NI la tiket aku |
Aku pergi beli tiket balik kampung semalam dekat seksyen 17 Shah Alam. Macam biasa la pergi kaunter Causeway Link dulu. Bas tu memang bas favorite aku sebab bas tu x pernah beri masalah pada penumpang diorang. Promote nih. hehe. Bas tu SELESA bak kata Ajib(KL Gangster). Ada satu cerita masa dekat kaunter Causeway Link tu. Ada la 3 awek jaga kat kaunter tu. Sorang bertudung manis jek, sorang cun juga la, sorang lagi x lawa. haha. Saja2 jek aku klasifikasikan orang kan. Lantak la.
Aku tanya tiket hari jumaat, awek2 tu kata"siang semua habis bang, yang ada pun tengah malam pukul 1130". Aku tak nak la kan tiket tengah malam. Ye la, sampai JB nanti baru pukul 430 pagi. Tak ke keras aku nak menunggu bas lagi untuk balik ke Pekan Nanas dari Larkin nanti. Paling awal pun pukul 8 kot.
Lepas tu aku tanya hari sabtu punya tiket. Awek cun tu cakap ada pukul 9 pagi dengan 12 tengahari. Aku cakap la nak beli yang pagi, dengan tiba-tiba awek bertudung tu sound kawan dia "tiket sabtu kan penuh jugak, buat apa bagitau abang ni, BODOH LA KO NIH". Aku senyum je la. Awek cun tu pun buat tak tau jek. Tiba-tiba, aku pandang awek bertudung tu, aku senyum kat dia then cakap "awak jangan la cakap BODOH kat kawan awak, kesian dia". Dia pun balas " dia memang macam tu bang, sengal". Awek cun yang tadi diam terus melenting marah-marah kat awek bertudung tu. Maka bertengkar la diorang kat dalam kaunter tiket yang tak berapa nak besar tu. hehe.
Aku cuba la nak tenangkan, tapi biasa la kan. Perempuan kalau gaduh meleret-leret. hehe. Tiba-tiba awek tak lawa tu menyampuk, (baru nak masuk watak) "sabtu petang ada bang, ok??". Aku terus cakap nak pikir dulu kejap dan terus blah. Diorang terus bertengkar. hehe. Awek cun tu malu agaknya. Mungkin bukan sebab kawan dia cakap BODOH, tapi sebab aku tegur kawan dia cakap dia BODOH. Kesian kan??hehe.
Lepas tu pergi kaunter sebelah. Tengah tanya-tanya makcik kaunter tu, tiba-tiba ada brader sorang ni panggil tanya balik mana. Aku jawab "JB, 4 hb, tengahari. Ade??". Dia terus cakap " mai sini bang, naik Maju Liner. Lepas dia call orang-orang dia, dia terus bagi aku tiket 2 keping. Harga dia RM37.00. Biasa harga RM33 jek. Naik sudah RM4. Dia kata " ni bos punya arahan la bang. Dari 3 sampai 7 hb, tiket naik harga". Aku pun balas balik la " kalau nak murah kena balik lepas raya la ek??". Brader tu sengih-sengih jek. Lantak la kan, kalau harga tiket RM40 sekalipun, aku tetap kena beli jugak.. Nak raya haji kat kampung punya pasal.
Selamat pulang ke kampung |
4 comments:
mana mahal nyer...okey jer tu heheh
mahal la jugak tu dari harga biasa..hehe..naik rm4 tu..
dari mane ni? amboi mhal nye.. untunglah balik cuti rye.. sye xbalik raye la:(
dari Shah Alam....selalu 33,,kali ni 37 kira mahal sket la kan..hehe...
Post a Comment