Click here OK!

Followers

Friday, 28 June 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA JDT vs KELANTAN


Assalamualaikum semua. Esok ada bola. Esok ada bola. Tau tak game apa??? hehehe. Perlawanan Akhir Piala FA la. Perlawanan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Aku sebagai rakyat Johor yang lahir dan dibesarkan di Johor haruslah menyokong pasukan JDT. LUASKAN KUASA MU. hehehe.. 

Jangan lupa saksikan di mana-mana sahaja yang anda suka. Di stadium, di rumah, di kedai mamak, di padang yang ada skrin besar dan di mana-mana sahaja yang ada tv.

Di bawah ini ada lagu Luaskan Kuasa Mu (versi penuh) dan lagu Kita Tetap Menang nyanyian Joe Flizzow Feat. Amy Search, MicBandits & Datuk Hasbullah Awang (komentator bola) hehe. Jom layan sama-sama. 





Pada aku pasukan JDT ni dah macam Manchester United. Sebab ramai "haters". huhuhu. Orang johor sokong pasukan JDT, orang selain negeri Johor sokong Kelantan. Katanyaaaa...

Ok la... Assalamualaikum dan selamat berbloggging.....................
>>> Sedih sebab tak dapat pergi stadium. Ada kenduri kat rumah sedara. Nak kena bawak mak gi sana.. Tapi kalau tak ada kenduri pun memang tak pergi pun sebab tak ada duit pun nak gi sana. hehehe...

JDT   2 - 1   KELANTAN

Aku harap JDT menang malam esok. Jangkaan aku JDT 2, Kelantan 1............ Tapi kalau Kelantan menang pun tak apa. Asalkan perlawanan malam esok nanti berjalan lancar, bersih dan tak ada gaduh-gaduh.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saturday, 22 June 2013

CUBA BACA !!! KORANG PERASAN TAK ???



Aku ada terjumpa kawan fb aku share something. Lepas aku baca, rasa tersentap sikit la. Sebab kadang-kadang benda macam ni memang kita tak perasan. Betapa leka dan lalainya kita hidup di dunia ini. Mencari kebahgiaan dan kesenangan di dunia, tanpa memikirkan sangat pasal kebahgiaan dan kesenangan di akhirat. Harap dengan tersentapnya hati aku membacanya, dapatlah aku buat hati korang semua tersentap sekali kan. Bila dah sama-sama sedar, harap dapatlah aku dan korang semua buat apa yang patut untuk membetulkan keadaan diri sendiri. Semoga kita yang telah leka dan lalai ni tidak menjadi lebih leka dan lalai lagi pada masa hadapan. In sha Allah....

PERASAN TAK KITA..??
PERASAN TAK.?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke pasaraya, pasarmalam dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK.?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen atau tengok berita TV....

PERASAN TAK.?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK.?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK.?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK.?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK.?
Orang berebut cari tempat duduk di-depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Perasan tak kita tak perasan semua tu....?
 
 
Mari la kita sama-sama merenung kembali apa yang kita dah lakukan. Tersentap aku baca, sebab tu la aku nak share pada rakan-rakan blogger sekalian. 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA