Click here OK!

Followers

Thursday, 16 February 2012

25 tahun sudah berlalu.


25 tahun sudah berlalu sejak aku dilahirkan. Kepada sesiapa yang tidak tahu, semalam adalah Birthday aku (memang saja nak bagitahu ni..haha). Mari nyanyi sama-sama. Semalam 15/2/2012, genap umur aku suku abad. Suku abad bersamaan dengan 25 tahun. Tak sangka umur aku dah mencapai 25 dah. Tapi rasa muda lagi sebab aku masih belajar.hehehe. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish kat FB ok. 

Kawan-kawan aku yang sebaya ramai yang dah bekerjaya besar, ramai dah kahwin. Ada yang dah ada anak. Bulan 3 ni jek ada 2 jemputan kahwin kawan sekelas aku masa form 5. Dua-dua lelaki. Entah-entah masa aku kahwin nanti, membe2 datang semua bawak anak-anak. hehehe. Aku tak kisah pasal kahwin sebenarnya. Yang aku kisah pasal kerjaya. Kebanyakan membe-membe dah bekerja. Bila jumpa kawan-kawan lama, soalan pertama yang akan keluar adalah........."Kerja mana ko sekarang?????". Dengan hati yang tenang, aku selalu menjawab ..........." aku belajar tak habis lagi la,,mana nak kerjanya..". Lepas tu soalan berkaitan......" Lama betul ko belajar???? Amik Master ker???or PHD???......Dengan tenang aku menjawab........"Eh, takde la, aku baru amik Degree". Then baru buka topik lain. Kalau nak banding dengan kawan-kawan sebaya, memang aku rasa ketinggalan. Tapi aku ingat kat kawan-kawan sekelas aku jek. Kitorang sama-sama habis belajar, sama-sama bekerja. (kawan-kawan kelas aku muda 2 tahun or setahun dari aku). 


Kalau balik kampung or bawak mak aku pergi rumah orang kahwin, orang-orang akan bertanya.......,"yang bujang sorang ni bila plak majlisnya??". Bila aku jawab belum ada calon, diorang akan cakap nak kenalkan aku dengan sekian-sekian, nak carikan jodoh untuk aku. Lepas tu aku terus jawab...." saya ni belajar pun tak habis lagi, mana ada duit nak kahwin makcik"...... Lepas tu ada pula yang nak kenalkan dengan budak yang masih belajar juga. hahahaha. Macam-macam kan perangai orang-orang lama. Tapi aku tau diorang cuma bergurau jek. Aku pun saja nak melayan diorang. 


Umur dah 25 tahun ni aku harap aku semakin matang menempuh cabaran hidup. Lagi setahun aku habis belajar. Plan ingat nak terus kerja, tapi ada juga rasa nak sambung Master. Mungkin juga aku akan buat kedua-duanya. Wish me luck ok !........


Semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan bahgia disamping orang tersayang (wish untuk diri sendiri...hahaha). Kepada sesiapa yang murah hati nak bagi hadiah, sila lah (hantar mesej kat FB aku, bagitau korang nak bagi hadiah) hehehehehehe. Ini bukan tak tahu malu ok, ini sebab aku bukan pemalu....hahaha.. OK, gurau jek..

Tadi dapat hadiah daripada anak saudara aku. Terharu beb budak 6 tahun belikan hadiah pakai duit simpanan dia sendiri. hehehe. 

Just kidding...hehehe...



















Dalam gembira, ada sedihnya. Orang yang aku tunggu untuk wish tak wish2 sampai habis 15 hb tu. Mungkin dia terlupa. Ye la kan, dah takde hubungan special antara kitorang. 
emmm....... orang tu pun dah ada penggantinya. Tak heran la kan........................


ok,,assalamualaikum dan selamat berblogging.....................

 

19 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

selamat hari lahir yer..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..moga makin bertambah umur ni ko makin matang dalam apa pun yang ko buat!!

CekbOlat-bOlat said...

sdihnye last skali.. takpe,mgkin jodh awk dgn yg lbih baik.. dan mgkin lbih bhgia kan.. bolat wish yg terbaik buat abg shah (^^,)

nur_za said...

hehe..
bila nak kawin kawan nur sorang ni..
nak nur kenal kan ke..keh2
xpe2..belajar bagi abes dulu ye bang
kena pangil abang ni..tua dah dia..
wekkk

J.Syazwana said...

hoi birthday boy mana boleh sedih2.
hahaha.

anyway happy belated birthday.
semoga panjang umur murah rezeki berjaya dunia akhirat.
aminn :)

محمد شهريل القنيطري said...

ala..sory lah aku lmbt wish..sanah helwA,moga dipermudhkn sgala urusan kahwwen dan kerjaya

LiNda said...

hai shah..happy belated birthday...semoga pnjg umur n dimurahkan rezeki..:) **sebaye ye kite..tapi aku lambat lagi...hihi

starzieti said...

jangan sedih2. rupenye lelaki pun tgu wish dari org yg spesel. ingatkan pmpuan je yg ttunggu2. hee. :D

AdaM Hawa said...

selamat ulang tahun shahrazali.. semoga panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t. di limpahi kasih sayang dan semoga maju jaya!!

LubLy said...

selamat ulangtahun br0 versi g0stan..
rezeki msg-msg br0..yg pasti slg mampu kita usaha utk jd tbaekkk utk diri kita..

Eena Arrina said...

alalalaa...sabar okey..ada hikmah kot tu...btw, seronok kawan ngn awk.. nt nak kawen tu jemputlah ea.. :)

cik pinaz said...

selamat hari tua . hahaha xD

ILA HonEyBuNNy said...

okey...

selamat pngantin baru..ehheh..eh silap...happy belated birthday..

semoga semua impian tercapai ye..;)

Juliet_iRa~" said...

happy birthdayyyyyyyy!:)

smoga diberkati oleh Allah..heee

emy zulaiha said...

alamak! xde fb kamu lah! sebaye kite tapi emy mude lagi.. Happy belated burfday ye. lambat beberape hari je :) hve a blast!

MaYa MustWany said...

hahah biasalah tuh..mereka akn berhnti ckp bila shah dh kwin.hihi

Sue Unnie.. said...

lorr. da 25 ker. ololo. comei lagi 25 tu. aihh.. ingt ko lagi senior. adik aku upenyer.. hek3..


xyah ngada2 nak kawin lagik. aku pun tak kawin lagi ni. jgn lngkah bendul..HAHA.


HEPY BELATED BESDAY..!!
nak hadiah mitak. ;p

O CIKTEDDY said...

ala..cik dh lmbt berhari2..maaf abg shah ye,cik sbuk ckit..neway,slmt hari lahir buat abg shah..moga hari2 abg shah psni pnuh rhmat n kberkatan..amin!

shahrazali said...

terima kasih semua yang wish...smoga korang semua dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T....

Syira Rara said...

hai! saya baru follow blog awak. kalau ada masa nanti singgah la blog sy dan follow..blh share cerita (^_^)v

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA