Click here OK!

Followers

Tuesday, 4 December 2012

CERITA PASAL TUALA WANITA


Semua orang tahu kan pasal tuala wanita. Tipu la kalau ada yang masih tertanya-tanya apa itu tuala wanita, melainkan kanak-kanak yang masih kecil. Sebagai orang lelaki yang budiman, kenapa mesti aku bercerita pasal tuala wanita??? Haaaa,, aku bukan apa, cuma ingin menyatakan pendapat tentang iklan tuala wanita ini. 

Iklan tuala wanita sering dipaparkan di televisyen zaman sekarang ni. Berbagai-bagai jenis tuala wanita yang sering dikomersialkan di kaca-kaca tv untuk tontonan umum. Kalau iklan lampin pakai buang untuk bayi tu tak kisah la kan, tapi iklan tuala wanita ni aku rasa macam tak manis rasanya. 

Gambar Hiasan

Kalau dulu, rasanya orang perempuan cukup malu untuk bercakap mengenai tuala wanita. Tapi sekarang, untuk promosi punya pasal, banyak iklan-iklan yang kebanyakkannya dijayakan oleh artis tempatan muncul kat tv. Di dalam iklan, mereka sering menunjukkan susuk tubuh badan mereka atau menunjukkan keselesaan memakai tuala wanita tersebut. Kalau ada model yang bertudung tu lagi la tak manis kan.

Gambar Hiasan

Ada orang cakap, tuala wanita dipakai di kawasan sulit pada tubuh badan perempuan, jadi tuala wanita juga adalah sesuatu yang sulit untuk diperkatakan. 

Bila difikirkan balik,, jarang aku nampak iklan bra kat tv. Kalau ada pun sikit la. Tapi iklan tuala wanita ni berleluasa plak kan. Kenapa tak tayang jek iklan bra yang memberi keselesaan kepada perempuan secara berleluasa macam iklan-iklan tuala wanita tu. Adakah payudaya perempuan lebih sulit kalau nak banding dengan kemaluan mereka??

Ada orang cakap juga,, tuala wanita ini sesuatu yang sangat diperlukan orang perempuan untuk keselesaan mereka di masa-masa tertentu, sebab tu banyak iklan-iklan kat tv nak mempromosi brand mana yang paling bagus dan sesuai untuk orang perempuan. 

Gambar Hiasan

Aku rasa lagi bagus bertanya kepada adik-beradik atau saudara-mara yang lebih dewasa tuala wanita mana yang sesuai dipakai dari melihat apa yang artis-artis kita ni pakai kan. Artis-artis tu promosi jek lebih. Entah diorang pakai ke tak apa yang diorang promote tu.

Gambar Hiasan

Syarikat-syarikat tuala wanita ini hanyalah mementingkan keuntungan mereka. Mereka selalu menjadi penaja untuk banyak program, jadi tak hairanlah asyik iklan mereka jek yang terpampang kat tv. Mereka dah pun bayar stesen-stesen tv, jadi tv kenalah siarkan iklan mereka kan. Yang selalu ada iklan macam ni, TV3 la. Kan??...

Kalau kat rumah, setiap kali ada iklan tuala wanita ni, mak aku mesti cakap, "Ntah apa-apa siarkan iklan ni, tak malu agaknya diorang ni. Benda macam ni pun nak tunjuk kat orang ramai"...

Aku sekadar menyatakan pendapat. Ini blog aku, jadi suka hati aku la kan. hehehe. Terima kasih kepada yang sudi baca. Komen la kalau korang rasa nak komen, LIKE kalau suka, SHARE jika berguna.Maaf jika ini ada menyentuh sensitiviti orang perempuan. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
>>> Lagi 2 minggu nak habis praktikal. Rasa macam nak kerja terus kat Audit Negara ni. huhuhu.


 JANGAN LUPA !!!!!!!!!



SAKSIKAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA 
MALAYSIA VS THAILAND
AHAD
9 DISEMBER 2012
8 MALAM
HIDUP HARIMAU MALAYA

8 comments:

iAmCekbolat said...

itulah . tapi nak buat mcm mana T___T

suke iklan adibah noor yg trbaru . comel . haha

♥ wawawawa ♥ said...

ade isu nie kene bincang dalam kelas saya dlu.. lec pon ckp sepatutnye benda nie x payah over sangat nak ditayangkan or dipromosikan..

sy pon rasa ada betulnye ape awk & lec sy ckp =)

LiNda said...

tau xpe..aku selalu termalu kalo tgok tv dengan family, tetibe kuar iklan mende alah ni,alahaaiii. spoil btul. dah mcm terlalu open pulak iklan2 ni

J.Syazwana said...

aku tak pernah pulak terpedaya dengan iklan kat tb. hehehehe.

ari tu first time aku masuk stadium malaysia lawan indonesia. best ! haha !

separuh akhir tengok kat tv je kot. hehe

Putry said...

abg shah... kite bersua kembali... kikiki...
.

putry sokong sngt laaa. ntah pape kan... malu jepp. nak nak plak if ade iklan cam tu mase kita dengan abg2 kite ke ngan bapak kiteee ke... lagi malu kot.. lau ade iklan cm tuuu time putry tengok tv kebetulan ade abg 0r bapak putry terus putry masuk bilik.. maluuuuuu cekkk... cekkkk maluuuuuuuuuuuuu

Domu-kon said...

PRomosi boleh.tapi jangan over sangat la kot.. ada certain tu.over sngt2..

Cik Farhana said...

Yep betul..tp masing2x nak promote brand yg pelbagai kn..so macam payah cket nak sangkal..btw, xpenah lg terbaca entry dak laki yg concern psl hal berkaitan wanita ni key..huhu gud shah !

yeahh xsabar nk tgk tigers beraksi nanti! >.< keep pray & support ya~

AdaM Hawa said...

segan kot kalau ada iklan ni kat tv time semua org tgh tgk tv.. cepat2 alih channel lain.. hehehe

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA