Dah dekat 4 hari aku tak online. Sebab rumah aku tak ada internet. Broadband dulu ada, tapi dah campak jauh-jauh sebab rumah sewa dah ada unifi. Bila dah balik kampung ni, teringat kat berukben tu. hahaha. Sekarang aku lepak-lepak kat Mcd, so boleh la online sekejap. Entri kali ni saja nak tunjuk gambar-gambar percutian masa kat Terengganu tu. haha. Untuk tatapan pengunjung setia blog ini dan juga menjadi kenangan aku. Mana lah tau laptop or handphone aku hilang entah kemana, rosak ker, ada gak backup dalam blog ini.
Hari pertama aku cuma pergi Taman Tamadun Islam. Tempat ni memang aku nak pergi sangat sebab tempat ni Terengganu jek ada. kan?? kan??. Dulu cuma tengok gambar-gambar orang jek. Sekarang aku pula berpeluang sampai sini. Gambar-gambar ini ambil guna kamera phone jek. Sebab aku memang tak ada kamera. Meh la tengok gambar-gambar macho (la sangat) ni. hahahaha.
Hari pertama. Lokasi - Taman Tamadun Islam
Cantik-cantik kan gambar-gambar kat Taman Tamadun Islam ni?? Mesti ada antara korang yang pernah pergi kan?? Yang tak pernah ada?? Kalau ada yang tak pernah pergi, pergi la sini kalau korang bercuti kat Terengganu. Bila ada kat sini, macam dah merantau ke seluruh dunia. hehe. Ada banyak lagi gambar di entri-entri seterusnya. Entri kali ni semua gambar-gambar aku jek. hahahaha. Muak?? Menyampah?? Bosan tengok?? Jangan la macam tu. Tapi, lantak la kan. Entri yang akan datang baru gambar-gambar lain.
Masih belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada Jackie Chan, Donnie Yen, Stephen Chow dan juga rakyat Malaysia yang berbangsa cina. Semalam mercun bunyi kuat gilerrrrr kat kawasan rumah aku. Kiranya masih belum terlambat la kan. Macam ada jek orang cina baca benda ni. hahaha.
Assalamualaikum dan selamat berblogging.
Click here OK!
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA
-
Orang lelaki pun sangat suka diberi hadiah. Jangan ingat orang lelaki ni suka beri hadiah pada perempuan je. Tapi ramai orang cakap susah...
-
Zaman sekarang ni memang dah banyak perigi cari timba . Maklum la, nisbah perempuan sekarang ni lebih banyak berbanding lelaki. Cuba tengok...
-
Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........ "Psycho tak muka gua???". hahaha Aku ada terjumpa something yang telah di '...
-
Tau apa itu alahan makanan (alergi)?? Mengikut fakta yang aku rasa-rasa sendiri, alahan makanan adalah kita tak boleh makan sesetengah maka...
-
Assalamualaikum. Korang tengok kilauan emas?? Aku layan tau dari minggu pertama sampai minggu akhir. Disebabkan mak aku minat dan nak tengok...
22 comments:
wah cantik kan...masjid2 tue :)
tak pernah pegi lagi.. :(
ni mesti henpon mahal ni,gambo clear ja..hehe..:)
haha..semua bangunan ko tibai...x lepas MU dia aih..mmg fans MU btol lah..
rinduu sehh ! haha..
anyway gmbr mnyak sgt.. tak ley tgok =..="
hukhuk.. xpe2. jnji taman tamadun tu mmg cntik =)
cantiknya..
dulu pergi terengganu tak sempat nak pegi situ.. almaklum.. ikut trip kawan opis berjalan ke sane.. taman tamadun tiada dalam agenda.. InsyaAllah.. murah rezeki.. panjang umur.. sampai sane..
Bestnya g sana. Tingin jugak nak g sane.
cantik2 gambar bangunan kat situ..yang jadi model pun bukan main lagi..berposing sakan dah macam model lelaki macho Dunhill
xbooosan la...semua gambar2 neh cntik..
suka tgk....hehhehe..nice
cantik gambar2 masjid tu, jelesnyer..pasni ko gi holiday mane lak? jom gi morocco, dalca bagi tiket flight free..:P
cantiknya gambar ...
tak pernah pegi sebab terengganu pon tak pernah jejak. sedih btol. huhuhu
misz domu pernh jejak kt sana.. if msuk sana dia bagi kad mcm pasport kan kan? ke dah xskrg...
hehehe.. bila tgk Man U ritu..trgnt kat blog nie..hehehe
ohh..cuti2 yea..semangat 1malaysia pulak ehh..bagus2(^_^)
emy zulaiha - jemput pergi kesana...hehe...
cik puan muda umi - mana ada mahal pun...biasa2 jek..hehe..
dalca - byk lagi sbnrnya aku tibai..haha..aku mmg big fans kot..
cik bolat - rindu cik bolat jgk...tunggu la dia load kjp..hehe..
adam hawa - lain kali pergi yek..bleh gi masjid kristal skali..sebelah2 jek..
starzieti - jemput la ke sana..nk mnarik..gi pulau2 skali..
echa - model dunhill???hehe...drpd kosong,,baik ada org kan..hehe..
ila - thanks ila..nnti ada lagi..tgok lg tau..hehe..
linda - jom linda...wat rombongan dalca corporation..hehe..sume dalca tanggung..haha..
shida - cantik kan...hehe..tgok la sape model..hahaha..
j.syazwana - sy pun baru kali pertama jejak terengganu ni..ada masa pergi la..cuti2 malaysia..ajak akram..hehe..
misz domu - ada lg passport tu..sedih btol teringat last game MU..huhu...
sweet honesty - cuti2 malaysia..hehe..
cantik laa...gambar pun control macho sume....hihi
ungu violet - mesti la kena control...hehe...klu x,,hilang macho..haha...
hahaha welcome back huhu
taman tamadun ni dkt dgn
masjid krsital tu ek ?
yg bbyr tu kan hee. tak penah
g lagi insyaAllah akan ke
terengganu lagi pst menyusul ke
situ pulak insyaAllah ;)
cantiknya.tak pernah g lagi.myb 2thn akan dtg.hahah coz this yr lgkwi,nxt yr myb nak c.h lak.hihihi
penah sampai sekali tp waktu mlm..nak kene g lagi sekali waktu siang..mesti lagi best kan~ =)
mmg best pn tmpt tu..pnh g dlu :)
Post a Comment