Click here OK!

Followers

Friday, 14 June 2013

SAHABAT - BY AMERICANS


Hai, assalamualaikum. Semalam aku ada terjumpa orang share video kat facebook. Aku sangat berminat tengok video ni. Orang amerika nyanyi lagu Najwa Latif -  Sahabat. Agak sedap dan lancar la suara mereka. Orang putih nyanyi lagu melayu kan, tak boleh la nak expect banyak sangat. hehehe. Aku kagum juga la dengan mereka. Diorang berlatih bersungguh-sungguh la juga kan sampai boleh nyanyi sampai macam ni sekali. Ada orang-orang yang komen tak berapa nak elok kat video ni semua tu dengki jek lebih. hehehe.
Antara mereka pun ada yang comel-comel. Lagi la aku suka dengar. hehehe.

Pujian harus diberikan kepada anak Malaysia kita yang belajar di sana dan seterusnya merakam video ini. Namanya Ana Najia. Manis orangnya. Dia ni exchange student dari Malaysia ke USA. Dia la yang mengajar kawan-kawan US ni nyanyi lagu Najwa Latif. Tahniah untuk dia. Di harap dapat la ajar lagi kat diorang lagu-lagu lain yang popular dan bermakna dari artis-artis Malaysia kita. Untuk yang tak tahu, video ni dah masuk berita dah. Kat astro Awani. Aku pun tak tahu bila video ni masuk berita. Aku tahu pun sebab ada kat youtube ni cerita pasal video ni masuk berita Awani. Dengar cerita,cikgu dia menangis bila tahu maksud lagu Sahabat ni. Menakjubkan kan.







Sebelum aku buat entry pasal video ni, aku dah pun minta kebenaran dari Ana Najia. Dia pun dengan senang hati dan baik hatinya bagi kebenaran pada aku untuk mengulas dan berkongsi pasal video ni. Respon dia sangat baik dan sopan. Bagus la. Dah la cantik, baik pula tu. hehehe. Enjoy la video ni ok. Bagi yang dah pernah tengok, tak pe la.

Cuba fikirkan bagaimana lagu Malaysia boleh dinyanyikan di sana hingga kan ada yang menangis dengan lagu tersebut??? Ini semua sebab liriknya yang ada makna tersendiri. Jadi kalau nak lagu kita dikenali serata dunia, kena la ada lirik yang penuh makna kan. Baru la orang luar berminat nak pelajari lagu kita.

Ada orang cakap, kita dapat nyanyi lagu orang puteh tak ada orang nak kecoh pun, tapi orang puteh nyanyi lagu Malaysia, nak kecoh sekampung. Aku tak tahu apa yang orang ni pikir cakap macam ni. huhu. Mungkin dia bergurau kot. Anggap je la dia bergurau cakap macam tu. hehehe.

Ok, la. Assalamualaikum dan selamat berblogging............... Enjoy this video ok.
>>> Selasa lepas temuduga kat Jcorp. Harap-harap ada la rezeki aku. huhuhu. Doakan aku ye kawan-kawan. Lama dah menganggur ni..

2 comments:

MaYa MustWany said...

manis orangnya...

good luck shah

AdaM Hawa said...

best².. tgk kat tv..
good luck dik.. moga ada rezeki kamu d sana..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA