PERUTUSAN KHAS DARI SHAHRAZALI
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Saya selaku orang biasa di dalam Malaysia ini ingin mengucapkan
Terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri ke Blog SembangShahrazali ini. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Lama dah aku tak update blog ni. Sejak kerja ni rasa macam sibuk sentiasa walaupun tak sibuk sangat sebenarnya. Kerja kat Amal Bisnes Department di Johor Corporation ni memang banyak aktiviti di bulan puasa. Kena arrange event sana sini, attend event sana sini. Dan macam-macam lagi lah.
Sekarang dah sebulan aku bekerja. Gaji pertama pun dah dapat. hehehehehe.. ( tu dia sengih sampai telinga) hahahaha.. Maknanya dapatlah menyumbangkan sedikit kepada mak aku untuk raya kali ini. Duit raya untuk anak-anak saudara pun dah disiapkan. Untuk tahun ni, bajet duit raya hanyalah untuk anak-anak saudara. Untuk kanak-kanak yang lain, tunggu tahun depan ye. hehe.
Cuti raya mula hari rabu (hari ini) sampai la ke hari ahad (raya keempat). Raya kelima (Isnin) dah mula bekerja. Orang baru kerja macam aku ni tak boleh cuti lama-lama. hehe. Layankan je la. Lagipun aku takde la kena balik kampung jauh-jauh pun.
Menu hari raya untuk tahun ni macam tahun-tahun lepas. Ketupat segera, ketupat pulut, ayam masak kicap, daging masak rendang, serunding. Tahun ini ada tambahan pulut kuning dan ayam masak kari. Mak aku buat sebab tanda syukur aku dah dapat kerja. hehehe. Sweet kan my mom.
Sekian sahaja lah perutusan khas dari Shahrazali untuk rakan-rakan blogger sekalian..
Assalamualaikum dan selamat berblogging.......
Ucapan khas
SHAHRAZALI BIN SAHLAN
Saya
dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua kawan-kawan,
rakan-rakan, ex-girlfriendsss, musuh-musuh, bakal-bakal isteri dan
sahabat handai.. Ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap. Minta
halal segala apa jua yang diberikan kepada saya tak kira dalam apa jua
bentuk. Semoga kita semua dipertemukan kembali jika umur panjang. Semoga
sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat semua dan semoga kita
dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini tahun
hadapan......
Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA
No comments:
Post a Comment