Click here OK!

Followers

Tuesday 17 January 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - LELAKI DAN BOLA SEPAK

Banyak minat kaum lelaki yang selalu diperdebatkan oleh kaum wanita. Kalau ada yang perasan la. Kadang-kadang perempuan tak perasan yang mereka selalu bergaduh dengan pasangan mereka hanya disebabkan oleh minat kaum lelaki terhadap beberapa perkara. Sebagai perempuan/girlfriend, mereka kena paham minat lelaki ni. Bukan hanya lelaki yang kena tau apa yang perempuan minat. Apa perkara tu? Antara minat lelaki yang paling hot adalah tengok awek hot tengok perlawanan Bola Sepak liga luar negara. 

Kebanyakan lelaki masa kini suka sangat tengok perlawanan bola sepak secara lansung kat televisyen. Jangan persoalkan hal ini sebab perempuan kena paham minat lelaki terhadap sukan bola sepak. Sukan bola sepak antara sukan popular kat dunia ini. Walaupun pasukan yang diorang sokong adalah pasukan dari kelab luar negara contohnya Manchester United, Chelsea, Barcelona, Real Madrid, sebagai perempuan kena paham keseronokan kaum lelaki kalau pasukan yang disokongnya menang dan ditonton secara live. Kenapa aku bold kan Manchester United?? Sebab aku big fan kelab tu la..hehe. 



Persoalan perempuan...

Lelaki lebih pentingkan bola dari awek kan??
Mana tau lelaki lebih pentingkan tengok bola dari awek?? Perkara macam tu tidak akan terlintas dalam fikiran lelaki. Kebiasaannya lelaki akan memberitahu awal-awal kepada awek yang mereka nak tengok bola bila dan di mana. So, perempuan kena paham la kalau lelaki tak boleh nak luangkan masa dengan mereka masa tu. Tapi oleh sebab perasaan cemburu dengan bola sepak, masa tu la dia nak call, mesej taip laju-laju dan nak kena reply cepat-cepat. Bila lelaki balas lambat sikit, dah kata pentingkan sangat bola tu. Bila asyik berbalas mesej, lelaki tak dapat la nak concentrate pada perlawanan bola sepak tu. Tak best la kan. Kalau perempuan call, lelaki susah nak jawab sebab suasana di kedai mamak bising, jadi susah nak dengar perbualan kan. Dah kena keluar dari kedai untuk bercakap dengan si dia. Dah kena tengok tv dari jauh jek.

Apa yang lelaki dapat kalau pasukan yang disokong menang??
Soalan ini selalu diajukan kepada lelaki yang gila tengok bola (macam aku). Apa yang boleh dijawab adalah lelaki dapat kepuasan seperti mana kepuasan perempuan bila artis or peserta AF kesayangan mereka menang dalam pertandingan. Kenapa lelaki boleh mendapat kepuasan ni?? Sebab tengok perlawanan bola sepak secara lansung adalah MINAT kaum lelaki. Perempuan yang tak ada minat dengan sukan lebih-lebih lagi sukan bola sepak memang takkan paham apa yang lelaki rasa. Memang la lelaki tak dapat apa-apa pun kalau pasukan yang disokong menang, tapi lelaki akan rasa gembira, puas hati, dan akan berada dalam mood yang baik jek. Masa tu kadang-kadang, perempuan mintak macam-macam pun dapat tau. Sebenarnya sama jek kalau artis yang menjadi pujaan perempuan tu menang pertandingan or award, kita tak dapat apa-apa pun kan. So???

Kenapa nak kena tengok kat kedai mamak??
Sebab kat kedai mamak ramai orang yang sama-sama berkongsi minat tengok bola. Bila gol dijaringkan, penyokong-penyokong akan bersorak GOLLLLLLLL !!!!!!, bertepuk tangan, mengutuk penyokong pasukan yang bolos. Ini semua kepuasan dan keseronokan lelaki masa tengok bola. Tengok kat rumah memang la boleh dan selesa, tapi kurang puas la kalau setakat nak mengutuk pemain dan bersorak sorang-sorang. kena paham tu. Kalau kat kedai mamak boleh sambil-sambil kena roti canai dengan teh tarik. hehehe.

Kenapa tak nak bawak awek??
Ada lelaki yang bawak awek dia sekali kalau tengok bola, tapi lebih banyak yang tengok dengan member-member la. Sebab tengok bola dengan member lagi best dan seronok. Masing-masing tau dan paham macamana cara permainan bola sepak, masing-masing kenal pemain-pemain yang berlari kat padang tu, masing-masing menyokong dan tak lupa juga yang mengutuk sesama member dan mengutuk pemain. Percaya lah, lelaki tak bawak perempuan sekali bukan sebab lelaki tu nak curang, dan percayalah yang perempuan susah nak rasa selesa dengan suasana kat kedai mamak tu yang bising, penuh dengan lelaki dan kepulan asap rokok yang memenuhi ruang udara. hehe. 

Awak kenal diorang semua..Tau macam-macam pasal diorang..Diorang kenal awak ker??
Memang bertuah la badan kalau pemain-pemain bola tu kenal kitorang. Memang tak la kan. Lelaki banyak ambil tahu pasal pemain-pemain bola sepak tu sebab lelaki minat dengan permainan pemain tersebut. So, mesti la kitorang akan cari sedikit sebanyak pasal pemain tersebut. Yang pastinya pemain-pemain luar negara tu memang tak kenal kitorang. Tapi sama je la dengan situasi perempuan yang minat gila dengan artis luar negara tu kan. Perempuan minat gila-gila dengan artis luar negara, letak poster kat bilik, hafal semua lagu, tengok semua video, tahu segala macam pasal artis tu. Artis tu tak kenal pun dengan korang kan. So ???


Jangan lupa klik "Like"....kalau suka la..hehehe... 
Komen la, jangan malu-malu. Mana tau ada yang nak diperdebatkan. hehe.
Diingatkan, ini hanya pendapat sendiri berdasarkan apa yang penulis rasa. 
Ada juga perempuan yang minat bola dan ada juga lelaki yang tak minat nak tengok dan ambil tahu pasal bola. Masing-masing punya minat la kan. Selamat membaca. 

20 comments:

Eein Azryn said...

hehe. ada lagi 1 minat orang lelaki ni, game dota. :D

LiNda said...

tak semua gurl macm tu, sy sgt sporting coz sy pun minat bola..bola itu penting...:)

Anonymous said...

macam ada pengalaman je..hikhik... +.=

Mun said...

aku suka gak tgk bola..dan peminat MU jugak.. so..xde isu kot kalo camtu..

*adik aku kata..dia menyampah dgr suara aku yg bising kalo tgk bola... hahaha~

shahrazali said...

CikMoonAdnan - yeahhh....MU fans...hehehe..

Penjual Reflesia - mmg ada pengalaman pun cmtu...hehe..

LiNda - bagus la minat bola jgk..

Eein Azryn - dota pun ye jgk..tp sy x main..hehe..sy main game bola jek..

J.Syazwana said...

eh samalah.
aku suka man U jugak.
tapi dah lama gila kot tak lepak tengok bola. haha.
tapi dun worry jersi man u tetap ade. hehe.

naseb baik Akram jenis tak fanatik sangat pada bola. kalau tak mahu dia tidak menghiraukan aku. keh keh keh

CikTeddyCorner said...

hei,cik suke bola la..kalo kt umah slalu tngok b0la dgn abg cik..ade yg cik knal ade yg x..ekeke
cik minat oezil lorh..huhu
ozil x hnsem tp bijak brmain =)

diya said...

sy tak suka bola, tapi tak de pulak nak condemn lelaki pasal bola. huhu

Domu-kon said...

peminat Man U rupanya..

mISZ Domu? minat Man u SEBELUM david Beckham dijual cam daging ke Real Madrid..lepastu misz domu suka tgok kekalahan mereka.. apa pun skrg ok jer..

seyesli.. perempuan ni akan memahami bola if u r trying to get them understand..

~Cik Sweety~ said...

ne msti bekas2 ayat tuan punye blog..(^_^)

saffiya_aleesya @ echa said...

wahhh entri yang bagus laaa..aku suka aku suka!!! serius aku tak minat bola jadi bila Encik Saiful bagitau nak layan bola kat macha aku bg green light jer..lantak laa dia nak melalak ke melolong ke ngn geng dia kat kedai mamak tu janji dia puas hati..lagipun g tengok bola jer kan bukan pegi bergatal pun..

Unknown said...

haha..terjawab sudah semua soklan..BTW x sama lah plak ngan aku..MC and Real ttp dihati walopon kalah ari tu..haha

Unknown said...

memang xleh dipisahkan la,,lepas tu game,,,haha

nasha sanza said...

hehe..dah tau minat lelaki apa..semua adik beradik lelaki..so dah faham apa yang diminati..

Ungu Violet said...

jangan dikacau time lelaki tengah tengok bola...memang dia bolayan punyer..:)

Anonymous said...

betul2,kadang2 mas lak macam laki tengok bola kalau final selangor.hihih.luar negara memang tak layan.kalau dia layan pun dah awal pagi,kita yang gurlz tido je la.hihihi.pe2 perlu kefahaman & tolenrasi

ILA SYAMILA ♥♥ said...

ahaha kite tak kira. kita suka bola jugak. chelsea. walaupun chelsea biasa2 je isk3. nnti nak ajak bf tgk bole sesama lah haha

iAmCekbolat said...

bolat tak kesah pon lelaki minat bola.. ia normal lelaki & bola.. bile dgr citer awek mrjok pkwe lyn bola.. rase cm nk ckp "awt gedik sgt"
hahaa..

nur farahin binti sulaiman said...

alamakkkkk bola sepak.. pening2 farah.. kehkehkeh.. idop la.. cuma asal farah tgk je mesti t'tido.. penat nunggu bola masuk gol.. heheh

Anonymous said...

kalu laki xminat bola 1st thing skali dia yg aku xminat..hahaha..

tgk bola live best woo. ish.. mne bola nak persoal bnda2 tu smua.. xcool awek cmtu..haha..

even aku sokong post ni tp aku xnak likes sbb laki xpnah nak faham knape pmpuan suke shopping. kan..? kan..? jgn brani geleng..


peace yo..!! hahaha

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA