Click here OK!

Followers

Monday 13 February 2012

GEMBIRA TAPI SEDIH TENGOK PENGANTIN BERSANDING


Semalam (ahad) aku pergi jemputan kahwin kawan (perempuan) aku kat Kempas. Nama dia F. Aku sampai sana dalam pukul 2 petang sebab nak tengok pengantin bersanding. Dalam pukul 230 baru pengantin berarak dengan diiringi paluan kompang. Aku tengok dari jauh jek. Masa dah nak masuk dewan baru aku ke depan sikit untuk ambil gambar. Kawan aku sangat cantik dengan gaun pengantin putihnya. Pengantin lelaki pun segak la juga. Sesuai dengan pengantin perempuan. Dah nama pun pengantin, mesti la segak dan cantik kan. hehe. Aku tak pasti dia nampak aku atau tak masa tu. Dekat juga la aku ambil gambar, tapi orang sekeliling pun boleh tahan ramai. Aku harap dia perasan kedatangan aku. Kalau dia tak perasan pun, harap dia suka hadiah yang aku bagi tu. 

Berhubung dengan perkara di atas ( dah macam surat rasmi dah. haha), aku sedih bercampur gembira bila tengok diorang bersanding. Aku gembira sebab kawan aku F ni dah jumpa jodoh dia. Aku sedih pula sebab F ni adalah orang yang aku suka dan sayang dulu. Kami berdua tak termasuk dalam cerita cinta tak jadi ye, sebab aku tak pernah luahkan yang aku cintakan dia dulu. 

Aku kenal F pada tahun 2006 melalui Friendster, lepas tu selalu chat di YM, komen-komen kat MySpace. Facebook aku tak kenal lagi masa ni. Then tukar-tukar no telefon, selalu berbual kat phone (selalu aku la yang call). Aku selalu nyanyi untuk dia sebelum tidur. Kadang-kadang hari-hari dia mintak aku nyanyi untuk dia. Dalam phone call jek ok, bukan nyanyi depan-depan. hehe. Kalau ada masa, kitorang keluar sama-sama gak. Area JB je la. Bila dah jadi macam tu, aku pun jatuh cinta kat dia. Dah mula sayang kat dia. Tapi dia anggap aku kawan walaupun aku rasa dia pun suka kat aku. hehe. 

Emmmm.... Aku pernah cakap aku nak masuk meminang dia, tapi dalam nada gurau je la. Cakap ketawa-ketawa. Tak pernah pun nak luahkan dengan serius. Dia selalu bercerita kat aku kisah-kisah hidup dia, kisah keluarga dia, kisah cinta dia, apa-apa sahaja la. Dia selesa bercerita dengan aku sebab aku ni kan pendengar setia. Hubungan kitorang berterusan macam tu hingga la aku ada girlfriend. Lepas aku beritahu dia aku dah ada girlfriend, terus dia dah tak contact aku lansung. Macam-macam aku rasa masa tu. Ntah la. Start tahun 2010 dia ada contact aku lagi, aku pun ada call dia juga, tapi kitorang macam janggal. Sampai nak cakap apa pun tak tau. Padahal dulu call berjam-jam ok jek. Kalau tak silap tahun lepas diorang bertunang tapi dia tak bagitau aku. Aku tau pun sebab tengok gambar-gambar FB dia. Lepas tu ada juga la mesej skali-skala.

Sebenarnya kan dulu aku takut nak luahkan perasaan kat dia. Takut dia terkejut dengan apa yang aku luahkan. Aku takut aku kehilangan dia kalau aku luahkan perasaan. Tapi mana kita tau perasaan orang kalau kita tak luahkan perasaan kita kan. emmm......ntah la. Kalau tak silap aku, aku pernah juga cakap nak couple dengan dia, aku cakap gurau-gurau jek. Dia jawab dia lagi seronok berkawan dengan aku. Berkawan kurang bagi masalah atau tekanan dari bercouple.

Semua ni cerita lama kan. F pun dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati dia. Aku masih sayangkan F, tapi sebagai kawan. Sebab memang selama ni kami berdua hanya kawan kan. Tapi aku tetap sedih tengok dia bersanding dengan orang lain. Masa tengok tu aku cakap dalam hati, alangkah bahgianya kalau aku yang kat sebelah dia kat atas pelamin tu. Sebab aku pernah berangan kahwin dengan dia. Dulu pun kitorang ada cakap-cakap macamana kalau kitorang berdua jadi pasangan pengantin. Tapi gurau-gurau jek masa tu. Dah boleh nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah dah. hahaha...

Aku harap F dan pasangannya hidup bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. Aku tumpang gembira dia dah kahwin walaupun ada rasa sedih jugak. 


















Emmmmm......... Sebulan sebelum kahwin dia pernah mesej aku tau yang dia tengah tension. Dia kata dia belum bersedia nak kahwin, dia tak nak kahwin dulu. Tapi aku cakap kat dia perkara nikah kahwin ni bukan perkara main-main. Kalau ada apa-apa masalah, bincang dengan tunang dia. Tu la kali terakhir kitorang mesej. Macam-macam ada dalam kepala aku masa tu. Kenapa plak kan dia nak mengadu kat aku yang dia belum bersedia nak kahwin?? emm...... biar la lan. F dah kahwin dah pun. huhuhu....    


Begitu lah ringkasan ceritanya.......Assalamualaikum dan selamat berblogging.....
 
 

26 comments:

CikTeddyCorner said...

ala..cik plak yg terharu bace..blh byang cmne prsaan abg shah mse depan F tu..huhu sbar aje la kan..hrap2 abg shah pon jumpe jodoh cepat2..amin!

Anonymous said...

alahai shah,that gurlz suka shah la b4 this.shah kene berani luahkn.myb kali ni dia bkn jdoh shah,but next time..berterus terang.

"jangan tggu lama2..nnti dkbas org"haa ssuai x?

dh jgn sdih2..just doakn kbhgian F.xpe.nnti2 turn shah la naik plmin gak.lex je k.

AdaM Hawa said...

terasa kesayuan di hati awak saat itu.. tapi kira awak cekal pe.. masih mampu dtg ke majlis perkahwinannya.. pas ni mungkin awak menyusul plak ke jinjang pelamin.. ;)

FARA said...

Ala sedihnyaa, kesian dia. Tapi jadi wondering jugak. Kalau dia just anggap awk mcm kawan, tapi kenapa dia terus menyepi bila dia tahu awk dah ada gf kan? Musykil2. Tuh la yg org ckp "mulut kata lain, hati kata lain" ye dok? huhu.

Takpe lah, yg penting sekarang awk doakan je kebahagiaan dia. Yakin yg Allah akan gantikan dia dgn someone yg lebih baik okay? InsyaAllah :)

Unknown said...

sdih cita ko..kalo aku jdi ko..x snggp aku p kenduri F..hehe,x tkut dia bca ker nanti?

cik pinaz said...

alolo , siannya dia . hehe . x pe mungkin ada jodoh yg lebih baik tuk awak .

shahrazali said...

cik teddy - terharu gk ker???thanks ye...hehe..aminnnn..

mas - turn shah lmbt lg..hehe..mmg tgh cari jodoh pun ni,,bkn cari awek lagi..hehe..

adam hawa - bukan sbb sy mampu,,tp mmg sy nak sgt tgok dia pakai baju pengantin walaupun bukan dgn sy..huhu..

fara - kan??kan??sy pun wondering jgk..hehe..sy mmg yakin Allah dah tentukan segalanya..

dalca - lepas dah post ni ada gk rasa takut dia baca..hahaha..tp x kot..dia bukan blogger mcm kita..

cik pinaz - sy mmg tgh menunggu jodoh ni...hehehe..dah xnk cari awek dh,,cari jodoh jek..

Ayuni said...

bnyk lg pompuan lain kt luar saner....

saffiya_aleesya @ echa said...

fuhh ni luahan hati ni..apa pun aku salute ar ko masih lagi boleh datang majlis dia siap leh amik gambar lagi..ko rasa time tu jantung ko berdebar2 tak??? ko ada kenangan ngn dia sbb tu ko jadi sedih betul tak?? takpe laa biarkan jela semua tu berlalu.pasni ko leh cari ramai lagi aweksss2!!!

cik wanie Lovela (CWL) said...

wah makin hensem skg

LiNda said...

cepat2 la kawin shah..lupekan kisah lame & mulekan yg baru..:)

ILA HonEyBuNNy said...

hurm...sedih lak baca entry neh..teringat kekasih hati dulu...masa dia msh bertunang, kami msh jumpa dan berhubung..

tapi sebulan sblm dia kawin..mmg dia da cakap..xkn jemput ke mjlis dia..lagi sedihh tau. sob3...

iAmCekbolat said...

boleh tuju lagu tak? lalala~

haha.. wei! sadis gile bace,yg meluahkn gelpren boleh lak kt F tak boleh? ape cer?

ini kes Pelamin Anganku Musnah.. haha.. siyes ah,sdey kn brakhir cm ni.. hm,dh terlmbat.. apepoon doakan kbhgiaan die..wlaupon die blum brsedia.. lma2 nt okay kot (^^,) abg shahh senyommm!

Ungu Violet said...

lelaki ngan pompuan mmg xleh jadik kawan punyer...mesti salah seorang akan menaruh perasaan..

takper2 ada jodoh yg lebih sweet lepas nih..percayalahhh...heheee

~Sal Ismail~ said...

InsyaAllah..itu perancangan terbaik buat dia & kamu~ =)

shahrazali said...

ayuni - btol2..mmg byk lagi..hehe..

echa - mmg berdebar habis..hehe.. rasa mcm nk amik alih tmpt pengantin lelaki tu..hehe..

cik wanie - makin hensem???apakah??benarkah?? hahaha..

linda - kawin cepat utk lupakan kisah lama x boleh..x adil utk isteri nnti..hehe...lom ada jodoh lg skrg..

ila - ish3...mmg lagi sedih cerita ila ni..dia xnk rasa menyesal tgok awk kot masa hari kawin dia..

cik bolat - tgh senyum la ni..hehe..luahkan kat girlfriend senang sbb girlfriend dulu tu bagi petunjuk besar utk yg dia pun rasa yg sama..

ungu - yeeee....sy percaya..setuju ngn pendapat cik ungu tu..

shahrazali said...

SaLljou - mudah-mudahan....thanks ye..insyaAllah..

Domu-kon said...

cinta kesmpaian..

sabarlah yer.. misz domu sedih gak bila dapat tahu faizal tahir dah kawen..

sedih jude law curang ngan sienna miller...

hehehe..peace yooh..

Anonymous said...

ololo.. tacing pulak aku bace ni..

ko dlm entry ni kan, mcm watak 2nd hero citer korea. oh.. sedey..

CikTeddyCorner said...

abg shah,update la syikit..hik3

ch000tz said...

jangan sedeh...kalau u sedeh i pun sedeh sama nnti eheeheheh

nah 7hengget! jangan sedeh lagi :p
http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/thursday-spontaneous-click-rm-700-ajer.html

shahrazali said...

domu-kon - lorhhhh...faizal tahir plak msuk...dia kahwin sblum awk knl dia sbg artis lg kot..hehe...

Sue Unnie - aku mmg sllu jadi second hero....emmm,,,nk wat cmne kn..hehe...

chootz - sedih tetap sedih....tp biasa la kan..hehe...

Juliet_iRa~" said...

huuu..patah hati la ni ek?huu..

xpelaaa bukan jodoh awk..

shahrazali said...

emm...xde la patah hati...cuma sedih sket jek...hehe..

Erra Fazleen Mohamed Adnan said...

ala... ciannye..

shahrazali said...

alyn adnan :
cian kan....tp xpe..cite lme jek tu..hehe..

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA