Click here OK!

Followers

Thursday, 1 November 2012

MARI BACA NASIHAT SAYA

Hai semua !!!! Ada yang merindui aku update blog??? hehehe. Syukur la kalau ada ye. Kalau tak ada pun, tetap bersyukur ada yang menjenguk blog ini. Aku banyak jek menaip, tapi tak ada kesempatan nak post jek. hehehe. Jadi semua yang aku taip, aku save kat dalam laptop jek. Hari ni aku agak lapang. Kat ofis ni pun tengah tak ada kerja, jadi aku amik sedikit masa la untuk menaip dan update blog ni.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang bagi respon dan pendapat tentang wajah baru blog sembangshahrazali ni. Aku hargai sangat-sangat. Ramai juga yang bergurau tentang logo Manchester United aku tu. hahaha. Takpe la kan.

Background hitam tu aku dah cukup puas hati, cuma header tu nampak poyo sket la. hahaha. Aku rasa macam nak tukar. Tengok la malam nanti aku godeh-godeh header macamana nak letak. hehehe. Tapi yang penting, mesti nak ada logo Man United tu. hahaha.



Di sini aku nak selitkan sedikit nasihat buat rakan-rakan blogger aku. Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan berita-berita yang dibaca di internet. Perkara ni bukan khusus untuk sesuatu perkara, tapi melibatkan semua perkara. Banyak cerita yang dilaporkan di  internet yang menceritakan tentang individu-individu tertentu, lebih-lebih lagi individu yang dikenali ramai.

Kini semua benda boleh dibaca dan diketahui di internet. Kita seharusnya sentiasa ambil tahu tentang perkembangan dunia, tapi hendaklah bersesuaian dengan peringkat kita. Selepas mendapat info atau ilmu di internet, janganlah terus percaya bulat-bulat, ataupun kotak-kotak. hehe. Tapi kita kena siasat lebih mendalam lagi atau mencari sumber-sumber lain yang berkaitan.

Pada aku, tak perlulah nak share something kat FB tentang sesuatu yang kita pun tak pasti tentangnya. Lebih elok kalau kita share something berkenaan pengajaran hidup dan agama kita. Kalau ada sesuatu berita menarik perhatian kita, mesti kita akan baca kan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.

Pesanan ini dibawakan khas oleh saya sendiri, Shahrazali bin Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................

21 comments:

LiNda said...

zamn sekarang ni lagi banyak khabar angin dari berita yang betul..;)

Anonymous said...

betul. sebab khabar angin orang yang dikhabarkan jadi mangsa. pk2 lah...

kobetz said...

hai yoli.. mohon buat pencerahan psl game skali..;-) bole kita berkongsi idea dri sudut2 dan perspektif masing2..;-p

KizZ said...

Hohoi...berwajah baru ye..smart2..Zali tolong updatekan blog aku? Ko rajin betul ni..hihi

iAmCekbolat said...

baik abgg . bolat ikut nasihat abg . ehihihihi

shahrazali said...

linda :

btol tu....jgn percaya sgt ok..

shahrazali said...

rapunzeel cikilolo :

kesian kan....yg buat dapat dosa,,mangsa dapat pahala....klu kita setakat baca, xpe la...tp klu kita share,,kita pun dapat dosa skali..

shahrazali said...

kobetz :

hai kobetz...terkejut aku tgok nama ko yg komen..haha..

akan dibuat nanti...tp yg jenguk blog aku kebanyakkannye x tau sgt pasal bola...sbb tu aku jarang post pasal bola..

shahrazali said...

kizz :

mne rajinnya....ni pun dah jarang2 update..skrg aku x tau kecik or iz yg komen..haha...

shahrazali said...

cek bolat-bolat :

bgus adik abg...hehe...

AdaM Hawa said...

baca boleh.. percaya jangan..;)

shahrazali said...

adam hawa :

btol tu...dan percaya boleh, tp kena betol2 dpt pengesahan jek..

mieza said...

btol la tu.. ramai sgt yg share bnde yg x psti.. pastu org yg xtau pape ni bce da gelabah2..
last2 khabar angin rupenye..
uishhh...

bab2 agama nak share lgi laa kne hti2.. sbb melibatkan agama kan..
salah smpaikan, bahaya untuk org2 yg bru msok islam..

shahrazali said...

mieza :

btol ckp awk tu...bab2 agama lg kena hati2 kn...

mari kia sma2 berhati-hati,,dan betolkan sesama org islam..

Putry said...

biasenye khabar angin tu la orang paling ske dengar then sangat percaya khabar angin.... lama tak singgh sini... putry tak bksmpatan abg shah... hihihi.. ari ni terjin update blog n terjah blog abg shah... :)

shahrazali said...

putry :

btol la tu...org skrg suka cerita2 panas dan mengaibkan org walaupun mereka tau cerita tu semua bohng belaka...

xpe putry...asalkan putry ingt lg kt abg shah...

Cik Farhana said...

Betul shah..skunk nih bnyk page yg suka share info yg xpasti btl or x..just ignore..huhu

Yg plg xleh trima diorg da tahu bnda tu xbetul tp sggp tau post smata2x nk dpt like n comment beriban. Alahaii publisiti .

shahrazali said...

cik farhana :

btol2...boleh kita baca,,tp xleh terus percaya....publisiti dunia dicari,,,publisiti akhirat dapat jgk,,,tp publisiti buruk la..huhu..

sme2 la kita beringat ek..

HanisLazimAndTheShaklee said...

lama xberbelog..busy eh :)

shahrazali said...

aniswany :

bz sket2 la...hehe...

Putry said...

zaman skng ni org lebih minat dengr tntang khabar angin.... bnde tu tak betul pun tapi haihhhhhhh bg diorang btul.....

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA