Ini adalah pendapat saya sendiri berdasarkan pengalaman.
APA YANG LELAKI RASA BILA - kekasih minta duit
- Lelaki kaya dan tak hensem, dia rasa perempuan ni memang nak harta aku jek.
- Lelaki kaya dan hensem, dia rasa perempuan ni cuba ambil peluang yang ada nak pau duit selagi bersama. Lelaki macam ni pun akan "menggunakan" kekasihnya.
- Lelaki prihatin dan baik, dia rasa kasihan dan akan siasat macam-macam sebelum bagi.
- Lelaki yang setia gila-gila, dia rasa tanggungjawab dan beri setiap sen yang diminta.
- Lelaki baran, dia rasa marah sebab awek asyik minta duit jek.
- Lelaki jujur, dia rasa simpati, tapi akan berterus terang ada duit ke tak, boleh bagi ke tak.
- Lelaki macam saya, macam no 6 la..hehe....
Ada perempuan zaman sekarang ni yang sengaja mempergunakan lelaki yang lurus, asyik meminta duit atau meminta untuk teman pergi shopping. Lepas tu guna taktik manja " suka la dengan beg ni", "suka la dengan kasut ni", "tapi saya xde duit la awak". Dah sah-sah minta belikan kan....Macam-macam.. Bukan semua perempuan macam tu. Cuma ada segelintir je.
Syukur alhamdulillah awek-awek saya sebelum ni sentiasa memahami kewangan saya..hehe..
2 comments:
awek2? haha ramai nampak.
haha....skrg xde la...single tau..hehe...
Post a Comment