Click here OK!

Followers

Saturday 10 December 2011

PENDAPAT SHAHRAZALI - BILA SESEORANG ITU DIKATAKAN MATANG


Jika dibincangkan mengenai kematangan seseorang, kita tidak boleh hanya melihat umur seseorang. Kita perlu melihat dan menilai dari pelbagai aspek. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup matang, tetapi di mata dan fikiran orang lain, kita tak ubah seperti budak-budak bawah umur. Jika seseorang itu kebudak-budakan, tidak serius dalam sesuatu hal, kita pun tidak boleh mengatakan orang itu tidak matang. Kita juga tidak boleh menilai kematangan itu berdasarkan raut wajahnya. Jika mukanya nampak tua, tidak semestinya dia sudah matang. Jika mukanya nampak muda (babyface kata orang), tidak mustahil dia sudah matang. 


Matang yang ingin dibincangkan ini bukan la sekadar matang yang sudah aqil baligh, tetapi matang dalam pemikiran, perbuatan, percakapan dan lain-lain lagi. 


Bagi saya,,,


  • Seseorang itu matang jika dia boleh menerima kritikan dari orang lain dengan tenang. Maksud dengan tenang adalah dia mendengar kritikan orang, kemudian berfikir tentangnya, mengakuinya jika benar, dan membela diri dengan kebenaran dengan cara yang sesuai. 
  • Seseorang itu matang jika dia boleh menanggung masalahnya tanpa melibatkan atau membebankan orang lain. Maksudnya dia tidak pernah lari dari masalah sendiri dan tidak pula melibatkan orang lain dengan masalahnya. Dia boleh berkongsi masalah dengan orang lain tetapi hanya untuk nasihat, pendapat atau sekadar meluahkan perasaan sahaja.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh memahami perasaan orang sekelilingnya dan selalu menjaga hati dan perasaan orang lain. Maksudnya selalu memberi respon yang baik atas segala apa yang diucapkan kepadanya, berfikir untuk kebaikan jika hendak memberi nasihat, memahami situasi sebenar sebelum memberi pendapat, dan yang paling penting sentiasa mancari cara untuk menjernihkan suasana dan bukan mengeruhkan lagi keadaan.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal keadaan seseorang atau keadaan semasa. Maksudnya dia bijak mengenalpasti masalah seseorang dan dapat mengagak masalah seseorang berdasarkan naluri hatinya atau berdasarkan pengalamannya. Jika dia dapat mengetahui masalah seseorang itu sebelum orang itu menceritakannya, dia boleh mengawal perasaan seseorang itu dengan menceritakan pengalaman masalah yang sama. Ini sedikit sebanyak akan melegakan hatinya yang bukan hanya dia seorang mengalami situasi tersebut dan bukan dia sahaja menerima nasib sebegitu. 
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mempelajari dari kesilapan yang lepas. Maksudnya dia sentiasa menimba ilmu dan pengalaman dan menjadikan pengalaman sama ada pengalaman baik atau buruk sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal perasaannya dan bijak mengawal nafsunya. Maksudnya dia selalu berfikir tentang keperluan hidupnya dan bukan kemahuan hidupnya.
  • Yang paling utama, seseorang itu matang jika dia selalu memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa, sentiasa percaya setiap yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmahnya, selalu memaafkan kesalahan orang lain, sentiasa memohon kepadaNya terlebih dahulu dan menjaga amalannya tidak kira di masa susah atau senang. 
 

21 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

alamak....

xbanyak dalam ciri2 matang neh..

kena matangkan dri.heheh

Liyana Zahim said...

Yeppa.. Matang tak bgantung dgn usia.. Tp peribadi n cara pmikiran yg rasional...

Miss Hidy said...

selalunya keadaan sekeliling yang menjadikan seseorang itu menjadi matang.

NURUL NAZIRA said...

maafkan semua orang :D

*nice entry btw

Lea Isnawi said...

ada la jugak sikit ciri-ciri ni

hehe

cik pinaz said...

betul tu .. matang bukn pada usia atau rupa tapi pada sikap ..

komen mls sebab x sihat .. huhu

cik Es ღ said...

saya x matang kalau menurut pendapat shahrazali ! ;p

Kartini said...

matang.. uii topik menarik ni. hehe. kdg2 kita rasa kita matang tp mcm budak2 di mata org. yg pntg point terakhir dlm topik ni. tawakkal dan redho : matang

Izyan Masri said...

MATANG BILA DAPAT CONTROL ANY SITUATION DENGAN CARA YG TERBAIK ;D

FARA said...

Banyak ciri2 neh. Tapi rasanya takde sorg pun yg memiliki setiap ciri2 di atas. 3 atau 4 daripadanya mungkin ada dlm diri seseorang.

Apa2 pun, mmg saya sokong semuanya :)

Juliet_iRa~" said...

setuju..:)

y pasti org matured susah sikit nak melenting..sll cool je..hee

ira xberapa nak matured la..huuuu

ch000tz said...

rational n realistik!


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/hanya-5-perkara.html

teha said...

point yg akhir sekali paling aku setuju ! :)

BENA said...

hahahaha . rasenye bena tak cukup matang lagi la kotttt . heeeee ;)

BTS said...

he hehe... usia dan pengalaman mematangkan diri,,,nice blog...folo u..... [www.blog2shout.blogspot.com]

Ungu Violet said...

selalu kita boleh nilai seseorang itu matang atau tidak drp keputusan yg dia buat..:)

a.samad jaafar said...

Yesss..aku belum matang.. bestnye laaa.. hahaha..

Lai Qma said...

alarrrrhhh..bl0m ck0p matang g neh..adess :P

Unknown said...

adei..
blm matang lg nie..
x byk ciri2 matang nie dlm diri..
kena matangkn diri klu mcm nie..

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

Tak cukup matang rupenye.. hehek :p

Unknown said...

entry yg sgt bagus ! daebak ! saya masih belum matang walaupun umur dah 20thn . hehehe

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA