Click here OK!

Followers

Sunday, 8 January 2012

Budak UiTM terlibat dengan 901 ????? Fitnah polis ?????

Hari ni ada masa rehat sedikit, jadi update blog. Semalam hari sabtu exam kan. Paper Risk and Insurance yang sangat susah ( bagi yang kurang study macam aku). huhu. Ini nak cerita pasal selepas exam. Kitorang ada bergambar bersama banner-banner dari banyak persatuan dalam UiTM. Ternyata lah pihak UiTM samada staff dan pelajarnya tidak menyokong tindakan sesetengah mahasiswa yang sibuk berpolitik. Kami wakil-wakil dari pelajar UiTM membantah sekerasnya tindakan Adam Adli n the geng. 

Hari ni 801, maknanya esok adalah 901. Ada apa dengan 901??? Yang tengok berita dan baca surat khabar mungkin tau pasal ni. Aku tak nak celoteh sangat pasal ni. Kang bila cakap lebih-lebih ada yang kata aku ni tambah dosa kering jek. Aku tak pasti pula apa beza dosa kering dan dosa basah.  Dah macam seluar jeans dah 901.

Kalau ada yang tak tau dan yang nak tau, google je la 'perhimpunan 901', 'Anwar 901' ker. Boleh klik SINI juga kalau nak baca lebih-lebih. Tapi aku rasa baik korang google je la. Kalau pergi link tu ada plak yang tak puas hati nanti. 901 juga adalah tarikh perbicaraan Adam Adli. Dia nak tarik mahasiswa untuk menyokong dia pada tarikh tersebut. Tapi tak tau la berjaya atau tak. Memandangkan sekarang tengah minggu final exam. Kalau ada yang pergi pun, mesti budak dah terlebih pandai kan. Tak payah belajar pun dah boleh jawab exam.





Banyak lagi sebenarnya banner-banner yang tak menyokong ni, tapi kitorang sempat ambil gambar 3, 4 banner jek. 

Semalam ada member aku beritahu, mak dia call dia semata-mata nak beritahu ada pelajar UiTM Shah Alam sedang dicari sebab mengajak pelajar-pelajar or kawan-kawan muka buku (facebook) dia untuk meyertai perhimpunan 901 tu. Masuk berita kat tv katanya (memang nak famous diorang ni). Katanya lagi cerita dia ni telah sampai ke pihak atasan dan pihak berkenaan sedang mencari pelajar ini. Entah siapa la budak ni kan. Dah la belajar kat dalam UiTM, institusi kerajaan, lagi nak buat taik kat sini. 

Ada lagi satu berita, ada pelajar UiTM Shah Alam ni cukup seronok memfitnah polis. Kata itu ini, itu ini. Tapi lain gaya dari cerita. Ada komen sorang brader ni kata budak ni pernah ada kes syiah kat UiTM Merbok, sekarang nak buat hal kat UiTM Shah Alam. Belajar kat UiTM, tapi nak gulingkan kerajaan. Apa cerita ????? Ntah-ntah duit pembiayaan nak study pun buat pinjaman ptptn. 

Ada juga sumber mengatakan kedua-dua situasi di atas ni orang yang sama. Sebab budak ni memang sedang dicari pihak polis. Nak bangkitkan mahasiswa konon. Itu semua propaganda nak sokong pembangkang. Nak sokong Anwar Ibrahim. Tak payah study dalam UiTM la kan kalau rasa-rasa nak sokong pembangkang.




Untuk membaca lebih lanjut pasal budak UiTM ni, sila klik SINI.

Dulu aku banyak cakap pasal UPSI sebab Adam Adli. Ada yang terasa kot sebab aku cakap pasal UPSI. Sekarang banyak cakap pasal budak UiTM plak. Aku sebagai pelajar UiTM pun rasa tak senang degar berita ni. Harap kebenaran dapat diselesaikan.

Kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang masih belajar tu, belajar la rajin-rajin ok. Sekarang tengah final exam, belajar la bersungguh-sungguh. Banggakan mak bapak, bukan malukan mak bapak.

Ini sekadar pendapat. BUKAN BUAT DOSA KERING OK !!!

26 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

focus final exam itu yang lagi penting..

MaYa MustWany said...

betul tuh,pikir la sper yang membantu.kut adik masih sekolah dapat rm100.kut family susah,insyaAllah dapat rm500.de je sumbangan kerajaan.pelik la mereka ni.

cik pinaz said...

bestnya berposing dgn banner2 tu . hehe :P

Ungu Violet said...

kelazz la yg kat bas stop tuh...comey je model2 dia...hihi

belajar rajin2 dik...takmo demo2..:)

Juliet_iRa~" said...

jurusan undang2..that y kot camtu..sbb konon2 dah expert psl undang2..huu

fokus exam lagi baik...kan2..

mimie_za said...

awk belajar rajin2 taw..jgn trikut pulk

sUe UnniE;) said...

stadi. stadi. blogging pulak dia..hahaha

Puan Besar Shag Yahaya said...

Dahsyat ! Tak sedar diri berdiri kat mana nak tentang siapa. Buat malu je bila orang selidik background pernah belajar kat institusi kerajaan dan pernah meminjam wang kerajaan jugak. Malu bhai ~ Dah belajar tinggi, pemikiran tak tinggi tinggi.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalo masih belajar tu...ada lebih baiknyer tumpukan pada pelajaran dahulu..

nak berpolitik?? hmm..dah habis belajar nnt berpolitik laa sampai tunggang terbalik semua..huhu

diya said...

betullah tu, sy tengok bukan main banyak banner kat dalam u. kat setiap penjuru ada (ok tipu). tapi mmg pandang sini ada pandang sana ada. hmm. tak payahlah nak buat benda bukan bukan kalau masih belajar. dah nama belajar, tugasnya belajar jelaa. ish ish.

teha said...

mcm2 laa org zmn skrg.. ish2 ~

emy zulaiha said...

alamak..xreti lah nak paham bab2 politik nie.hishh~ :)

YNA HERMOSA said...

budak skrg mcm2 lah kan? :(

J.Syazwana said...

itulah dia study tak habes lagi sibuk sangat nak berpolitik. kene gantung sem padan muke. hahahahaha !

Anonymous said...

mak saya la yg kol 2...mak saya pesan dk U blaja betol2...xyah nk buat benda pelik2...(",)

Original CikTeddy said...

bkn dpt ape pon buat cmtu..

Ain Atika Zailani said...

ish ish ish...kenapalah dorang tu..

cik puan muda umi said...

blajar dlu bagi habis,baru masuk campur pasal politik kan sng..sian kt mak bapak,free je kena gantung blajar..huhu

cik wanie Lovela (CWL) said...

gudluck hehehe

iszieylyanziy said...

bukan korang tengah exam ke?xpayah nk berdemo sangat la kan,,hehehe,,,goodluck!

~SaL IjOu~ said...

aduh..mcmnala nak belajar dgn tenang kalo dah mcm tu gayanya,kan..~

Kaca mata said...

Blaja bagi berjaya dulu adik2..

Anis Adila Aris said...

memang bersepah banner halang demo kat uitm nie..haha

zaman belajar sibuk nak berpolitik. sibuk sangat, mengundi je la nanti... ape susah..

shera haifa said...

kalau umur xsetahun jagung tak payah nak berpolitik sngt.. belajar laa biar habis dulu..

cili_kering said...

ini sekadar pendapat bukan doasa kering..haha..terbaik lhaa ayat last sekli 2..=)

- M A S H - said...

macam macam demo dah sekarang ni.. sampai takot nak keluar bilik sebab xnak tlibat..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA