Click here OK!

Followers

Wednesday, 4 April 2012

All about me (My name is……)


Untuk Entri kali ini, aku nak bercerita pasal sejarah nama aku sendiri
Cerita pasal aku, letak gambar aku la kan. hehe.


Nama penuh aku Shahrazali bin Sahlan. Maksud nama Razali = Bulan yang penuh (bak kata mak aku la), Shah tak ada maksud kot. Nama panggilan aku banyak. Contohnya Zali, Jali, Yoli, Shah, Az, Razali. Lain orang kadang-kadang lain cara panggilan kat kita kan. Ikut la kawan-kawan dan saudara-mara aku selesa nak panggil apa. Nama Razali ni dicadangkan oleh pakcik aku. Bila dapat cadangan nama tu, mak dan abah terus setuju dengan nama tu.
 
Mak aku ada cakap dulu sebelum nama Shahrazali ni dicadangkan, ada yang cadangkan nama aku Shahmubarak. Masa mula-mula aku dapat tahu, aku ketawa sebab nama tu nampak macam kelakar walaupun pada hakikatnya Mubarak tu ada maksud yang bagus. Aku pun tak tahu sebenarnya maksud Mubarak, aku cakap maksud dia bagus sebab aku kaitkan dengan Ramadan al-Mubarak. Aku tak pernah jumpa lagi orang nama Mubarak kecuali sorang pelakon lelaki tu Mubarak Majid. Agak-agak la kan, kalau nama aku Shahmubarak, mesti ada orang panggil aku dengan panggilan Barak. Dah nak dekat dengan perkataan berak dah. Hahaha. 
 
Kenapa mesti ada Shah?? Sebab semua adik beradik aku ada nama Shah. Bermula dengan abang aku yang sulung nama dia Shaharuddin (dah meninggal pada tahun 1978, umur dia 12 tahun masa tu. Aku tak lahir pun lagi). Abang kedua nama dia Shahanizam (sekarang jadi abang sulung la), lepas tu kakak aku yang pertama Shahzalina, dan kakak kedua Shahfaezah. Yang last dan bongsu aku la Shahrazali. Dulu kalau ada orang call rumah aku, nak cakap dengan Shah, mesti nak kena tanya balik Shah yang mana.  
 
Korang pun mesti ada juga kan sejarah terciptanya nama-nama korang. Kongsi la sikit kat sini. Beritahu juga apa maksud nama korang yang indah-indah tu. Tinggalkan komen ye. Nak buat entri juga pun takpe. hehe. Jangan lupa bagitau kalau ada buat. Kalau laaaa....hehe..
 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.............. 

DOA HANYA UNTUK WANITA SAHAJA

Aku jumpa kawan fb aku share. Jadi aku pun nak share untuk kawan-kawan blogger tersayang yang kebanyakkannya terdiri daripada perempuan. 


Terjemahannya : Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.
(Bagi yang kurang nampak terjemahannya)


Bagi yang dah lama tahu, bagus la. Bagi yang baru tahu, amalkan la ye. Tapi ingat !! Jangan pasal jodoh jek baru nak ingat berdoa ye. Pasal lain pun haruslah meminta kepadaNya juga. Tunaikan kewajipan, banyak berdoa. InsyaAllah....

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..................................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA