"Hari ini aku rasa ramai kawan yang ambil berat pasal aku. Ramai orang ajak lepak sama-sama, ajak makan sama-sama, ajak tengok wayang sama-sama. Semua harapkan aku pergi bersama mereka kerana mereka rasa seronok dapat bersama aku. Mereka kata aku rakan yang baik dan best kalau lepak sama-sama."
"Hari ini aku rasa sunyi sangat. Rasa macam tak ada kawan-kawan yang ambil berat dan ambil tahu pasal aku. Tak ada pun orang nak ajak lepak minum-minum, borak-borak, ketawa-ketawa, gosip-gosip, tak ada pun kawan yang nak ajak tengok wayang, jalan-jalan. Diorang tak suka ke berkawan dengan aku?? Tak best ker lepak-lepak dengan aku??Aku ada buat salah ker dengan kawan-kawan aku??"
Ini adalah dua situasi dan pemikiran berbeza dari orang yang sama. Aku rasa ada di antara orang-orang di sekeliling kita rasa macam ini dan mungkin juga perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita sendiri. Kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan. Sampai tak terlayan dan sampai kena batalkan temujanji dengan kawan demi kawan yang lain. Masa itu, perasaan kita akan bercampur sedih dan bangga. Inilah realiti kehidupan. Kadang-kadang kita rasa hidup kita sunyi sangat. Macam tak ada kawan. Tak ada kawan yang ajak kita keluar makan, bersukan, tengok wayang, dan buat apa-apa aktiviti. Masa itu, perasaan kita hanyalah sedih dan berprasangka macam-macam. Kita akan rasa diri kita dipinggirkan. Kita akan rasa diri kita tidak diperlukan. Kita akan rasa diri kita serba kekurangan dan macam-macam lagi andaian yang muncul dalam pemikiran kita.
Bagi seseorang yang ego giler perangainya, mereka akan tetap dengan egonya dengan menunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk di ajak keluar bersama. Mereka akan cuba cari kawan-kawan baru dan cuba pula menunjuk-nunjuk yang dia tak perlu tunggu ajakan dari kawan-kawan mereka untuk keluar buat apa-apa aktiviti. Ini berlaku dalam kehidupan kita.
Bagi seseorang yang berfikiran profesional dan positif, mereka akan cuba mula mengajak kawan mereka dahulu dan cuba untuk memulakan sesuatu perkara daripada terus menunggu ajakan kawan mereka. Jika tidak mengajak ke mana-mana, mereka mungkin akan cuba telefon dan mesej untuk bertanya khabar diri kawan-kawan mereka.
Kadang-kadang kita rasa nak telefon atau mesej kawan kita, tapi kita akan rasa macam tiada topik untuk dibincangkan. Jadi kita akan menunggu perkara-perkara yang boleh dibuat topik untuk dibincangkan dalam perbualan. Tapi kadang-kadang, bila kita dah ada topik pun kita segan silu untuk memulakan bicara dan menunggu kawan-kawan kita juga yang mulakan dahulu. Manusia memang akan ada sifat malu dan ego yang tersendiri. Cuma terpulang dengan diri mereka sendiri macamana cara pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara.
Memang kita rasa kadang-kadang ramai kawan, kadang-kadang sunyi tanpa kawan. Kalau tak ada kawan-kawan pun, kan kita masih ada keluarga kan. jadi tiada istilah kita sunyi, hidup seorang diri tanpa sesiapa di sisi kerana keluarga sentiasa bersama kita. Kawan-kawan pun sentiasa ada untuk kita, cuma kita perlu sedar akan kewujudan mereka.
Fikirkanlah.
Jika kita rasa diri kita dipinggirkan, fikirkanlah semula, mungkin kita yang meminggirkan mereka.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Semua
yang aku coretkan ini adalah dari pemikiran aku. Sekadar berkongsi
dengan kawan-kawan blog. Tiada kena-mengena dengan sesiapa.
12 comments:
wah...betol2,kadang2 kita xsedar,itu merupakan kesalahn diri kita sendiri yg kita xsedar..sedar2 semua kawan dh hilang... :( ...wah serius ko buat tajuk tu??ko ada bnyak informasi x tentang bank malaysia??i need your help..
Hye shah !
lama x BW kat cne..betul, saat mereka berada d skliling kita maka saat itu juga kita sering abaikan mereka..sampai satu saat pabila ia menyepi dan jauh dari kita maka saat itu juga kita mula merindu dan mencari..Hargai sahabat~
betul tu..kekadang..setiap org ada pendekatan yang berbeza.. dan tiap kali kita sering salah tafsi..dan kawan fikir mereka sombg.... mungkin yang suka di ajak nie..jenis dia mcm tu.. apa pun..majulah sukan untuk negara..hehehe
p/s: shahril..lawatilah bnm punya website..
yup..kdg2 kita tak nmpk sebenarnye kita yg secara tak sengaja dah jauhkan diri dr kawan2, ade mse contact2 la kawan2 lame:)
haa betul , kdg2 ade yg terkecil hati ckp kita tak layan dia . tapi smpai satu masa kita pulak yg terkecil hati bila sunyi . hm
kesimpulannya kita tak boleh nak harapkan org untuk selalu ingt pada kita..kita pun harus ingt pada rakan juga
setuju tu!!
saya pun selalu je ajak kawan2 keluar... pastu dorang pun ajak saya keluar...
ada kawan saya tu, tak pernah ajak kawan2 keluar.. kalau dia nak keluar, sendiri saja.. bila kita ajak dia keluar, dia menolak..
ok, dia suke bersendirian.. fine...
^___^
sejak mas dah terkene,mas jadikan pengalaman n pengajaran..
Nice sharing shah. Jom follow2.
http://miszwati88.blogspot.com/
Slm blogging. Tq.
Asasalamualaikum,, nama sy man. Saya nak kongsi pengalaman yg sy alami skrg ni. Sy ada sorg bestfriend dgn tba2 je tputus hbgn. Sy call tak jwb, msj tak bls.. bgtu jg mak ayah sy.. sy call tak pnah d jwb mlainkan sy msj je bru d bls (2 bln kblkgn ni). Tu pun ckp spatah dua je.. sy tak tau mna silapnya.. Astaghfirullah.. sy cuba sdy upaya bprasgka baik.. smg Allah mmbri ptujuk kpd kmi.. amin.. maaf text pnjg lebar
Nice sharing. Now i know why some friends acted the way they did. Masya Allah.. Thanks
Masya Allah. Baru tahu kenapa kawan² ku jadi macam tu. Terima kasih for sharing. Jazakallah
Post a Comment