Click here OK!

Followers

Sunday, 4 December 2011

Tolong saya incik !! Tolong saya bang !!

Aku tertarik dengan topik dari cik Pinaz yg bertajuk Pengemis Jalanan. (Klik nama CIK PINAZ ni untuk ke blog dia). Aku pun banyak kali sangat dah jumpa orang minta sedekah ni. Kalau kat Shah Alam ni memang ramai macam tu. Yang paling selalu nampak, ada orang buta bawa tisu dan dipimpin seseorang yang celik dan sihat tubuh badan. Sebab diorang bawa tisu sekali, tak nampak la macam pengemis kan. Setiap kali lepak kedai mamak, mesti jumpa diorang ni. Bila tengok yang buta tu memang la kesian, tapi apa cerita orang yang pimpin dia tu. Mata celik, cukup sifat, sihat tubuh badan. Yang pimpin orang buta ni biasanya muka diorang garang dan masam jek. Macam kena paksa.

Gambar hiasan
Lagi cerita orang minta sedekah, ada sorang makcik ni (bukan melayu kot), pakai tudung, dia selalu pergi ke setiap meja makan minta sedekah dengan cawan plastik McD (large punya). Makcik ni punya kawasan memang besar. Kalau hari ni jumpa kat sek 2, esok malam jumpa kat sek 7. Pernah sekali dia minta kat aku, " tolong incik, mau makan, anak2 mau makan". Aku pun terus ajak dia duduk makan sekali. Lepas tu dia kata "takpe2". Lepas tu sebelum dia nak blah tu dia tanya aku, " bungkus boleh??". Haha. Makan sekali taknak, lepas tu nak minta bungkus. Aku geleng kepala, then dia blah pergi meja lain.

Lagi cerita orang minta sedekah, ada sorang budak melayu, datang kat meja kitorang then terus cakap " bang, tolong saya bang, saya nak bayar yuran sekolah, mak saya sakit, bla bla bla bla...". Panjang juga la budak ni cakap. Aku kesian, aku bagi la RM2. Cukup la tu kan, aku pun masa tu makan nasi bujang jek sebab nak jimat. hehe. Lepas dapat duit, dia cakap terima kasih dan terus ke meja sebelah. Apa yang dia cakap kat aku, dia cakap kat meja sebelah juga. Sama semuanya. Takde satu perkataan pun tertinggal. Memang budak ni dah berlatih la kan cakap macam ni. emmm....ntah la. Da.lam kepala aku, betul ker mak dia sakit dan nak duit untuk bayar yuran sekolah.

Dapat resit ni la tadi. Macam dato'-dato' derma sampai 200...

Tadi masa aku tengah makan kat kedai mamak, ada orang siam (Muslim) datang kat aku minta derma untuk masjid kat Yala. Dia tunjuk la gambar2 masjid kat Yala tu yang rosak dan perlukan dana untuk bangunkan balik. Aku terus jek hulur duit kat dia. Dah perangai orang kita kan susah nak percaya orang minta derma ni. Begitu juga la aku. Dalam kepala ni was-was betul ker duit yang aku derma ni untuk Masjid tu. Tapi aku hulur je la walaupun sedikit. Bila dah cakap macam ni, dah nampak tak ikhlas kan. Aku sekadar berkongsi perasaan aku masa tu.

Samada betul atau tidak, kita pun tak tau. Sebab sekarang ni dah banyak sindiket-sindiket minta sedekah ni. korang pun mesti pernah jumpa kan orang minta sedekah dan derma macam ni.. Betol x??? cer citer....













Resit tu sebenarnya RM2 jek. hehe.. Bukan RM200 yek..


6 comments:

cik pinaz said...

lala .. dh cita dh .. haha .. tak boleh buat apa dah .. peminta sedekah dulu mintak beras je dtg rumah .. org skrg nak duit .. mak pnaz yg cita .. hehe

syieda ;) said...

pernah pernah! syieda salu pergi pasar malam aw. kat situ memang banyak orang mintak sedekah. ada yg xde kaki, buta, bawak baby, macam macam la. kesian je tngok. bila diaorang mintak, syieda senyum je. bukan xnk kasi, cam xpercaya sebab bila ada pasar malam je diaorang sume ni ada. pelik 0___o
1 hari tu, syieda jalan ngan kawan kat pasar malam, kawan syieda kena tahan ngan diaorang, ingatkan nak kasi kelender free, kawan pun amek jela, pehtu diaorang tarik balik sebab kena bayar. kami terus blahh je. hmm~

shahrazali said...

cik pinaz - sy tau...sbb tu bagi credit kt awk masa mula2 entri tu.. hehe... org dulu mmg btol2 nk makan..sbb tu mntk beras.. org skrg ni kdg2 minta duit utk sindiket.. x cukup 100 kena belasah or x dpt mkn..(contoh jek)

shahrazali said...

syieda - emm,, xyh pelik2 syieda..mmg diorang punya target tmpt org ramai mcm pasar malam tu..
mmg la kita rasa kesian kn tgok diorang..tp takut diorg ni dari sindiket.. bukan mntk duit utk diorg..

c'axoera said...

hahaha buat gempak ajer kan hehehe

✿ Cik Nisa ✿ said...

lorh ingatkan rm200 . haha xD
rm2 pown dah besar phala yer :)

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA