Click here OK!

Followers

Monday 14 May 2012

AKU DIGANTUNG DAN DIBUANG

Dalam entri sebelum ini aku ada bercerita kisah aku ditahan polis kan. Klik <SINI> untuk ke entri sebelum ni. Thanks kepada yang sudi baca sampai habis dan yang menjawab soalan-soalan berkaitan. Soalan 1 dan 2 kebanyakkan jawab betul, tapi soalan 3 semua salah sebab aku tak cerita lagi pun apa hukuman yang kitorang dapat hasil dari 'menaikkan' nama sekolah tu. Ceritanya habis setakat kitorang makan kat kedai makan dibelanja oleh pengetua kitorang kan. Ceritanya agak tergantung sebab ada sambungan. Inilah dia sambungannya. hehe.

Dipendekkan cerita, aku dan geng-geng memang sudah disabitkan kesalahan memukul pelajar lain. Kes kitorang memang rancak dibualkan di sekolah. Ada pembaca setia blog ini yang bertanya macamana yang lagi 5 orang tu kan. Diorang pun kena pergi balai juga macam aku dan yang lain. Tapi diorang pergi lambat sikit la. Lepas balik dari camping pengakap hari ahad tu, sampai jek sekolah, diorang terus dibawa ke balai polis JB central untuk diambil keterangan. Bezanya diorang tak kena dengar ceramah warden dan pengetua tak belanja diorang makan. hehehe.

Hari isnin kitorang dibawa berjumpa guru disiplin a.k.a jurulatih bola tampar. Perlu ker mention jurulatih bola tampar?? Aku rasa perlu sebab nak korang ukur tahap tamparan seorang jurulatih bola tampar jek. hehehe. Kenapa aku cakap macam tu?? Sebab kitorang dapat makan penampar guru disiplin a.k.a jurulatih bola tampar sekolah seorang sekali. Dia pun penat nak tampar sampai 17 orang, jadi seorang dapat sekali je la. Kalau tak silap, aku beratur kat tengah-tengah juga la. Korang bayangkan la perasaan menunggu giliran untuk ditampar. Fuuuhhhh. Seram woooooo...  Lepas ditampar tu, muka aku jadi kebas sikit. Berdenyut-denyut rasa kepala. huhu.


Haaaa. Apa hukuman yang kitorang dapat????? Antara 17 orang yang disabit kesalahan, hanya 5 orang dapat hukuman berat sedikit. 5 orang ni kira kepala geng-geng pukul kitorang la (bukan pengakap yang 5 orang tu ye). Aku tak termasuk sebab aku jadi kakitangan jek. hehehe. Yang 5 orang tu diwajibkan meninggalkan sekolah dan berpindah ke sekolah lain. Kira kena buang sekolah la. Aku dan 11 yang lain kena gantung sekolah 2 minggu dan dibuang asrama. Punya la malu masa tu. Malu dengan kawan-kawan lain, malu dengan cikgu-cikgu, malu dengan gadis-gadis, dan yang paling malu dengan mak abah la. Aku dah fikir nak tukar sekolah jek masa tu, tapi aku rasa aku tak nak lari dari masalah. Aku kena berani berdepan dengan masalah dan tanggung sendiri semua tu. Lagipun leceh la proses tukar-tukar sekolah ni kan. 


Lepas balik dari penggantungan tu aku rasa susah gila nak jejakkan kaki ke sekolah, tapi aku gagahkan juga la. Sekolah kat JB, rumah aku kat Pekan Nanas, Pontian. Setiap hari aku kena bangun awal pagi bersiap nak pergi sekolah. Pergi sekolah naik bas ekspress Pontian-JB. Naik bas pukul 630 pagi. Sampai sekolah dalam pukul 715 pagi. Itu kalau aku tak tertidur la dalam bas. Kalau aku tertidur, terus bas sampai Larkin Bustand then kelam kabut cari bas lain untuk ke sekolah balik. Kadang-kadang pukul 8 baru aku masuk kelas. Cikgu-cikgu ramai yang pulaukan kitorang. Ada yang asyik mengungkit jek kes kitorang. Aku punya belajar pun jadi tak betul lepas tu. Sedih beb cikgu-cikgu pandang serong kat kitorang. Tapi nak buat macamana, dah memang buat salah kan. Kitorang punya kes tak ada la sampai masuk berita kat tv, cuma masuk surat khabar jek. Surat khabar apa tak ingat plak. Tapi memang 'menaikkan ' nama sekolah juga la. Aku berjaya juga habiskan sisa-sisa tingkatan 4 dengan tak berapa nak berjaya. Subjek fizik, kima, add math semua fail. Yang lain ok-ok je la.

Masuk tingkatan 5, aku dah berubah jadi lebih baik. Belajar pun makin rajin. Dipendekkan cerita, habis tingkatan 5, keputusan SPM keluar, alhamdulillah semua lulus. Cikgu add math aku bangga dengan keputusan aku. Masa tingkatan 4, dia selalu perli aku, tapi masa tingkatan 5, aku jadi rapat dengan dia. Cikgu fizik aku plak cakap kat aku, "Saya tak percaya la ini result awak shahrazali, sebab sebelum ni awak mana pernah lulus subjek fizik ni". Masa tingkatan 5, dengan jurulatih bola tampar pun aku baik sebab aku wakil sekolah bola tampar masa tu. Habis sekolah, aku dapat tawaran pergi matrikulasi. Tapi kat matrikulasi kantoi (tak lulus sebab aku malas). hahaha. Sekarang semua geng-geng pukul dah berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang dah bekerja, ada yang masih belajar macam aku. 





Apa cerita plak dengan Jebon tu ye?????? Dia pun ditukarkan sekolah juga sebab pengetua risau Jebon tu kena belasah lagi. Memang betul la tindakan pengetua tu. Sebab masa lepas kejadian tu, ada diantara kitorang nak lancarkan serangan kedua kat Jebon tu. Memang nasib kau baik la Jebon. 



Thanks sudi baca....
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............................

23 comments:

Cik mama said...

hehheheheh.. lawakk laaa story ni.. bila buat kes then berjaya dpt result yg cemerlg memg org akan respect, cuba kantoii.. maunya kna kitukk sajerrr.. kan.. ^_^

AdaM Hawa said...

ada sikit seperti cerita adik lelaki sy.. kene buang asrama sbb ikut2 org buli junior.. kenangan betul.. hari2 pagi2 berulang anta pegi sekolah yg berlainan daerah.. serik pun ia.. nasib la skrg dah berubah.. huhuhu

shahrazali said...

cik mama :
hehehe....biar nakal,,asalkan belajar...





adam hawa :
biar nakal masa sekolah,,,asalkan dah besar jadi org berguna kan...pengalaman mengajar seseorang jadi lebih matang..

Cik Farhana said...

Puas aty baca entry nih,,entry lepas tuh mcm t'gantung sket..hee..

Anyway , Yesterday's the Past and Tomorrow's the Future ~ Buang yg keruh & Ambil yg Jernih .

Good Luck for ur last sem ! (:

~Cik Sweety~ said...

hahaha..habislah jebon tu..memang malang nasib dia erkk..

ch000tz said...

hahahahahah da macam wife yg ditanggal pergi dan digantung tak bertali lah pulak hahahha

shahrazali said...

cik farhana :
thanks...good luck jgk utk farhana..





sweet honesty :
mmg malang...haha...ntah apa nasib dia skrg...harap2 dia pun jadi org berguna...





c'axoera :
cmtu plak??hahaha...

rAIHan said...

haha..zaman sekolah lah nak nakal2 sikit. bile dah besar,,insaf..

jemput singgah,,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/9-perkara-penting-ketika-bercakap.html

shahrazali said...

raihan :
betul tu....x nakal,,x best la...haha..

PCL said...

Salam, ..baru mula baca2 di sini...

nazirah said...

hahaha kes buli ek ni .. kat jebon.. sian jebon..hee ape2 pun jadikan pengajaran sume tu kan.. sekarang masing2 da bejaya .. good2 ;)

HanisLazimAndTheShaklee said...

slalunya budak2 yg nakal2 nih semua pandai2 kan..xpa kecik2 nakal besar2 dh bole pikir baik buruk kan :)

#sambung la lagii...best nih baca cita sambung2 cmni.hihii

Domu-kon said...

setiap perkra ada pro and cons kan.. sabao je la yer.. :)

shahrazali said...

PCL :
salam.....selamat membaca di sini..





nazirah :
aah.....dah nasib jebon cmtu...hehe...





aniswany :
rugi klu x nakal msa kecik2....rasa kurang seri hidup...hehehe....






domu-kon :
sabar je la....hehehe...

iAmCekbolat said...

ade hikmah sblik kjdian tu.. bila dipulau korg akn down then rsa nk bangun balik.. so ade pngjaran sblik tu..

pewwit, Hye abg shah ;)

shahrazali said...

cek bolat-bolat :
hi cek bolat....hehe....btul tu..tp tgok org jgk tau cek bolat...ada juga org yg akan lebih down bila dipulaukan..

Cik Puan Muda Umi said...

tak kontek dah dengan jebon?kot2 la boleh jadi mber baik..kehkeh..ptot la skang amek math,terer math rupanya..:)

shahrazali said...

cik puan muda umi :
watpe nk contact2 dia..haha...bukan terer la,,tp mmg minat math sejak skola rendah...hehe..

Cik Puan Muda Umi said...

hehe..bleh la ajar culus2 III pasni..weeeeee

Anonymous said...

haha dpt bayangkan perasaan tunggu nak kne lempang tu!! dupdap abes!!

shahrazali said...

cik puan muda umi :
haaaa....mcm dah lupa jek ngn calculus 3 tu..hehe...sronok tau belajar calculus tu..abg shah minat ngn calculus...tp time degree ni kurg belajar math..





BP boy :
haha...msti la...mmg laju dupdap nyer...

Putry said...

aduh lenguh perut .... baca entry niii

shahrazali said...

putry :
cmne tu lenguh perut??hehe...makan x lalu ek??hihi..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA