Click here OK!

Followers

Saturday, 8 December 2012

KITE BAKOO JEK KALORI TU


Membakar kalori bukan bererti hanya boleh dilakukan dengan berdiet sahaja. Kita juga boleh lakukannya dengan berolahraga. Berikut adalah antara aktiviti yang membantu untuk menurunkan kalori dalam tubuh kita. Percaya atau tidak, hanya dalam masa 30 minit, kita boleh membakar sejumlah 300 kalori. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita mulakan latihan-latihan ni.


SQUASH


Istimewanya sukan aquash ini, kita tidak perlu menunggu sehingga 30 minit untuk membakar kalori. dalam 15 hingga 20 minit, olahraga ini sudah mampu membakar 300 kalori. Ini kerana kita akan terus berlari tidak kiralah cepat atau lambat. Tambahan lagi, sukan ini memerlukan kita memberi reaksi yang cepat dan beri tumpuan untuk memukul bola. Ini pun dah banyak bakar kalori kita.



LARI DI TEMPAT YANG TIDAK RATA


Berlari di tempat yang tidak rata akan lebih mudah membakar kalori berbanding berlari kat trek. Ini kerana kita perlukan lebih banyak stamina untuk berlari di tempat yang berbatu ataupun berumput. Kesukaran inilah mmbantu untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Berlari 30 minit untuk membakar 300 kalori.



STEPPER


Bagi yang ada alatan ni, boleh la gunakannya namun ia agak lambat sedikit untuk menurunkan kalori. Untuk mencapai 300 kalori dalam 30 minit, kita harus mengatur alat pada tahap kelajuan 5. Pertahankan tahap kelajuan tersebut hingga selesai. Kalau penat, perlahankan langkah ok.



BERENANG


Bagusnya berenang ni, kita akan melatih seluruh otot tubuh badan dalam 1 latihan. Sebab seluruh otot akan bergerak sehingga lebih banyak kalori terbakar. Hanya perlukan 20 minit untuk membakar 300 kalori. Tapi kena la berenang 'non-stop' serta variasikan gaya renang sehingga seluruh otot tubuh terlatih dengan baik.



LOMPAT TALI


Latihan ini membakar 300 kalori hanya dalam masa 15 minit. Pantas, mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak wang. Boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tapi kita kena terus melompat dengan kelajuan yang sama dan tidak boleh melambatkan lompatan kerana tali tidak akan berputar. 




SUMBER : MAJALAH KESIHATAN

"LIKE KALAU SUKA, SHARE JIKA BERGUNA"

SELAMAT MENCUBA

UTAMAKAN KESIHATAN ANDA
PESANAN DIBAWAKAN KHAS 
DARI SEMBANGSHAHRAZALI
UNTUK PEMBACA SETIA BLOG INI

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging..........
>>> Masih berada di Residence Inn, Cherating. Bercuti bersama keluarga. Selamat bercuti kawan-kawan...

Tuesday, 4 December 2012

CERITA PASAL TUALA WANITA


Semua orang tahu kan pasal tuala wanita. Tipu la kalau ada yang masih tertanya-tanya apa itu tuala wanita, melainkan kanak-kanak yang masih kecil. Sebagai orang lelaki yang budiman, kenapa mesti aku bercerita pasal tuala wanita??? Haaaa,, aku bukan apa, cuma ingin menyatakan pendapat tentang iklan tuala wanita ini. 

Iklan tuala wanita sering dipaparkan di televisyen zaman sekarang ni. Berbagai-bagai jenis tuala wanita yang sering dikomersialkan di kaca-kaca tv untuk tontonan umum. Kalau iklan lampin pakai buang untuk bayi tu tak kisah la kan, tapi iklan tuala wanita ni aku rasa macam tak manis rasanya. 

Gambar Hiasan

Kalau dulu, rasanya orang perempuan cukup malu untuk bercakap mengenai tuala wanita. Tapi sekarang, untuk promosi punya pasal, banyak iklan-iklan yang kebanyakkannya dijayakan oleh artis tempatan muncul kat tv. Di dalam iklan, mereka sering menunjukkan susuk tubuh badan mereka atau menunjukkan keselesaan memakai tuala wanita tersebut. Kalau ada model yang bertudung tu lagi la tak manis kan.

Gambar Hiasan

Ada orang cakap, tuala wanita dipakai di kawasan sulit pada tubuh badan perempuan, jadi tuala wanita juga adalah sesuatu yang sulit untuk diperkatakan. 

Bila difikirkan balik,, jarang aku nampak iklan bra kat tv. Kalau ada pun sikit la. Tapi iklan tuala wanita ni berleluasa plak kan. Kenapa tak tayang jek iklan bra yang memberi keselesaan kepada perempuan secara berleluasa macam iklan-iklan tuala wanita tu. Adakah payudaya perempuan lebih sulit kalau nak banding dengan kemaluan mereka??

Ada orang cakap juga,, tuala wanita ini sesuatu yang sangat diperlukan orang perempuan untuk keselesaan mereka di masa-masa tertentu, sebab tu banyak iklan-iklan kat tv nak mempromosi brand mana yang paling bagus dan sesuai untuk orang perempuan. 

Gambar Hiasan

Aku rasa lagi bagus bertanya kepada adik-beradik atau saudara-mara yang lebih dewasa tuala wanita mana yang sesuai dipakai dari melihat apa yang artis-artis kita ni pakai kan. Artis-artis tu promosi jek lebih. Entah diorang pakai ke tak apa yang diorang promote tu.

Gambar Hiasan

Syarikat-syarikat tuala wanita ini hanyalah mementingkan keuntungan mereka. Mereka selalu menjadi penaja untuk banyak program, jadi tak hairanlah asyik iklan mereka jek yang terpampang kat tv. Mereka dah pun bayar stesen-stesen tv, jadi tv kenalah siarkan iklan mereka kan. Yang selalu ada iklan macam ni, TV3 la. Kan??...

Kalau kat rumah, setiap kali ada iklan tuala wanita ni, mak aku mesti cakap, "Ntah apa-apa siarkan iklan ni, tak malu agaknya diorang ni. Benda macam ni pun nak tunjuk kat orang ramai"...

Aku sekadar menyatakan pendapat. Ini blog aku, jadi suka hati aku la kan. hehehe. Terima kasih kepada yang sudi baca. Komen la kalau korang rasa nak komen, LIKE kalau suka, SHARE jika berguna.Maaf jika ini ada menyentuh sensitiviti orang perempuan. 


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
>>> Lagi 2 minggu nak habis praktikal. Rasa macam nak kerja terus kat Audit Negara ni. huhuhu.


 JANGAN LUPA !!!!!!!!!



SAKSIKAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA 
MALAYSIA VS THAILAND
AHAD
9 DISEMBER 2012
8 MALAM
HIDUP HARIMAU MALAYA

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA