Click here OK!

Followers

Monday, 5 November 2012

REVIEW FILEM 007 JAMES BOND "SKYFALL"


Semalam aku bersama seorang sahabat pergi menonton wayang di TGV Bukit Indah, Johor Bahru. Minggu ni memang tak ada cerita lain la nak tengok kecuali filem terbaru 007, James Bond la. Memang aku rasa teruja la nak tengok sebab sebelum-sebelum ni memang aku layan filem-filem Bond.

Pada pendapat aku, filem Bond pada kali ini agak "kureng" sikit la kalau nak banding dengan sebelum-sebelum ini. Aksi luar biasa agak kurang dan babak "menyeramkan" antara hero dan heroin pun kurang (paham-paham la maksudnya ye. hehehe).


Prediction awal aku sebelum tengok filem ini adalah ejen 007 (daniel craig) ini kemalangan sewaktu operasi dan hilang ingatan serta hilang skill untuk menjadi ejen hebat. Sebab tu bos dia cari dia semula dan ingatkan dia kembali siapa dia sebenarnya dan dia kena berlatih semula untuk misi membalas dendam. Tapi apa yang aku agak salah la kan. Rupa-rupanya ejen 007 ditembak oleh rakan operasi dia sendiri dan dilaporkan hilang atau mati dalam operasi. Kemudian selepas beberapa ketika menyepikan diri kat tempat lain, dia kembali semula selepas jabatan dia kena bom. Sebelum kembali jadi ejen 007 semula, dia perlu berlatih dan lulus semua ujian kecergasan supaya dia dapat kembali beraksi.

"Skyfall" pula aku ingatkan nama misi 007 dalam filem ni. Rupa-rupanya nama tempat tinggal James Bond masa dia budak-budak dulu. Skyfall juga adalah tempat medan pertempuran terakhir antara hero dan penjahat yang berakhir dengan kemenangan hero (mestilah kan).

Ada babak yang best, ada babak yang mungkin kelakar (kelakar sebab orang-orang dalam panggung bantai gelak), ada babak yang tak berapa puas hati nak tengok, dan macam-macam lagi la.



My name is Bond, Monkey Bond. hahaha.

Kepada yang belum menonton filem ini, dan ingin menontonya, dinasihatkan jangan terlalu "expect" lebih-lebih sangat. Jangan lupa beli pop corn sebab anda mungkin rasa bosan dan rasa ingin menguyah. hehehe.

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging......................
>>> Kan dah cakap MANCHESTER UNITED menang. hehehe. Minggu yang agak menggembirakan sebab budak-budak aku main dengan baik. hahaha. Kepada fan Arsengal,, try your best next game..haha..

11 comments:

steffany daph said...

woohhh. is it? lar, bagus tengok cd lah. muehehhe, nasib tak pgi cinema lagi.

LiNda said...

hehe. Aku x tengok lagi cite james bong ni. asik2 penuh panggung je. Tapi rmai ckp kurang syok dri yg lepas2. Aku hargai pesanan ko supaya membeli popcorn tuh, akn ku beli 2 set popcorn large size ;)

shahrazali said...

steffany daph :

ikut la nk pegi cinema or x...klu nk kepuasan, gi la cinema....klu x, beli je la cd or download jek k...hehe...

shahrazali said...

linda :

gi la tgok nnti....beli la besar mana pun,,,,asalkan boleh habiskan...hehe...jgn sepah plak makan dlm panggung nnti..haha..

Domu-kon said...

erk..hehehe..bila misz domu tgok..ase nie yg terbaik dri cerita sebelum2 nie.. lain lak review kita.. yang tang shah predict je tu..memang menyimpang jauh ler..

apa pun..lain org..lain pndangan yer x..?hehehe

shahrazali said...

domu-kon :

btol tu misz domu.....lain org lain pandangan...filem bond kali ni agak kurg aksi pada shah...sbb byk bercakap...cmtu la bila expect lebih sgt sblum nonton..hehe..bila x sampai apa yg kita expect,,mmg akan down sikit lepas tgok..

Domu-kon said...

takpe..next film..misz domu jadi heroin dia..confirm banyak stunt..lompat bangunan berpagar.. adegan bom mengebom..hehehe--> ok..ini sudah melalut..

shahrazali said...

domu-kon :

wahhhhh....pe salahnyer misz domu jd heroinnyer....bole sy jd hero nyer???hehe...msti misz domu x sudi kn...hehe...

sudah melalut,,tp wat comel...haha..

AdaM Hawa said...

tak tgk lagi.. esok baru nak tengok..

shahrazali said...

adam hawa :

tengok jgn x tengok...hehe...

Putry said...

putry taktengok lg citer ni.... sebb tak de masaaa.. keje keje keje keje keje...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA