Click here OK!

Followers

Wednesday, 25 January 2012

HOOHOOHOO BALIK KAMPUNG + KISAH TERKUNCI DALAM KERETA


Petang ni aku bertolak balik pula ke kampung halaman di Pontian, Johor. Balik Johor naik bas jek. Tadi dah beli tiket pukul 6 petang. Dijangka akan sampai pada pukul 11 malam di stesen bas Larkin, JB. Maka bermula la cuti semester aku. Setakat ni tak ada rancang apa-apa aktiviti lagi untuk masa cuti ni. Dah sampai rumah nanti baru buat keputusan nak kerja or mengangkang kat rumah jek. hahaha. 

Aku ada cerita sikit nak kongsi ni. Tadi sebelum pergi stesen bas, aku dengan Iz pergi la kedai sekejap. Masa kat kedai tu kitorang nampak ada orang ramai kecoh-kecoh sikit dekat satu kereta ni. Aku tanya la sorang pakcik ada kat situ. Dia kata tak tau sangat, tapi tengok gaya macam ada budak terkunci dalam kereta. Dengar macam tu, aku terus bergegas ke sana. Prihatin beb. hehe. 

Sampai kat kereta Kelisa tu, aku nampak akak tuan punya kereta ni sibuk menepuk-nepuk cermin kereta tu dan menjerit-jerit memanggil anaknya yang tengah syok giler tidur dalam kereta. Budak tu berumur dalam lingkungan 5 tahun. Punya la nyeyak budak tu tidur sampai tak sedar-sedar lansung kereta gi goyang, di tepuk, dan dijerit namanya. 

Kisahnya macam ni. Kakak tu baru balik dari berjalan jauh semalam. Baru sampai tengahari tadi kot. Budak tu kiranya tengah penat giler (mengalahkan driver. hehe) la. Suami dia kerja. Dia pergi kedai sebab nak beli barang la. Tinggalkan anak dia yang kepenatan dalam kereta, suruh budak tu kunci dari dalam. Enjin dan aircond dia tak matikan. Bila kakak tu dah siap beli barang,  pergi kat kereta, anak dia tertidur dalam kereta. Jerit punya jerit, tak sedar-sedar. Ketuk kuat giler sampai tangan kakak tu merah-merah, pun tak bangun juga. Aku dengan iz pun cuba nak tolong. Tolong goyang-goyang kereta tu. Kitorang ambil pembaris besi, cuba bukak kunci dengan cucuk pembaris tu kat bahagian tepi tingkap tu. Tapi tak berjaya. Suasana menjadi tegang, dah la cuaca panas terik. Ada yang cakap takut budak tu pengsan dalam kereta. Sebab dia tak gerak-gerak lansung. Tapi nampak bernafas lagi la. hehe. Lagi la panik kakak tu. Orang pun semakin ramai kerumun kereta tu. Last-last ramai-ramai goncang kereta tu kuat2 sampai budak tu bergoyang-goyang dan berubah posisi tidur dia. Akhirnya budak tu terjaga dengan muka blurrrrrrr. Dia terkejut orang ramai keliling kereta tu.  


Budak tu bangun, terus buka kunci dari dalam. Muka buat tak tau jek. hehe. Lepas tu kakak tu bagi ucapan terima kasih kepada semua yang tolong. Orang ramai terus blah termasuk kitorang. Habis cerita budak tu. hehehe. 

Jam dah pukul 4:20 petang. Nak kemas barang nak balik kampung. Ho ho ho balik kampung.  Ho ho ho balik Johor. Hati girang. Kepada kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog ini, doakan aku selamat sampai ke rumah aku di Johor ye. 


Assalamualaikum dan selamat bercuti..............................................................



23 comments:

LiNda said...

haha...tido lena gile dak tu, tp lg bagus kalo gi mane2 jangan tinggal anak dalam kete..bahaya

nasha sanza said...

hehe...macam2...cian mak dia..baiknya hati orang tu...=)

syafiqakarim said...

nak ole ole.
okbai. :p
semoga selamat

Juliet_iRa~" said...

ahaha..penat sgt budak tu..isk2..huu..

hee msti OTW ni kan..jammed x?;p..

selamat bercuti!hujan lebat kat selangor..

~SaL IjOu~ said...

ada kes kat luar negara anak meninggal terkunci lam kete lam cuaca terik.menakutkan..nasib baik budak tu xde apa2..~

smoga selamat sampai ya~
n selamat bercuti~ =)

MaYa MustWany said...

esh2..tak patut dia tinggal budak kecik dalam kete.biar penat,asalkan selamat.at least dia bawak kunci pendua.

ok selamat bercuti shah

syieda ;) said...

HAHA :D macam klaka je cite nih. memang penat sangat budak tu. kete dah bergoyang-goyang pun still x bangun. ish~

emy zulaiha said...

haha selamat bercuti...n semoge selamat sampai kat kampong ye! :)

haha budak ttue boleh lak tido tak sedar kan.

CekbOlat-bOlat said...

kahkahkah.. gua suspen giler bace.. last2 jem betoi lah.. bdak tu muka xbrslah.. haha..

eh.. bdak tu umor bpe?

AdaM Hawa : klik!klik!ceritaku! said...

letih punya pasal.. tido sampai tak tersedar.. =)

c'axoera ヅ said...

nasib budak tu bangun ...kalau budak tu tido pengsan tak sedar diri tak ke naya heheh :D

EZAN IDMA said...

hahah sbnrnye budak tu lagi sedp tidur sbb dia rse mcm buaian je org gerak2kete tu. kehkeh.

Selamt smpai ya!

محمد شهريل القنيطري said...

hahaha..boleh masuk entry lawak dalca ni..x sangka ko nk try buka dgn menggunakn pembaris..mcm berpengalaman jer..hehe

ILA SYAMILA ♥♥ said...

hihi macam serious keadaannye tp ila tetap rasa nak gelak kalau baca habis. ngahaha ape la budak blur tu. :D

DOMU-KON said...

ingat hang yang terkunci.. cian budak tu..letih bonar...

KizZ said...

Kami hampir menjadi penyelamat ye..hihi

starzieti said...

Buat suspen je budak tuh. Haha. ;D

Nelly The Strange said...

haha .. cian dia ..cmner la boleh dapt malang tu .. ada ikmah tu .. dapat perhatian ~
hehehe

Nelly The Strange said...

haha .. cian dia ..cmner la boleh dapt malang tu .. ada ikmah tu .. dapat perhatian ~
hehehe

nazirah said...

slmt bercuti dan slmt kmbli semula :)

ILA HonEyBuNNy said...

happynya...yeahhh

balik kampung..ehhehhe..kim salam org kampung..hehehe

cik pinaz said...

balik johor ye ! mai melaka , dah x jauh dh . hehe

c'axoera ヅ said...

balik kg terus ke apa ni heheheh

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA