Click here OK!

Followers

Thursday 5 April 2012

BILA AKU MENANGIS???



Bila lelaki manangis, ramai orang akan cakap lelaki itu berhati lembut, macam perempuan, tak macho. Lelaki juga ada air mata. Ada hati dan perasaan. Cuma kebanyakan lelaki akan menangis untuk perkara-perkara yang berat di mana perempuan akan meraung gila-gila untuk perkara tu. Apa maksudnya?? Fikir-fikirkan la.
 Lelaki ada air mata, tapi susah untuk keluar sebagaimana perempuan. Mungkin itu sifat lelaki atau ego lelaki semata-mata. Tapi bila air mata lelaki keluar, itu adalah air mata yang betul-betul menampakkan kesedihan mereka. Bukan sebab sikap mereka yang kuat menangis.
Bila aku betul-betul menangis???

  • Aku pernah menangis teruk. Kali pertama masa sekolah rendah sebab kena bantai dengan mak aku guna getah paip. Menangis sebab menyesal dan sakit. Bayangkan la kena libas dengan getah paip. Aku masa kecik memang cukup nakal. Biasa la budak lelaki lasak kan. Tapi sekali tu je la aku kena bantai teruk dan menangis teruk. Lepas tu insaf la sekejap.

  • Kali kedua masa sekolah rendah juga. Menangis sebab kena bantai dengan bapak aku. Macam-macam aku kena. Sebabnya aku terlalu degil dan melawan cakap. Aku punya menangis dan merajuk sampai nak lari rumah. Tapi nak pergi mana kalau lari rumah?? Hehe…

  • Kali ketiga masa sekolah menengah( Teknik JB). Ada satu malam aku kena tahan dekat balai polis Sentral JB dengan kawan-kawan aku seramai 17 orang. Mak, abah dan abang aku datang balai nak tengok aku. Mak aku nampak aku terus menangis. Tanya aku macam-macam. Aku menangis sebab mak aku menangis. Sebab kena tahan??? Emmmmm….. nanti la aku cerita…..

  • Kali keempat masa aku diploma sem 6 tahun 2010. Abah aku meninggal dunia. Aku betul-betul sedih sebab aku tak sempat jumpa abah masa abah meninggal. Kakak-kakak dan abang aku lambat beritahu aku yang abah dah tenat. Abah meninggal masa aku dalam perjalanan balik ke Johor dari Perak. Ni yang paling teruk aku menangis setakat ni. Sampai kering air mata aku. Rasanya la. Emmmmm… nanti la aku cerita lebih panjang. Sedih plak. 


Bila aku menaip part last tu, aku teringat kat arwah abah aku............................... 
Assalamualaikum dan selamat berblogging............................................................

16 comments:

YattAkasah said...

lelaki pon mnusiakan..

AdaM Hawa said...

part yg terakhir entry ini.. mengingatkan sy pada arwah abah sy.. sob.. sob..
Al-Fatihah..

CINTA UNTUK KITA said...

shhhhh.. da2, jgn ngis.. jgn sdih2.. kuatkn smgat.. semua tu ujian n pngjran utk kita dlm dunia ni utk jd lbih mju n kuat.. chayok2! :)

LiNda said...

adat la kalo lelaki nakal, memang kene pukul punyer macam adik aku dulu. Tapi kalo bab kematian memang sedih kan..sabar ye bro, doakan yg terbaik utk arwah abah ko..:)

Mun said...

jangan laa nangis.. kang aku nangis sama.. huhu :(

Bookids Edutoys said...

lelaki kalau menangis tu tandanya satu2 perkara itu adalah amat penting dan bermakna dalam hidup dia..
perempuan dan air mata mmg tak dapat dipisahkan..sbb perempuan dikurniakan 9 nafsu n 1 akal..so perempuan byk gunakan emosi dlm sesuatu perkara..

sy dulu mmg mudah tersentuh..even benda kecik2 je..cthnya masa sekolah, cikgu gosok belakang n puji cket je pun dah ngalirkan air mata..
Tapi lately sy perasan yg sy susah nak nangis..erm hati dah kering mungkin! haha

shahrazali said...

cik yatt :
btul la tu....setiap manusia ada air mata mereka sendiri...



Adam hawa :
senasib la kita kan......Al-Fatihah



cinta untuk kita :
betul tu.....thanks kyra..chaiyokkkk...



linda :
thanks linda.......alhamdulillah, semua dah terkawal skrg ni..



hanniKASIM :
btul tu hanni...
kena puji pun boleh nanis ek??kira terharu la masa tu kan..hehe..
mgkin bukan sbb hati kering,,tp hanni dah semakin matang skrg..think positive k..
(thanks bg komen yg panjang...I LIKE..hehe)

Cik mama said...

menagis pun salah satu cara tuk kita merasa lega... klu cik mama kna marah cikit pun leh nagis... jiwa sensetipp betula..

iAmCekbolat said...

shah berhutang entry..

1. sebab kena tahan..

2. pasal abah tu kot?

dh shah ckp nnt shah smbung.. -_-

ekkekekeek.. sabor ye nak,jgn nges kerana prmpuan sudah XD

shahrazali said...

cik mama :
btul.....tp klu perkara tu betul2 menyedihkan,,,dah nangis cmne pun,,bila teringat akan sedih lg kan..



cek bolat:
ok....shah x nangis sbb pompuan..hehe..otw la ni nk buat entry2 tu..hehehe..

Anonymous said...

giler nakal ek..hahah..rasakan!

kene tahan?nanti story mory k.

jangan sedih2 yea..senyum2 kambing ^^
banyakkn berdoa utk arwah ye.

shahrazali said...

maya mustwany :
nnti shah story kisah tu ye..thanks mas....

J.Syazwana said...

kalau aku lah nak listkan entah berapa ribu kali aku nangis. nampak nau cengeng. wakakaka

shahrazali said...

j.syazwana :
hamboiiiiiii..sampai beribu ek..haha...pompuan cengeng tu biasa la...

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

suke tengok lelaki nanges.. nampka kelembutan dlm kekasaran ..ewahh .. haha berfalsafah plak .. adodoiii >.<

shahrazali said...

alyn adnan :
suka tgok lelaki menangis????hahaha...kang dpt suami kuat merajuk dn nangis....susah nnti..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA