Tahun 1993
Kali pertama aku mendapat seorang guru iaitu guru tadika. Namanya aku pun dah tak ingat. hehe. Aku bersekolah di Tabika Kemas di Pekan Nanas, Pontian. Walaupun aku tak berapa ingat nama guru masa tu, tp aku masih ingat lagi pengalaman-pengalaman masa tadika. Antara yang paling aku ingat aku muntah dalam kelas lepas minum pagi. Kuih yang aku makan, kuih seri muka, minum dengan air milo. Lepas dua2 jenis ni masuk dalam perut, terus jek termuntah keluar. Habis baju dan meja belajar terkena muntah aku. hehehe. Lepas tu aku ditempatkan di bilik air sampai habis waktu sebab takut muntah lagi. Duduk dalam bilik air dengan tak berbaju. hahaha. Dengar cikgu mengajar dari dalam bilik air jek.
Letak gambar kartun supaya tak nampak sangat muntah tu. hehe |
Pengalaman lain, sebelum mula belajar, kitorang akan bermain di taman permainan, dan aku plak antara jaguh buaian masa tu. Selalu berlawan siapa paling tinggi berayun. Ada sekali tu aku lawan dengan budak perempuan, dan dengan kehebatan aku berayun, aku menjadi pemenangnya. Bila dah menang, mula la nak berlagak. Aku terus berayun tinggi walaupun budak perempuan tu dah tarik muka dan berhenti sebab kalah. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba cikgu tadika aku menjerit panggil semua murid beratur untuk masuk ke dalam kelas. Semua budak berlari ke arah kelas kecuali aku. Kenapa?? Sebab aku masih berayun tinggi lagi. Cikgu kata nak denda siapa-siapa yang lambat masuk barisan. Kelam kabut semua nak masuk barisan kecuali aku yang masih berayun. Aku dah takut dah kena denda masa tu. Dengan nekad aku terus terjun dari buaian yang masih berayun tinggi. Agak jauh juga jarak aku mendarat dari buaian tu. Kepala aku hampir-hampir terhantuk pada pasu bunga kat situ. Semua budak kat situ ketawa termasuk cikgu. Memang geram la sebab kita dah jatuh, orang bantai gelak plak. Kalau la tehantuk kepala aku masa tu, memang jadi genius la aku. hahaha.
Tak agak-agak nak cik Emma. hahaha |
Masa tadika dulu, aku sangat aktif bersukan. Masuk banyak acara, tapi jarang-jarang menang. hahaha. Contohnya bawa bola pingpong guna sudu, lari dalam guni, penuhkan botol air dengan air guna span. main pijak belon orang, dan macam-macam lagi. Ada 1 acara jek kot yang aku dapat hadiah. Kalau tak silap, main lompat gegelung. Lumba siapa sampai dulu ke garisan penamat. Aku main ngelat masa tu, sebab tu menang. hahahaha.
Salah tu caranya dik. hehehe. |
Ada juga aku join aktiviti luar masa tadika dulu. Contohnya aku join sukaneka kat Klinik Pekan Nanas. Acara feveret adalah cari gali gula dalam tepung. hehe. Kira hebat juga la aku dulu main acara tu sebab pernah menang. Dapat hadiah Tuperware (tak tau nak eja..haha) pun dah cukup bangga tau dulu.
Kalau kat dalam kelas, aku ni bukan budak rajin. Asyik nak main jek rasa. Tapi aku ada minat subjek Seni dan Mengira. Aku suka lukis-lukis (suka menconteng sebenarnya..hehe). Tapi kadang-kadang leceh kalau masa subjek seni, dia suruh tampal-tampal kertas warna pada gambar buah. Cikgu suruh koyak kertas kecik-kecik supaya nampak cantik. Tapi aku degil, tampal kertas besar-besar supaya cepat siap. hahaha. Subjek mengira plak aku suka sebab aku memang suka mengira. Memang dari kecik aku suka dengan Matematik, sampai la sekarang aku cepat paham kalau berkenaan dengan Matematik. Sekarang belajar pun dalam bidang Matematik kan.
Aku jarang ponteng masa tadika sebab aku suka kesekolah. Kat sekolah ada ramai geng, tak kira lelaki ke perempuan. Cikgu pun baik-baik. Demam-demam pun aku akan ke sekolah. Pernah ponteng pun sebab kena tinggal bas sekolah. Sebab selalu bangun lambat pagi-pagi. Kecik-kecik dan naik bas tau pergi sekolah. Nama bas tu Bas Pak Haji sebab orang yang bawak bas pakai songkok aji. hehe. Kalau on the way balik, kitorang akan lalu rumah cina kat selekoh. Rumah cina ni pula ada pokok rambutan yang buah-buahnya melambai-lambai kat jalan. Setiap kali bas lalu selekoh tu, tangan-tangan kitorang akan keluar daripada bas untuk capai buah-buah rambutan yang tergantung. hehehe. Lepas tu kena jerit dengan Pak Haji. hahahaha.
Macam ni la rupa bas yang aku naik dulu |
Pernah sekali aku tertinggal bas, then kejar bas sejauh dalam 100 meter. Dalam sekelip mata jek bas pergi jauh meninggalkan aku. Kita kalau naik bas ke sekolah ni, kena tunggu sebelum bas sampai, bukan bas yang tunggu kita bersiap. hehehe. Kalau kena tinggal, aku nangis-nangis suruh mak aku hantar aku gi sekolah naik basikal. hahaha. Sebab aku takut cikgu marah dan semestinya nak jumpa kawan-kawan kat sekolah la. Kalau bapak aku ada kat rumah, dia la hantarkan. Kalau bapak aku tak ada, tak boleh la nak hantar. Agak jauh kalau mak aku nak hantar naik basikal kan.
Sekian sahaja la sedikit sebanyak kisah aku masa tadika tahun 1993. Korang yang membaca pun mesti ada pengalaman lebih kurang macam aku kan???? Cerita la sikit. Buat entri macam aku ni ker..hehe..Tak pun tinggalkan komen kat bawah ini, cerita pasal korang masa tadika serba ringkas.
"Lepas shite bace pasal ni tan, lase tak syaba nak pedi beladar tat tadita tau. shute, shute...." dia kata la. hahaha |
Sumber gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................
9 comments:
:P nakal wehhhh. haha, sama la. suka main buaian kecik2 dulu. skrg, dh besar, tengok buaia pun macam tak reti. tengok blog ada la. haha.. macam2 btol gelagat kita manusia ni.
ohmaigod.. saya langsung tak ingat kisah tadika saya..tapi if my lil bro saya tahu kisah dia..hehehe..
teruk gak, makan2 muntah..dah la duk dalam bilik tanpa baju.. boleh bayangkan tu..sedih gak..
yang tang jatuh tu..memg xley trima..awat cikgu p join ketawa sekali..tak patut..tak patut..
apa pun.. nice story bro.. masa shah tadika..saya baru 3 tahun..hehehe.. baru boleh jalan..hehehe
1993 sy baru umur 2 tahun hehe~
masa saya tadika dulu sy jadi ketua geng gengster. kononnya. kakaka
pehh . '93 . bolat tak lahir lagi . kehkeh .
klau bolat patah tgn main monkey monkey apa tah gayut2 tu . tak sdor bdan gedabak . kahkah
hahaha,, kelakar sangt :P
lebih kurang je zaman tadika kita . ahaha
Hahah best je kan klu ingat balik memory lama..serious try ingat balik tp serious xingat..seriouss~huhuh btw, rasa mcm nk balik zaman dulu pulak if bca entry nih.terhibur rasa ati! hee keep writing yaa:)
tahun 1993 putry baru 3 tahun... berhingus lagiii... kikikikiki... masa putry tadika dulu putry jahat.. ske buli org..... tarik rambut kawan.. pijak kasut kawan smpai die nangis... skng dh besar putry dh baik dhhhh....:P
Post a Comment