Click here OK!

Followers

Tuesday, 17 January 2012

PENDAPAT SHAHRAZALI - LELAKI DAN BOLA SEPAK

Banyak minat kaum lelaki yang selalu diperdebatkan oleh kaum wanita. Kalau ada yang perasan la. Kadang-kadang perempuan tak perasan yang mereka selalu bergaduh dengan pasangan mereka hanya disebabkan oleh minat kaum lelaki terhadap beberapa perkara. Sebagai perempuan/girlfriend, mereka kena paham minat lelaki ni. Bukan hanya lelaki yang kena tau apa yang perempuan minat. Apa perkara tu? Antara minat lelaki yang paling hot adalah tengok awek hot tengok perlawanan Bola Sepak liga luar negara. 

Kebanyakan lelaki masa kini suka sangat tengok perlawanan bola sepak secara lansung kat televisyen. Jangan persoalkan hal ini sebab perempuan kena paham minat lelaki terhadap sukan bola sepak. Sukan bola sepak antara sukan popular kat dunia ini. Walaupun pasukan yang diorang sokong adalah pasukan dari kelab luar negara contohnya Manchester United, Chelsea, Barcelona, Real Madrid, sebagai perempuan kena paham keseronokan kaum lelaki kalau pasukan yang disokongnya menang dan ditonton secara live. Kenapa aku bold kan Manchester United?? Sebab aku big fan kelab tu la..hehe. 



Persoalan perempuan...

Lelaki lebih pentingkan bola dari awek kan??
Mana tau lelaki lebih pentingkan tengok bola dari awek?? Perkara macam tu tidak akan terlintas dalam fikiran lelaki. Kebiasaannya lelaki akan memberitahu awal-awal kepada awek yang mereka nak tengok bola bila dan di mana. So, perempuan kena paham la kalau lelaki tak boleh nak luangkan masa dengan mereka masa tu. Tapi oleh sebab perasaan cemburu dengan bola sepak, masa tu la dia nak call, mesej taip laju-laju dan nak kena reply cepat-cepat. Bila lelaki balas lambat sikit, dah kata pentingkan sangat bola tu. Bila asyik berbalas mesej, lelaki tak dapat la nak concentrate pada perlawanan bola sepak tu. Tak best la kan. Kalau perempuan call, lelaki susah nak jawab sebab suasana di kedai mamak bising, jadi susah nak dengar perbualan kan. Dah kena keluar dari kedai untuk bercakap dengan si dia. Dah kena tengok tv dari jauh jek.

Apa yang lelaki dapat kalau pasukan yang disokong menang??
Soalan ini selalu diajukan kepada lelaki yang gila tengok bola (macam aku). Apa yang boleh dijawab adalah lelaki dapat kepuasan seperti mana kepuasan perempuan bila artis or peserta AF kesayangan mereka menang dalam pertandingan. Kenapa lelaki boleh mendapat kepuasan ni?? Sebab tengok perlawanan bola sepak secara lansung adalah MINAT kaum lelaki. Perempuan yang tak ada minat dengan sukan lebih-lebih lagi sukan bola sepak memang takkan paham apa yang lelaki rasa. Memang la lelaki tak dapat apa-apa pun kalau pasukan yang disokong menang, tapi lelaki akan rasa gembira, puas hati, dan akan berada dalam mood yang baik jek. Masa tu kadang-kadang, perempuan mintak macam-macam pun dapat tau. Sebenarnya sama jek kalau artis yang menjadi pujaan perempuan tu menang pertandingan or award, kita tak dapat apa-apa pun kan. So???

Kenapa nak kena tengok kat kedai mamak??
Sebab kat kedai mamak ramai orang yang sama-sama berkongsi minat tengok bola. Bila gol dijaringkan, penyokong-penyokong akan bersorak GOLLLLLLLL !!!!!!, bertepuk tangan, mengutuk penyokong pasukan yang bolos. Ini semua kepuasan dan keseronokan lelaki masa tengok bola. Tengok kat rumah memang la boleh dan selesa, tapi kurang puas la kalau setakat nak mengutuk pemain dan bersorak sorang-sorang. kena paham tu. Kalau kat kedai mamak boleh sambil-sambil kena roti canai dengan teh tarik. hehehe.

Kenapa tak nak bawak awek??
Ada lelaki yang bawak awek dia sekali kalau tengok bola, tapi lebih banyak yang tengok dengan member-member la. Sebab tengok bola dengan member lagi best dan seronok. Masing-masing tau dan paham macamana cara permainan bola sepak, masing-masing kenal pemain-pemain yang berlari kat padang tu, masing-masing menyokong dan tak lupa juga yang mengutuk sesama member dan mengutuk pemain. Percaya lah, lelaki tak bawak perempuan sekali bukan sebab lelaki tu nak curang, dan percayalah yang perempuan susah nak rasa selesa dengan suasana kat kedai mamak tu yang bising, penuh dengan lelaki dan kepulan asap rokok yang memenuhi ruang udara. hehe. 

Awak kenal diorang semua..Tau macam-macam pasal diorang..Diorang kenal awak ker??
Memang bertuah la badan kalau pemain-pemain bola tu kenal kitorang. Memang tak la kan. Lelaki banyak ambil tahu pasal pemain-pemain bola sepak tu sebab lelaki minat dengan permainan pemain tersebut. So, mesti la kitorang akan cari sedikit sebanyak pasal pemain tersebut. Yang pastinya pemain-pemain luar negara tu memang tak kenal kitorang. Tapi sama je la dengan situasi perempuan yang minat gila dengan artis luar negara tu kan. Perempuan minat gila-gila dengan artis luar negara, letak poster kat bilik, hafal semua lagu, tengok semua video, tahu segala macam pasal artis tu. Artis tu tak kenal pun dengan korang kan. So ???


Jangan lupa klik "Like"....kalau suka la..hehehe... 
Komen la, jangan malu-malu. Mana tau ada yang nak diperdebatkan. hehe.
Diingatkan, ini hanya pendapat sendiri berdasarkan apa yang penulis rasa. 
Ada juga perempuan yang minat bola dan ada juga lelaki yang tak minat nak tengok dan ambil tahu pasal bola. Masing-masing punya minat la kan. Selamat membaca. 

Friday, 13 January 2012

ANDA PASTI AKAN SHARE LEPAS TENGOK.... BETOL TAK ???

Hai semua. Jam menunjukkan pukul 340 pagi. Hari ini hari jumaat, jadi tengahari wajib la sembahyang jumaat kan. hehe. Hari ni ada presentation projek Mathematic Modelling pukul 1030 pagi. Segala kerja sudah siap. Alhamdulillah. Tinggal nak present jek. 

TOLONG-MENOLONG AMALAN MULIA


Hari ni aku nak share satu video yang "Anda pasti akan share video ini setelah anda lihat". Masa mula-mula tengok, aku rasa biasa jek video ni. Tapi lepas dah lama-lama, video ini banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Apa yang aku belajar daripada video ini adalah perbuatan yang baik pasti akan dibalas baik. Benda ini sememangnya semua orang pasti tahu dan setuju kan. 

Jadi percayalah. Setiap perbuatan kita yang baik bukan sahaja akan mendapat pahala, malah akan dibalas dengan kebaikan. Lagi satu yang aku belajar dari video ini, kita tidak boleh sombong dan sentiasa menolong orang lain di dalam kesusahan. Tak kisah la pertolongan sekecil kuman sekalipun. Kerana satu hari nanti, kita juga akan memerlukan pertolongan seseorang. 

Tidak semestinya kita hanya menolong orang yang menolong kita, kita juga haruslah menolong sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama, tua atau muda. 

Enjoy this video ok !
LEPAS DAH BACA DAN TENGOK, KLIK SHARE KAT BAWAH YE. HEHE. 
JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN DAN KLIK "LIKE" JUGA OK.

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA