Click here OK!

Followers

Thursday, 19 January 2012

Cinta tak jadi (lagi) 3.5

Kisah kali ni panjang, saya harap pembaca setia blog ini dapat luangkan masa sikit untuk membaca ye. Baca slow-slow ok. hehe....


Lagi kisah cinta tak jadi dari pengalaman aku. Kali ni 3.5 sebab situasi ni terjadi di antara cinta ketiga dan cinta keempat. Singgah la baca sekali. Klik saja di situ. hehe. Jangan lupa baca sekali Cinta tak jadi 2.5 yek. hehe. Kisah ini bermula kerana rasa kesunyian yang amat selepas putus dengan yang ketiga. Masa ni aku baru lepas habis matrikulasi yang mana dapat keputusan yang sangat teruk !!!. Jadi aku pun cari la kerja berdekatan dengan rumah. Dapat kerja dekat kilang buat basikal. Jadi operator biasa je la sebab itu jek kerja yang senang dapat. 

Aku kerja kat kilang buat basikal, tapi selalunya aku disuruh jaga mesin yang sebesar van (department lain). Wahhh, besar tu. Kerja senang jek. Bukak pintu mesin, masukkan something( aku pun tak tau apa nama dia), tutup pintu, tekan button Start, then tunggu mesin abis proses, buka pintu mesin, keluarkan, ganti yang baru. Kerja senang, tapi yang lecehnya kena buat beratus, beribu. 

Skip part kerja aku buat........ Selama 2 bulan aku kerja, aku ada ngorat juga la sorang dua awek kilang tu, tapi yang aku nak mesti orang punya. Kadang-kadang aku try juga, tapi x dapat. Yang dapat pun sebab nak kikis aku jek. Aku bukan kaya pun diorang nak kikis. haha. Sengal punya perempuan pisau cukur. Then satu hari tu ada sorang perempuan dari kilang lain datang tengok aku buat kerja. Sebab barang yang aku buat ni untuk kilang tempat dia kerja. Nama dia "N". Orang nyer kurus, tinggi, manis, dan sedap mata memandang la singkatannya. Aku berkenalan la dengan dia. Tanya dia macam-macam, dia tanya aku macam-macam. Aku dah mula suka kat dia. Tapi ada juga lelaki lain yang satu kilang dengan aku suka juga kat dia. Tapi aku lagi cepat bertindak la sebab satu hari tu dengan selamba aku bagi dia kertas ada no telefon aku. Suruh dia call bila-bila dia free. Then, malam tu juga dia call. hehehehe..... Sebenarnya dia memang tertunggu-tunggu juga bila aku nak mula. Kalau dah suka, try je la kan. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita diterima or ditolak. Pembolehubah dimanipulasikan(kot) untuk subjek sains. hahaha. 
Siapa kata perempuan lebih tua x bahgia??emm...bahgia ker diorg ni??
 Sejak tu, hubungan kami semakin rapat. Tiap-tiap malam call, mesej-mesej masa free je. Aku rasa janggal sebenarnya dengan hubungan kami berdua. Sebab apa?????? Sebab beza umur antara kami berdua. Masa ni umur aku 19 tahun. Umur "N" 24 tahun. 5 tahun beza umur antara kami berdua. Kalau lelaki lagi tua, biasa sangat la kan. Kalau perempuan yang lebih tua dari lelaki, nampak janggal sikit la. Kalau setahun dua ok kot, ini 5 tahun. Tak pelik pun sebenarnya, cuma tak biasa. hehehe. "N" pernah cakap yang dia suka aku sebab perangai aku jauh lebih matang dari umur. Aku pun baik dan caring giler kat perempuan. (hahaha, ketawa bangga,,,ntah apa2).

Kami berdua belum declare couple lagi(bahasa zaman dulu-dulu) sebenarnya sebab masing-masing nak kenal lebih rapat lagi. Tapi gaya dah macam orang bercinta. Kami rasa bahagia jek bila bersama. Keluar jalan-jalan, selalu gi tengok wayang (selalu dia la belanja sebab gaji dia besar dari aku, gaji aku sikit kot, operator jek kan. Cukup-cukup makan jek.huhu), gi makan-makan, dan lain-lain lagi. Kalau nak keluar pergi mana-mana memang naik motor aku je la. Save bajet. hehe. 


Nampak bahagia jek kan??? tapi kenapa tak jadi??? Sebab pertama mak dia tak suka dia berkawan dengan aku. Mak "N" kata aku budak-budak lagi, 19 tahun, muda la kalau nak banding dengan "N" yang dah 24 tahun, aku pun kerja kilang jek. Aku tak pernah jumpa dengan mak dia "face to face" sebab aku segan atau boleh cakap juga seram. Ye la kan, ingat senang ke nak berdepan dengan orang yang tak suka dengan kita??. Emm, selalu nampak mak dia kat tingkap jek la skodeng-skodeng aku masa aku amik "N" kat depan rumah kalau nak pergi mana-mana. Mak dia pun memang tak nak jumpa aku sebenarnya. Pernah juga "N" nak bawa aku jumpa keluarga dia, tapi mak dia tak nak. Orang dah tak suka kan. hmmmm...

Gambar hiasan - Ibu menjadi penghalang. Jgn kata aku perasan aku aril plak..haha..
Sebab kedua, ada pihak lain datang mengacau hubungan kami. Lelaki tersebut aku bagi nama "A". Aku pun tak ingat nama lelaki tu. "A" ni memang dah lama simpan perasaan kat "N". Siap dah kenal-kenal dengan mak "N" lagi. Tapi "N" ni tolak dia mentah-mentah sebab perangai dia teruk. Teruk macamana?? Korang agak-agak je la perangai teruk yang mentah-mentah jek kena reject dengan perempuan. Emmmmmm, bagitau je la ek. "A" ni banyak duit, ada kereta, tapi suka main judi, minum air haram, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Dari mana dapat tau semua ni?? Kawan-kawan "A" la yang bagitau kat "N" perangai si "A" ni. Tapi part paling best, depan mak "N" lelaki yang namanya "A" ni baik gilerrrrrrrr dowhhh. Selalu bagi buah tangan, buah kaki (mana ada buah kaki daa), dan macam-macam lagi la. "N" pernah cerita kat mak dia perangai sebenar "A" ni, tapi mak dia bulat-bulat (kotak-kotak pun boleh) tak percaya. Mak dia kata itu semua alasan nak kata aku ni lagi baik (hoho, memang pun..haha).

Gambar hiasan - Wajah Sarip Dol watak dlm Bujang Lapok
"A" ni boleh la dikatakan gangster kampung dusun (macam Sarip Dol cite Bujang Lapok tu), sebab dia ramai geng. Umur pun dah 20 lebih (tak ingat berapa). Dia pernah datang dekat aku dengan muka Sarip Dol, dan berkata " hoi budak, lu dah xde perempuan lain ker haaa?? Yang lu nak kacau perempuan gua tu buat apa??", dan berkata lagi " pergi la cari perempuan yang sesuai dengan umur lu", aku diam jek. "A" berkata lagi " lu jangan sampai gua sebat muka lu. baik lu pergi cari perempuan lain". Aku diam jek. Orang macam tu jangan dilayan. Lagi dilayan, lagi menjadi perangai gangster dia. Sekali tu je la dia berucap depan aku. Aku tak takut pun dengan "A" tu sebab kat tempat sendiri kan. Geng aku pun ramai gak, geng tempat kerja, geng bas sekolah, geng taman aku, tapi hal perempuan tak kan nak kecoh kot. Malu beb. haha. 

Gambar hiasan - Sarip Dol berucap dgn basikalnya..
Aku banyak kali juga ajak "N" berbincang hal ini. "N" macam biasa la, tak tau nak selesaikan macamana. Tersepit, terseksa dan macam-macam lagi dia rasa (orang perempuan kan). Aku pun pening kepala masa tu. Tak tau nak settle macamana. Setelah lama berfikir, aku buat keputusan tak nak teruskan hubungan kami berdua. Sebab mak dia sangat mendesak "N" jangan berkawan dengan aku lagi. "N" memang serba salah sangat masa tu, jadi aku tolong ringankan beban "N" dengan aku undur diri dari hidup "N". Aku pun terus berhenti kerja kat kilang tu. Minta kerja kat kilang lain plak. (tu yang jumpa cinta keempat). 

Cinta tak kesampaian

Pada mulanya memang susah kami berdua nak terima perpisahan ini (masuk lagu aizat n 1st edition plak ni. hehe), tapi kami terpaksa juga sebab halangan dari mak "N" dan lelaki yang bernama "A". Hal ni keluarga aku memang tak tahu lansung. Baik punya cover. hehe. Kalau mak aku tahu, mungkin dia pun tak setuju kot. Entah la. 


Lepas aku berhenti kerja tu, sekali jek aku pernah terserempak dengan dia dan mak dia, tapi masa tu aku tengah drive kereta, jadi tak dapat nak tegur. Dia pun ada nampak aku, dia senyum, aku pun senyum. Tapi senyuman dia nampak penuh kesedihan. Mana aku tau?? Aku agak jek. hmmmmmm... Sejak kisah tu (tahun 2006) sampai sekarang (2012) memang dah x pernah jumpa lansung. Harap-harap "N" dapat kebahgiaan yang dia cari. Sekian,,,, thanks sudi baca..


Dah baca, tinggalkan la komen... Klik "like" kalau suka baca cerita ni..

 

21 comments:

LiNda said...

Sedih lak aku bace kisah ko ni...blh wat drama ni. Stiap ape yg berlaku mesti de hikmahnye kan. Insyaallah smpai mse ko akn jupe yg terbaik...:-)

CekbOlat-bOlat said...

mcm dlm drama la plak.. >_<
sbar je la.. mngkin jdoh abg dgn org lain lettew..

MaYa MustWany said...

huhuhu memang panjang.
rilex2..jangan sedih2..be cool.
sabar,Allah swt Maha Mengetahui..

محمد شهريل القنيطري said...

pergghh..aku ingt dh hbs tadi ada smbngan + smbngan..pnjang gila..btw aku trut simpati..moga kau terima jodoh lbh bek n lbih muda..yg pasti carilah yg beragama. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

shahrazali said...

cite lame ni....sje nk bercerita...hehe... benda ni jadi 6 tahun lepas...

nur_za said...

wah..pengalaman tu..best bace..kalu nur nak buat karangan cinta mcm awak..comfirm lg panjang..keh2..hhehhe..apapun..gud luck...

DOMU-KON said...

masa baca entri nie..buat misz domu mnegimbau kmbali cinta misz domu...

mak dia pun tak suka kat misz domu..

apa pun...yang penting..cinta after kawen lagi manis bro..

ceh2..mcm dah kawen lak..ngeh2

nasha sanza said...

hmm..tak lama adalah jodoh baik untuk awak tu..macam dalam novel saya baca..tentang klis tu kalo saya dapat saya pergi..jomlah..:P

~Sweet Honesty~ said...

sekarang cinta yg ke berape lak?? (^_^)

Ungu Violet said...

biasa la tuh cinta tak kesampaian...

tu namanya dah takder jodoh..:)

shahrazali said...

emm......thanks semua....sekadar berkongsi...pengalaman dulu2..hehe..

masa ni pun umur remaja sgt lagi..hehheh..

Saddila said...

err mungkin mak tak setuju ?? heee . semoga dapat yang betul2 mak suka nanti . amin :))

dila like cerita ni :)))

Sue Unnie.. said...

FUYOO..
kalah ombak rindu..hakhak..

erm.. btol la. girl lagi tua janggal skit kot. tapi umo cuma angka.. kan..? kan..? kan..?

tapi bile tgk kisah ni xdenye umo cuma angka. hahaha..~

so cinta keempat is 4ever..? ;D

shahrazali said...

dila - thanks....

sue unnie - x jugak....try baca cinta keempat...hehe... skrg tgh singla...paling latest cinta ketujuh..tp entri bru smpai ke 4..hehe..

Anis Adila Aris said...

waa...cinta terhalang..
(baca sampai habis tau tadi)

shahrazali said...

anis - ye ker.... bagus la...caya2..hehe..

teha said...

sedih laa pulak aku bce... xpe2.. insyaAllah kau akn dpt yg lbh baek :)

shahrazali said...

teha - sedih??emm...aku pun tapi dulu la..skrg xde rasa pape pun... dah jadi kenangan..

Juliet_iRa~" said...

doakan dia bahagia..

insya-Allah nt jmpa org lain y lebih sesuai..:)

LARA AQIDA said...

cinta tak kejam tapi manusia yg tak mhargai.. huhu

shahrazali said...

juliet ira - mesti la doakan dia bahgia...tgh mencari la ni..hehe..itu yg ni pun cerita lama..sje nk kongsi..

lara aqida - btol tu...tp kdg2 ada sebab kenapa mereka x mghargai kan..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA