Click here OK!

Followers

Saturday 19 November 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS MYANMAR SUKAN SEA 2011

Salam 1 Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Baru jek balik dari kedai mamak Hakim sek 7 ni. Walaupun mata mengantuk, badan penat, tetapi tetap setia menonton dan menyokong pasukan kebangsaan kita. Selama 85 minit tengok, macam-macam kritikan dan sorakan dari penyokong-penyokong pasukan kebangsaan kita kan. Lepas jek minit 85, satu sorakan, jeritan dan pekikan  GOLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!! Fakri! Fakri! Fakri! Fakri! Fakri! Fakri!.. hehe. Akhirnya selepas wisel penamat ditiup, Malaysia melangkah ke perlawanan akhir dengan kemenangan bermakna 1-0 kepada Myanmar.


Permainan kedua-dua pasukan, Malaysia dan Myanmar agak seimbang. Sama-sama main 'save' jek. Maksudnya main dengan berhati-hati. Kedua-dua pasukan ada peluang untuk gol, tapi semua peluang dikecewakan penjaga gol masing-masing. Pemain Malaysia yang aku paling puji Fandi sebab hantaran dia semua bagus-bagus. Lagi pemain Malaysia yang bagus Nazmi dan semua barisan pertahanan.

Bila Syahrul dikeluarkan daripada permainan, aku dah risau dah. Kenapa 'coach' tak keluarkan Fakri sebab permainan Fakri agak 'sumbang' sikit di barisan hadapan. Tapi memang menjadi la kan taktik pengurus pasukan Malaysia iaitu Ong Kim Swee. 

Hari tu muka Izzaq keluar surat khabar, hero pasukan Malaysia. Lepas tu muka Syahrul pun jadi hero pasukan Malaysia. Esok punya surat khabar dah tau la kan muka siapa yang keluar jadi hero. Mesti la Fakri kan. Masih teringat lagi sorakan penyokong pasukan Malaysia dekat Restoran Hakim tadi. Fakri!Fakri!Fakri!Fakri!Fakri!.......

Bila tengok perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, satu perkara ni aku suka sangat. Penyokong kelab-kelab EPL bersatu. Ada yang datang pakai baju Man Utd, baju Chelsea, baju Liverpool, baju Arsenal. Tapi semua tetap bersatu menyokong pasukan kebangsaan. haha. Mesti la sokong pasukan negara sendiri kan. Itu la peminat setia bola sepak namanya.  

Kepada pasukan kebangsaan kita, teruskan usaha di perlawanan akhir menentang sama ada Indonesia atau Vietnam. Pertahankan pingat emas yang paling bermakna buat negara. Seperti kata pengulas perlawanan " tak lengkap pungutan pingat emas kita tanpa pingat emas daripada sukan bola sepak"...

3 comments:

ch000tz said...

tak suka bola....sekian komen saya hehehe

shahrazali said...

ini pasukan kebangsaan tu.. kne la sokong kan...

rockmanticks said...

berkunjung gan,follow balik di tunggu

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA