Click here OK!

Followers

Tuesday, 3 January 2012

APA NAK JADI DENGAN MAHASISWA???


Aku tak paham dengan budak-budak zaman sekarang ni. Kenapa nak masuk dalam dunia politik sedangkan diorang masih belajar. Apa diorang tak sedar ke yang diorang berada dalam institut bawah kerajaan?? Kalau ye pun nak berpolitik, tunggu la dah ada kerjaya nanti. Tunggu la dah habis belajar. Ini belajar entah ke mana, politik jek lebih. 

Apa yang aku nak cakapkan ni mungkin dah ramai yang tau kan. Nama Adam Adli dah sinonim dengan politik mahasiswa. Kalau dah buat salah tu, apa salahnya mintak maaf kat Dato Seri Najib, then habis cerita. Ini tidak. Nak pertahankan juga apa yang dia buat. Yang gatal sangat nak turunkan bendera Dato Seri Najib tu siapa suruh. Pergi belajar jek kan senang. Umur macam tu sepatutnya dah boleh fikir yang mana lebih penting. Belajar ker berpolitik.

penyebab segala-galanya

Lagi satu yang aku tak puas hati, jangan la guna nama 'mahasiswa' tu. Bukan pelajar UPSI jek digelar mahasiswa. Budak-budak universiti lain pun namanya mahasiswa. Bila dia asyik sebut 'mahasiswa', dah refer kepada mahasiswa-mahasiswa kat Malaysia ni. Sedangkan pelajar-pelajar lain ada yang tak setuju dengan perbuatan Adam Adli and the geng tu. 

Masa rusuhan depan UPSI tu, kecoh sebut "hidup hidup, mahasiswa". Eh, kalau kau mintak maaf awal-awal, takde pun jadi macam ni. Ini sampai ada yang berdarah-darah, sampai ada yang terbaring bagai. Masa rusuhan tu, polis dah cakap baik-baik kat budak-budak UPSI tu suruh beredar. Polis bagi masa 15 minit untuk korang bersurai, tapi korang degil. Siap baring kat atas jalanraya lagi. Yang korang nak melawan polis tu siapa suruh???? Ada ker cakap " kami tak nak bermusuh dengan polis". Ingat polis tu suka sangat ke melayan kerenah korang tu haa?? Adam adli yang dikatakan 'hero' UPSI tu keluar di khalayak ramai seminit jek. Lepas ada polis datang, dia terus menghilang. Yang berdarah, orang lain jugak. 

Tengok la video ni




Aku bukan nak pertahankan UMNO or Barisan Nasional. Tapi aku luahkan ni atas dasar kemanusiaan dan sebagai seorang mahasiswa. Cuba la ingat balik apa tujuan korang masuk belajar kat UPSI tu. Jangan ingat korang banyak buat rusuhan ni, korang dah jadi orang kuat politik. Pelajar cina dan india ada ker buat semua ni??? Diorang tak buat bukan sebab diorang tak pandai politik, tapi diorang lagi bijak berpolitik. 

kesian


Hishhhh... Sedar lah wahai kawan-kawan mahasiswa ku sekalian. Bukan korang pun nak exam ker sekarang ni??????? Daripada korang buat rusuhan (sebab nak famous) tu, baik korang tumpukan pada pelajaran. Bila dah habis belajar, keputusan cemerlang giler, dapat pujian dan kepercayaan orang ramai, korang nak berpolitik macamana pun lantak la. 


Lagi satu aku pelik, pihak UPSI tak ambil tindakan ker dengan Adam Adli tu?? Keluarga Adam Adli tak pandai nak nasihat dia ker?? 9 januari ni dia masuk mahkamah. Tak tau la apa jadi nanti. Orang macam kau sepatutnya tengah belajar jadi orang berguna, tapi tengok la apa jadi sekarang. Yang lain-lain pun siap kena tahan kat balai polis untuk disoal siasat. Jangan la nak melawan polis sangat. Member aku ada cakap " cuba la satu hari nanti rumah diorang kena pecah masuk, ahli keluarga diorang kena ragut, kena rompak ker,,, pertolongan polis juga yang diorang harapkan. cuba bayangkan polis buat bodo jek dengan diorang sebab polis dah cam muka diorang yang buat rusuhan melawan polis tu. Terkial-kial diorang masa tu. " 

berkawan rupanya diorang ni.

Kepada pelajar-pelajar UPSI yang buat hal ni, jangan plak korang mintak kerja dengan kerajaan lepas korang habis belajar tu yek. Ingat-ingat sikit korang pernah buat hal. Jangan buat muka tak malu plak mintak kerja dengan kerajaan. Tapi korang kan anak-anak orang kaya-kaya kan. Mungkin dah tak payah nak mintak2 kerja kan. Sebab masa tengah belajar pun sibik dengan buat rusuhan. 


Tengah ramai-ramai berani la diorang nak bersuara kan. Macam-macam la diorang ni. Pergi belajar la wei. OK, nak sambung study. Sebab ini yang patut dibuat sebagai seorang Mahasiswa. 

budak kecik pun blajar tau..


41 comments:

iAmCekbolat said...

politik ! urghh.. tak tahu.. heheh =="

saffiya_aleesya @ echa said...

kalau agak2 nak berpolitik sangat haa tak payah belajar..bhenti je belajar pastu melalak la cmne pun..nk berpolitik sgt kan..tu nama nyer buat keje tak guna otak..

Anonymous said...

ermm walauapapun.. dh habes bljr nk politik pun tak pe la.. sama je la mcm bersih 2.0 hr tu. ketua senang lenang anak buah dok pedih kena gas kat tgh panas2. politik ape mcm tu? haishhh

CikTeddyCorner said...

hmm..rasenya tindakan krajaan benarkan pljar universiti boleh trlibat dlm politik bkn 1 prkara yg bijak kan?

Anonymous said...

memang tak betul tindakan tu.. kalau ada rasa nak membantah sekalipun, should be done nicely and gently. kita semua ada hak bersuara. tapi jangan la sampai buat mcm ni.. lagi pun, nama lagi mahasiswa, teruskan la dulu belajar baru nak berpolitik.. nanti takut nak belajar pun tak boleh sebab ramai kat luar sana duk sumpah seranah..

Anonymous said...

hanya pemerhati je la mampu diriku ni

Unknown said...

politik..i likee...xp hampeh jerk..haha

Anonymous said...

assalamualaikum :)
hehhe. demo tuh bukan SEMUANYA TERDIRI DARIPADA BUDAK UPSI. ade bape kerat je kot, ade je dari u lain, nak kene mention ke u mane? (um, unisel, uitm, dan lain lain lagi :))kalau tade kat tempat kejadian tak payah lah nak ulas lebih lebih.nanti buat dosa kering je. dan bukan lah SEMUA BUDAK UPSI sokong si adam adli and the gang tuh. pelajar mana yg suka nama tempat yg dia belajar diperlekehkan. sape suke? jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. nak benci, benci lah si adam adli tuh, budak upsi yg laen tade kene mengena, tuh perjuangan dia sorang. terima kasih :)

Juliet_iRa~" said...

setuju sgt..cuba habiskan belajar tu kalo nak bising2..uhhuu..sbnrnya nak perhatian tu...malu kan ada mahasiswa mcm ni..

psss : alamak pjbt pos dah tutup plak..xsmpt nak pos blueberry cheese tart..;p

Ungu Violet said...

alahaii kesian...
bersyukurlah duduk kat bumi malaysia yg aman damai nih..

shahrazali said...

kepada en anonymous..... nape x letak nama skali klu nk kritik... kire nye en anonymous ni ada kat tempat kejadian la kan.. mesti en anonymous ni bdk UPSI kan,,

en anonymous paham kan ape yg cuba sy sampaikan??? benda ni mmg ditujukan kepada Adam Adli n the geng..bukan nk salahkan semua pelajar UPSI..sila baca kembali..org bukan mahasiswa pun boleh tau sape yg salah,,sape penyebabnya...

shahrazali said...

Roy Rebel
(komen panjang lebar dari kawan FB aku)

Sngat setuju lie..aku pun minat gak politik..aku belajar sejarah2 politik dlm mlysia wlau xbnyk..tp xde pun aku nk sibuk berpolitik kat luar sane..xde faedah..bile dh kene pukul bru ckp ini la kekejaman kerajaan..polis xde keperikemanusiaan.....padahal diorng tu yg xpndia..klau smua duk umah..xde kot polis nk pg ketuk umah diorng pastu nk belasah diorng..aku duk umah xde kene pun..aku mahasiswa gak..yg jd pengikut geng2 nie ni bkn best2 student pun..ade yg repeat paper gak..duk kalut bnda laen..blajar tah kemane..pastu nk guna nama mahasiswa..aku betul2 xsetuju..yg xtahan tu pempuan pun kalut gak nk bekmpen,bile polis serbu mula la pakat berteriak.hoi hoi..kalau dh ati kering tu buat releks la skali..nk tgk cm ner..pemimpim2 sblm n skrng nie baik kerajaan n pembangkang semua ade educated yg tnggi2..tu bleh jd ketua ape2 tu..xkn aku nk ambik adam adli jd pemimpin aku nnti,blaja xtah kemane..aku xnk pemimpin yg pndai ckp je..pemimpin sebelum nie xde pun sibuk nk politik time diorng blaja..pikir2 la anak melayu mahasiswa..xkn nk tnggu orng bangsa laen perintah kita baru nk pikir balik..aku tkut sngt bnda tu..

Anonymous said...

cik anonymous diatas terasa agknye...ras
enye ulasan di atas tidak dtujukan kepada semua pelajar upsi..saya tahu perasaan cik anonymous diatas kerana kawan saya yg merupakan pelajar upsi juga terkena tempias ni sume...sabo la ye cik anonymous...kita n penulis blog ni dipihak yg sama..gd luck 4 final ye cik anonymous...peace...(",)

J.Syazwana said...

beselah budak2 zaman sekarang. tah pape je. kalau nak politik sangat belajar lah betul2 dapatkan dekan every sem pastuh jadi menteri. baru lah boleh cakap pasal politik. ade gak org nak dengar. ni setakat marah2 kat pesbuk pastuh demo tah pape. kusut. entah2 nanti study tah kemana. buat malu mak bapak je.

Anonymous said...

"Lagi satu yang aku tak puas hati, jangan la guna nama 'mahasiswa' tu. Bukan pelajar UPSI jek digelar mahasiswa. Budak-budak universiti lain pun namanya mahasiswa. Bila dia asyik sebut 'mahasiswa', dah refer kepada mahasiswa-mahasiswa kat Malaysia ni."
abes tu nak gelar mereka ni ape? lagi pun mmg mahasiswa yg terlibat amnya. cuma bukanlah budak upsi je.

"Masa rusuhan tu, polis dah cakap baik-baik kat budak-budak UPSI tu suruh beredar."
jgnlah guna ayat budak2 upsi, coz ade student u lain kot. cakap lah pendemo-demo yg ado tuh.

"Adam adli yang dikatakan 'hero' UPSI"
hero ke dia tuh? pandang sebelah mate pon kiteorang tanak. :)

"Keluarga Adam Adli tak pandai nak nasihat dia ker?? "
bro, x baca twitter dia ke? blog si adam ni sendiri, kan dia ade kate family dia support PERJUANGAN DIA. sigh~

ape ape jela. happy blogging.

~Sal Ismail~ said...

sygnya..mcm nak rosakkan masa depan je..~ (--")

shahrazali said...

kepada en. anonymous yg masih merahsiakan identiti..

mereka sepatutnya gelar mereka something yg lain..reka la ape2 yg menunjukkan diorang ni siswa berpolitik...

budak-budak upsi "TU" menunjukkan budak2 yg buat hal...kt mn bnda tu berlaku???kat depan upsi kan?? abeh nk cakap budak2 uthm??ker nk ckp budak2 utm??uitm?? ko pun ckp,,'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'..pegi la salahkan adam adli..

kenapa dia "hero" upsi?? sebab dia pelajar upsi yg buat hal kn..bile die naik atas bahu org tu,,ada org jerit 'hero kita'. dia student upsi kn,,berlaku kt upsi kn?? salah ker nak cakap 'hero' upsi?? x paham ker mksud 'hero' tu mnunjukkan org perasan bagus yg 'mgharumkan' nama upsi korg?? paham makna mgharumkan tu??? mksud 'mgharumkan' tu memalukan la.. x reti perumpamaan mengutuk ker???

btol la keluarga dia x pandai nk nasihat...klu family dia support tu maknanya family dia x reti nk nasihat klu anak dia wat silap..sepatutnya keluarga dia bantah perbuatan dia.. ada paham 'bro'???

buat ape nk baca twitter dia?? blog dia??? aku bukan pengikut dia..malah sblum ni x prnh kenal dia..aku sekadar memberi pendapat aku tentang apa yg dia buat...

aku tau en anonymous x puas hati tentang penulisan aku yang cakap pasal 'budak2 upsi'..utk itu aku mntk maaf la..

aku pun tau en.anonymous pun x sokong perbuatan adam adli ni..teruskan la x menyokong...aku bleh jek x published komen2 ko ni,,tp aku published gk sebab aku mmg nk org tau ade org kritik penulisan aku..

tp x perlu kot nk 'sigh,,ape ape jela' tu... n lg satu.. klu org berani nk kritik,x perlu jadi anonymous... biar lah org kenal anda tu siapa..

Anonymous said...

okay, maaf juga kalau ade terkasar bahasa ke ape :) no offense. hee. *memang majoriti student upsi x sokong dia.

yang benar, mahasiswi UPSI. :D

Anonymous said...

emm..
da abis blaja jadi xtau pape sebab asik duk kat umah jer..hehehe

jadi nmpak gayanye kbenaran plajar berpolitik tu kne kaji balik la sbb kalu pelajar main politik org ckp nak blajar ker nak berpolitik..? see..? kan da tunggang terbalik tu..


emm..pasal adam adli tu xbrani nak komen sebab bace brite jer. kalu ade kat tmpat kejadian KOMPEM sue akn buat laporan khas..HAHAHA~

KizZ said...

Uih..isu ni dah jadi makin hangat nampaknya..

Anonymous said...

Weh aku pun mahasiswa UPSI jugak wei!!

shahrazali said...

utk pengetahuan mahasiswi UPSI,,sy hormati anda sebagai rakan mahasiswa.... sy mmg respect ngn student2 UPSI ni,,sbb bakal2 guru kan... memang sy xde niat nak salahkan pelajar UPSI... ini semua sebab Adam Adli...percaya lah,,bukan sy jek yg ckp mcm ni...
org akan cakap Adam Adli UPSI,, so dia mmg jadi nila la kan.. rosak susu sebelanga,maknanya satu UPSI dapat malu...

sy mintak maaf lagi skali k atas penggunaan budak2 UPSI tu.. terima kasih sudi singgah blog ni.. blaja rajin2 k...

shahrazali said...

emmm....anonymous lg...pe plak pendapat mahasiswa UPSI??? sila beri komen dn tunjuk ajar...klu ada salah,,tegur la dgn sebaik mungkin...

Anonymous said...

Gua ileks je weh, ikut sukati depa la nak wat apa pun, yang penting skang gua study, gua grad, gua dapat kerja best,beli keta besaq, rumah besaq,bla bla bla..

Janji gua hepi.. Wpun sebenarnya gua malu ngan budak2 ni mencemarkan nama tempat pengajian gua. Alah pedulikkan saja lah noo..

shahrazali said...

bagus la en anonymous..... blaja rajin2 jek... itu yang sepatutnya ko buat sbg seorang mahasiswa...

Mun said...

hmm hanya kerana segelintir mereka2 nie laa yg boleh menyebabkan mahasiswa tercalar.. nama upsi turut tercalar..

kalo dah nama pon masih belajar.. tumpukan je laa perhatian tu pada pelajaran dahulu kan..

Anonymous said...

politik,,tak minat ,,tak nak ambik tahu,,haha

kindergartenlibrary said...

baru tau .. nelly tak tau sangat bab2 politik ni ..
-.-

starzieti said...

terlibat ngan politik ek ?

kite tak suke politik. -.-

Eein Azryn said...

mahasiswa sepatutnya tak masuk campur la dalam hal politik ni. hurmm.

Cik Itah said...

politik?....errgghh..seriously xsuka sgt. Biasa la budak2 skrg..semakin tinggi pelajaran pintarny melebih-lebih....uhU!

yoe said...

datang ke universiti untuk belajar.
tapi ada orang tanya, kenapa di universiti ada yg:
1. main bola?
2. berpesatuan?
3. masuk MPP?
4. dll

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

politik? politikus.

Puan Besar Shag Yahaya said...

Adam Adli ni gaya cakap dia memang style habis lah. Dah macam Tun Dr M dengan Anwar bercakap. Ada isi. Cuma gaya penyampaian salah. Kalau nak tentang kerajaan pun, make sure habis belajar dulu. Dia ingat semua mahasiswa nak back up dia ke ? Kenal dia pun tak sebelum ni, sapa nak back up ?

Entri Terbaru Shag Yahaya

Anonymous said...

adam adli ni senior saya,senior sekelas kata dia anak saudara anwar ibrahim.No wonder berjuang habis habisan..

nur farahin binti sulaiman said...

farah x suka politik!! lalalaala

shahrazali said...

terima kasih kepada pemberi komen yang sama2 sependapat dengan saya..

kepada yang x suka dengan politik,, harap2 amik la tau walau sedikit.. sbb mungkin akan memberi kesan kepada kita kelak...

sy pun x campur dengan politik,,tp sy amik tau serba sedikit apa terjadi kat negara kita ni..lg2 pasal mahasiswa ni...

shahrazali said...

kepada en yoe..

kenapa universiti ada main bola,, berpesatuan,, MPP dll ???

sebabnya supaya dapat melahirkan student yg aktif mental dn fizikal.. student yg bertanggungjawab dan berkepimpinan..dn student yg berdisiplin dn pandai menguruskan sesuatu organisasi...

bukan utk belajar campur tgn urusan politik besar,,bukan utk melawan kerajaan,, bukan utk memperjuangkan sesuatu parti.. ini semua diorang bole buat,,tp habiskan dulu la belajar...x susah rasanya...

shahrazali said...

kepada anonymous....

btol ker ape yg ko bgtau tu??? Adam Adli anak saudara Anwar Ibrahim???

klu btol,,patut la dia berjuang mcm tu skali...dia berjuang utk Anwar la kan,,, bukan utk mahasiswa..

thanks for the info..

MissNadia said...

politic is very complicated.. tak suka

shahrazali said...

miss N @ nadia :
awk x perlu suka...tp perlu jgk amik tau..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA