatan, percakapan dan lain-lain lagi.
Bagi saya,,,
- Seseorang itu matang jika dia boleh menerima kritikan dari orang lain dengan tenang. Maksud dengan tenang adalah dia mendengar kritikan orang, kemudian berfikir tentangnya, mengakuinya jika benar, dan membela diri dengan kebenaran dengan cara yang sesuai.
- Seseorang itu matang jika dia boleh menanggung masalahnya tanpa melibatkan atau membebankan orang lain. Maksudnya dia tidak pernah lari dari masalah sendiri dan tidak pula melibatkan orang lain dengan masalahnya. Dia boleh berkongsi masalah dengan orang lain tetapi hanya untuk nasihat, pendapat atau sekadar meluahkan perasaan sahaja.
- Seseorang itu matang jika dia boleh memahami perasaan orang sekelilingnya dan selalu menjaga hati dan perasaan orang lain. Maksudnya selalu memberi respon yang baik atas segala apa yang diucapkan kepadanya, berfikir untuk kebaikan jika hendak memberi nasihat, memahami situasi sebenar sebelum memberi pendapat, dan yang paling penting sentiasa mancari cara untuk menjernihkan suasana dan bukan mengeruhkan lagi keadaan.
- Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal keadaan seseorang atau keadaan semasa. Maksudnya dia bijak mengenalpasti masalah seseorang dan dapat mengagak masalah seseorang berdasarkan naluri hatinya atau berdasarkan pengalamannya. Jika dia dapat mengetahui masalah seseorang itu sebelum orang itu menceritakannya, dia boleh mengawal perasaan seseorang itu dengan menceritakan pengalaman masalah yang sama. Ini sedikit sebanyak akan melegakan hatinya yang bukan hanya dia seorang mengalami situasi tersebut dan bukan dia sahaja menerima nasib sebegitu.
- Seseorang itu matang jika dia boleh mempelajari dari kesilapan yang lepas. Maksudnya dia sentiasa menimba ilmu dan pengalaman dan menjadikan pengalaman sama ada pengalaman baik atau buruk sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain.
- Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal perasaannya dan bijak mengawal nafsunya. Maksudnya dia selalu berfikir tentang keperluan hidupnya dan bukan kemahuan hidupnya.
- Yang paling utama, seseorang itu matang jika dia selalu memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa, sentiasa percaya setiap yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmahnya, selalu memaafkan kesalahan orang lain, sentiasa memohon kepadaNya terlebih dahulu dan menjaga amalannya tidak kira di masa susah atau senang.
6 comments:
kan senang kalau tiap orang ada lable matang kat dahi dia, heheheh so senang nak cari pasangan hahahahah =))
waduhh pak...hahhaa
macam kelakar plak ada tulis kt dahi... baik tulis kat dahi orang tu jodoh kita.. lg senang cari pasangan..
tepat.bg aku matang itu bila org tu
tahu menyelesaikan masalah .tahu letak kan situasi di tempatnya
dan tak menggedik bajet ikut budak
skolah -.-
eh,next week nak blk rumah g bukit cerakah gak!haha
aduhh...kompem aku tak matang! =D
berusaha la lg cantekk...hehe...xpe,,awk muda lg kot...
Post a Comment