Click here OK!

Followers

Friday, 17 August 2012

UCAPAN UNTUK BLOGGERS


Sempena hari raya yang bakal menjelma ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers yang selama ini menyokong blog sembangshahrazali. Aku ingin meminta maaf kalau ada terkasar bahasa semasa berblogging, semasa memberi komen, dan post entri. Jika ada kesilapan dan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja, harap dimaafkan. 


Terima kasih kepada rakan-rakan baik aku dalam dunia bloggers ini terutama Dalca dan Linda. Juga kepada semua rakan-rakan bloggers di blog pilihan Shahrazali tu dan semua followers kesayangan aku. Halalkan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang dikongsi bersama sesama kita. 

Harap kita semua dapat bertemu bulan Ramadhan lagi pada tahun depan. Aku doakan semua rakan-rakan bloggers aku sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki, dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Aminnn...



Assalamualaikum dan selamat berblogging..........
>>> Malam ni sambung ngecat rumah lagi.... harap dapat habiskan malam ni juga. huhu. penat2..

Thursday, 16 August 2012

TERIMA KASIH LINDA

Entri kali ni khas untuk Linda. Linda adalah kawan baik aku dalam dunia blogger ni. Kami adalah geng Dalca Corporation. hehehe. 


Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Linda kerana sudi memberi satu-satunya kad raya untuk aku untuk tahun ni. Dulu-dulu masa sekolah dan lepas sekolah, banyak juga dapat kad raya dari awek-awek. Sekarang ni dah tak ada orang nak bagi kad raya kan. Maklum la, sekarang orang wish raya guna message or fb jek. 

Untuk tahun ni, aku hanya dapat 1 kad raya jek. Dari Linda tu la. Korang-korang yang selalu datang blog aku pun mesti kenal punya la dengan Linda tu. Dalam dunia blog ni, kawan-kawan aku, kawan-kawan Linda tu juga. 

To Linda ::::: Terima kasih sekali lagi. Aku tak dapat nak balas kad raya tu, jadi aku buat entri khas untuk ko ye. huhu. 





Sweet kan dia bagi kad raya. hehehe. Korang ada dapat???


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging................
>>>> 2,3 hari ni badan lepak jek sebab ngecat rumah. huhu. 

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA