Click here OK!

Followers

Wednesday, 5 June 2013

AKU SUKA LAGU MEREKA


Assalamualaikum semua. Sihat?? Macam tak ada yang jawab jek. huhuhu. Aku sekarang ni dah jarang nak blogwalking macam dulu-dulu. Bukan aku tak nak, tapi masa tak mengizinkan. Tapi percayalah cakap Kak Ton, walaupun aku tak blogwalking blog kawan-kawan, tapi aku tetap ingat korang tau. Dalam ingatan aku, bukan hanya ada nama korang jek, wajah-wajah korang pun sentiasa aku ingat dalam kepala aku nih. Sebab korang la kawan-kawan blog aku dari dulu, kini dan selamanya. Orang-orang yang aku maksudkan adalah ahli2 blog pilihan Shahrazali tu la. Aku kalau bukak blog pun tak lama, online sekejap, update, then terus tutup. Online FB jek lama. Sebab aku lebih aktif berfacebook sekarang ni. Ok, tutup cite pasal aku.

Sekarang aku nak kongsi sikit lagu-lagu kegemaran aku masa kini. Lagu yang akan aku dengar berkali-kali setiap kali mendengarnya. Aku ni jenis tak memilih genre lagu. Asalkan sedap didengar kat telinga aku nih, pasti ianya akan jadi lagu tip top pilihan Shahrazali. hehehe.

Lagu pertama adalah dari Kumpulan Hyper Act - Hanya aku. Sedap jek dengar bila suara,rentak dan iramanya menusuk ke dalam telinga ni. hahaha. Ditambah lagi dengan muka wawa zainal yang super manis tu. Memang best la kan. hehehe.. Jom layan berkali-kali ok. haha..

HYPER ACT - HANYA AKU



Lagu kedua dari Lempar Cakera. hahaha. Bukan-bukan, nama dia Cakra Khan, adik beradik lain mak, lain bapak kepada Shah Rukh Khan dan Shah Raz Ali Khan. Tajuk lagu dia Harus Terpisah. Suara dia bagi aku memang best, power lagi berkesan.. Haha.. Irama-ramanya memang jenis yang boleh sangat dilayan. Liriknya ada makna-makna tersendiri. Jom layan lagu sambil melayan perasaan...

CAKRA KHAN - HARUS TERPISAH



Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging..............
>>> Asyik post pasal lagu jek aku ni kan. Maaf la kalau ada yang bosan jenguk sini. huhuhu...

4 comments:

Anonymous said...

sy suke dgr lagu...xpe post byk2 hehehe......

AdaM Hawa said...

sama la citarasa.. kikiki.. tp akak suka 1 lagu ni.. lagu nomad..tetap menantimu.. best gak.. lagu KITA forteen pun best.. hehehe

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

salam perkenalan

i am following u :)

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com

MaYa MustWany said...

yups lagu2 yang best.suara penyanyi hyper act memang best..lagu2 pun best.

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA