Click here OK!

Followers

Wednesday 21 November 2012

MARI SINI BACA, DAH BACA MESTI NAK PUNYA


Apa yang lepas baca mesti nak?? Tunggu jap... Nak bermukadimah dulu.. hehe..
Kenapa saya jarang update?? Sebab saya sangat sibuk bekerja. hehehe. Gaya macam dah kerja betul dah kononnya. Aku bukan apa, kat rumah kan tak ada internet. Nak online kena pergi cybercafe. Kadang-kadang malam nak keluar dah penat sebab siang penat bekerja,,, chewahhh. hahaha.

Aku selalu online kat pejabat jek. Dua minggu ni pula aku selalu buat kerja luar pejabat. Ikut geng-geng audit buat pengauditan baucar bayaran dan penyata pemungut di jabatan-jabatan kerajaan. Jadi, sekejap-sekejap je la dapat online. Sempat la baca-baca blog-blog pilihan aku tu, cuma komen-komen mana yang sempat jek.

Hari ni aku free sket kat pejabat sebab ada jabatan yang tak dapat sediakan apa yang audit nak, jadi terpaksa tangguh ke hari jumaat ni.

Hari ni aku nak mempromosikan sesuatu. Aku nak promosikan bakat yang ada pada seorang sahabat blogger merangkap classmate, housemate, dan roomate sekali masa kat Shah Alam. Namanya Syaizzal Salvatore (nama fb dia), atau lebih dikenali sebagai IZZ (Kiz Garden).

Apa yang dia buat???
Semua gambar-gambar di bawah ini adalah hasil bakatnya membuat Doodle. Mari kita saksikan. hehehe.



Gambar pemilik bakat, Iz (gambar asal)
 
Gambar selepas didoodlekan. Boleh tahan

 
Ni gambar masa hari persandingan Izz bersama Kecik (gambar asal)



Gambar selepas didoodlekan. Boleh tahan lagi


Ni gambar aku (gambar asal)


Gambar selepas didoodlekan. Yang ni tak boleh tahan. hahaha.
 Ni sekadar suka-suka jek. Aku puas hati la dengan hasil kerja dia. Yang menariknya ada poster Manchester United kat situ. hehehe. Saja jek budak ni nak ambil hati aku. hahaha. Kepada yang berminat, sila lah menuju blog dia. Klik saja pada link blog dia tu. Korang boleh ke KIZ GARDEN, atau ke KIZ DESIGN. Banyak yang korang boleh jumpa kat situ selain dari tempahan doodle ni. Selamat singgah dan selamat membuat tempahan ye kawan-kawan. Percayalah, banyak yang anda boleh jumpa kat KIZ DESIGN TU.

LIKE KALAU SUKA, SHARE JIKA MAHU.
Pesanan penaja. hehheh...

BERMINAT?
Kepada sesape yang jugak berminat nak tempah doodle ngan Kiz dipersilakan. Senang je, Email Kiz kat heischenta@gmail.com pastu jangan lupa attach gambar yang nak Kiz 'doodle'kan. Harganya tak mahal jangan risau, RM20 je per person. Kiz akan buat sedetails yang boleh.



Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.........
>>> Marilah kita sama-sama mendoakan saudara-saudara Islam kita di Gaza. Sangat terharu dan sedih melihat penderitaan mereka. huuuuuuuuu.




19 comments:

Jie said...

ingatkan dapat free. hehe

iAmCekbolat said...

hahahaha . mmg bodek tuu . siap ade MU kat blakangg

Unknown said...

amboi dh mcm oppa gangnam style gmbor dia. haha

shahrazali said...

lady :

x free la...kena bayar sket...tp in sha Allah dia buat detail la..

shahrazali said...

cekbolat-bolat :

haha....mesti la MU..klu dia letak selain MU,,delete jek terus gmbr tu..hehe..

shahrazali said...

ezan idma :

aah la ek....mcm betul jgk tu..bru perasan..hahaha..

♥ wawawawa ♥ said...

wahh gambar kawen tu smart! hehe~

Juliet_iRa~" said...

heeee mmg not bad :)

comel pon comel hihihi

smpt lagi promot ehh..

slmt ber LI!

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

hehehe kelakar la gambar doodle abg shah.. siap ade MU yg tak tahan tu..
terbaeeekk !

Domu-kon said...

ala.. di dah khwin ke..? baru nak usha..hahaha...

doodle shah tu.. cam dah Fergie dah..hehehe.. t if nak cri org..dah tahu dah..nak cari sape

shahrazali said...

wawawawa :

smart kan.....gi la tempah kat dia..hehe..

shahrazali said...

juliet ira :

sje promote bakat kawan....hehe... thanks wish untuk LI sy..

shahrazali said...

alyn adnan :

msti la terbaek sbb ada MU...hehehe..

shahrazali said...

domu kon :

lama dah dia kawin..hehe..usha senyap2 sudaaa...usha sy ker..sy kan single mingle lg..haha..

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

Tapi idong nye ilang dah .. Hehe

shahrazali said...

alyn adnan :

aah lerrr..bru perasan...hehe..

zool said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Cik Farhana said...

Nak jugaakkk huhu..memang berbakat! suka tgk pict kawen tuh. :)

Putry said...

santek santek........ nak g sane jap.... tata

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA