Tiket masuk 3 orang 3 keping la.. |
Dalam pukul 1000 pagi kitorang dah masuk. Harga tiket RM3. Masuk-masuk jek terus pergi tempat basikal. Nak sewa 3 basikal. Harga sewa ada RM5 dan RM10 untuk sejam pertama. Kalau tambah jam, tambah RM1 setiap jam tambah. Tapi sebanyak 200 basikal sewa disediakan, semuanya habis. Aduss... Kalau nak tunggu, akak tu cakap tengahari mungkin ada. So, kitorang naik je la bas nak jalan-jalan dalam tu.
Bas kosong. Mana ntah driver. |
Ini nasib je dapat duduk ni. hehe. |
Bas pula semua penuh. Tapi naik je la. Selit-selit yang mana muat. hehe. Lepas tu kitorang berhenti kat check point mana-mana kitorang nak berhenti. Then sambung naik bas balik sampai bas balik ke tempat asal.
Masih boleh tersenyum walaupun penat |
Lama gak kitorang pusing-pusing dalam tu. Ingatkan nak masuk rumah 4 musim, tapi tiket tak beli. Kena beli dekat kaunter utama da. Nak pusing balik, memang tak la. So, kitorang jalan-jalan je la. Keluar sikit peluh kan.
Siap pakai helmet. haha. Kelakar pun ada. |
Sampai pintu utama dalam pukul 1250. Lepas tu kitorang nampak basikal dah banyak balik. Terus je la pergi sewa basikal. Sebab tak ramai orang pusing-pusing naik basikal tengahari. Cuma yang boleh tahan panas jek naik basikal tengahari ni. hehe (tahan la sangat kan). Mula-mula aku tak nak naik basikal. Penat kot. Dah la jalan berbukit sana-sini. Tapi lepas kena pujuk dengan diorang, aku join la skali. hehe.
Tengah semangat sebab turun bukit. hehe |
Tengah tengok dimana berada |
Adik-adik ni pun sesat ker?? |
Penat woo naik basikal dalam tu. Masa turun bukit seronok je. Aku la yang paling laju diantara mereka. Biasa la kan, tarikan graviti kuat. hehe. Tengok badan la beb. Masa naik bukit, dah sah-sah aku yang paling lambat. Dah malas kayuh, aku sorong je la basikal tu. haha. Masa turun bukit, naik balik. Jam masa tu dah pukul 130 tengahari. Badan penat, kepala dah sakit disebabkan cuaca panas. So, kitorang patah balik. Sampai pintu utama pukul 2, pulang basikal, bayar, then cari 100 plus. hehe. Penat macam atlet sukan berbasikal dah aku.
Pukul 2 lebih kitorang balik. Lepas tu pergi kedai makan cari nasi. Lapar kot perut. Masa naik basikal turun berat 2 kilo, lepas makan naik balik 2.5 kilo. hahaha.
Gambar tempat-tempat menarik kat dalam ni. Tak sempat ambil gambar banyak tempat. Penat. hehe.
Kepada sesiapa suka kan aktiviti lasak, boleh la datang sini. Dekat sini ada juga aktiviti-aktiviti menarik siap dengan pakej sekali. Datang la sini beramai-ramai.
klik SINI untuk maklumat lanjut tentang aktiviti yang disediakan. Selamat bercuti.
6 comments:
pmandangan canteq lah..ta pna smpi g at sini..nty na g jgk lah..hehe
pegi jgn x pegi.....hehe..
wah outdoor xtvt...best loike
best....lagi ramai join skali lg best..hehe..
comelnya tmpt ni..klau ade ksempatan, bole pegi ni..
dah kembali ketanah air for gud, itu hanya mengimbau kenangan lalu......keje as a PA aja...
Post a Comment