Click here OK!

Followers

Monday, 5 March 2012

CERITA DALAM BAS


Mula-mula sekali aku nak nyanyi. GLORY-GLORY MAN UNITED....hahahahaha. Punya la seronok aku tadi sebab Manchester United menang. Dah la tak senang duduk dalam bas tadi sebab perjalanan bas lambat dari masa yang sebetulnya. Bukan apa, takut terlepas nak tengok bola. Aku tak pernah lagi terlepas tengok Man United punya EPL game. 

Tepat jam 1110 malam tadi aku sampai stesen bas sek 17, Shah Alam. Sepatutnya bas sampai 1030 malam sebab selalunya perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam mengambil masa 5 jam. Aku tak senang duduk dalam bas sebab aku ingat game start pukul 1100 malam. Rupanya pukul 1200. hahaha. 

Pukul 515 petang tadi aku dah naik bas. Ok la kan bas gerak pukul 530 petang. Ingat lagi apa yang aku harapkan entri aku yang lepas???haha. Aku harapkan awek la duduk sebelah aku. Tapi hajat tak kesampaian. Lelaki yang duduk sebelah aku. Badan agak besar, tapi muka baik. Masa dia nak duduk tu aku senyum jek. Takkan nak tunjuk muka kecewa kan. hahaha. Aku tunggu dia duduk dulu baru aku tegur. 


Lepas hulur tangan salam, aku tegur dia dengan perkenalkan diri..
Aku : Li
Dia : (angguk jek)
Aku : Balik Shah Alam or Klang?
Dia : (Angkat kepala menandakan tak berapa nak dengar soalan)
Aku : Balik Shah Alam?? (pendekkan soalan)
Dia : (angguk kepala dan senyum)
Aku : Aku balik Shah Alam gak. Study UiTM. Student UiTM jugak ker??
Dia : (angguk dan senyum)
Aku dah terpikir dia ni bisu jek. Aku tanya lagi soalan dia kena jawab.
Aku : Kos ape??
Dia : Akaun (dia jawab dengan suara halus, kecik dan sengau).
Lepas tu aku terdiam........
Aku : oooooo..patut la malu nak cakap, suara kau problem rupanya (cakap dalam hati jek..hehe).
Aku senyum dan terus buat hal sendiri sebab dia dah mula pasang earphone kat telinga.
Mungkin dia malu nak bersuara dengan orang yang tak mengenali dia. Kalau aku, aku tak kisah pun macamana orang tu sekalipun, aku tetap akan hormat dia. Bibir dia pun macam sumbing sikit, (lambat perasan), patut la suara dia macam tu kan.  

Macam-macam hal juga masa dalam bas tadi. Bas yang aku naik biasa akan berhenti rehat kat restoran kat Yong Peng. Aku tegur dia lagi. Tanya dia tak turun ker?? Dia geleng jek. Aku suruh dia tengok-tengokkan beg aku, dia angguk kepala. Emmm..ok. Masa kat Yong Peng tadi dah nak setengah jam. Sebabnya ada dua orang perempuan (dalam lingkungan awal 40-an) tak reti-reti nak naik bas walaupun bas dah hoooonnnnnnnnn banyak kali. Diorang ingat nak piknik apa kat situ. Boleh pula makan rilek-rilek sedangkan satu bas menunggu diorang. Tak pernah naik bas agaknya kot. Masuk bas, dua-dua tersengih-sengih.

Dalam bas driver bukak lagu cina, orang belakang aku berbual macam kat kedai kopi, Air Cond sejuk tahap gaban. Kenapa gaban plak ni??haha. Sebab gaban kan power, kira sejuk yang power la tu. Mesti korang ada dengar-dengar juga kan ada orang lain cakap tahap gaban. Nasib baik aku ikut cakap mak aku tadi. Aku nak pakai seluar pendek jek, sebab masa nak gerak dari rumah tu hari tengah panas, tapi mak aku suruh pakai seluar panjang. Kalau aku pakai seluar pendek juga tadi, entah macamana sejuk dia. 
Ini la gaban. Aku suka tengok masa kecik2 dulu

Salah satu faktor besar lambat tadi sebab jalan sesak masa kat Nilai kalau tak silap. Tak tau sebab apa sesak. Mata aku sibuk memandang ke luar tingkap memerhatikan gelagat orang dalam kereta yang lalu lalang. Ada yang tidur, ada yang menguyah, ada yang merokok, ada yang angguk-angguk kepala(dengar lagu headbanging kot), ada yang menyusukan baby dia, hehe, ada juga yang manja-manja dengan pasangan. Maklum la, kereta bergerak perlahan, boring gaknya diorang. 

Masa jalan sesak tu driver tutup lagu, suasana sunyi. Cuma dengar bunyi air cond jek. Kedai kopi dah tutup, aman la sikit aku nak melayan perasaan. Tiba-tiba akak depan aku bukak lagu kat phone dia. Kuat plak tu. Takde earphone kak ye,,,, kesian. Dia bukak lagu Maher Zain, aku layankan, siap aku nyanyi sekali.(slow je la). Lepas tu dia main lagu Sedetik Lebih, aku saja nyanyi kuat sikit, lepas tu dia terus tutup. hahahaha.

Keluar jek tol batu 3, akak-akak depan aku sibuk suruh driver berhenti sebab nak kencing. Lama plak tu. Lepas diorang naik, bas jalan. Selang 2 kilometer, bas berhenti depan Petronas. Akak-akak tu nak turun situ. Dekat jek kot antara tol batu 3 dengan Petronas tu. Boleh jek kan kencing kat tandas Petronas tempat diorang nak turun tu. Mungkin dah tak tahan sangat kot. 

Emmm....tapi aku sabar jek dengan perangai orang dalam bas ni. Dah selalu naik bas jalan jauh ni, macam-macam perangai jumpa. Semua cerita pasal akak-akak tu orang yang sama. Takpe la. asalkan aku selamat sampai, sempat tengok game Man United, menang plak tu, hati aku senang. 
Ni la orang-orang yang jaringkan gol tadi.. Rooney 1, Young 2.


Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................

Saturday, 3 March 2012

5:30 p.m JOHOR BAHRU -------> SHAH ALAM

5:30 p.m    JOHOR BAHRU -------> SHAH ALAM
Ini la yang tertulis kat tiket aku. 

Esok (ahad) aku akan kembali ke Shah Alam. Kembali sebagai pelajar UiTM. Rindu jugak kat fakulti aku, pensyarah, kawan-kawan, awek-awek. hehe.  Sem baru ni dah masuk sem 6. Dah senior la katakan. Aku harap semester akhir belajar ni dapat keputusan yang bagus-bagus. Setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi tak lulus subjek. Semua lepas. Pointer atas 3 setiap sem kecuali sem 1 diploma dulu.

Ni last sem aku belajar di UiTM Shah Alam. Sem depan last semester aku praktikal. Tak decide lagi nak praktikal kat mana. Tapi aku nak area Pontian or Johor Bahru je la. Duduk dengan mak jimat sikit kan. Dah balik rumah sewa kat Shah Alam nanti boleh la aku online selalu. Rumah ada Unifi la katakan. Dah bayar, kena la guna sebaiknya. hehehe. 

Doakan aku selamat sampai ke Shah Alam nanti. Tiket bas dah beli. Dapat seat 3b. Seat single dah habis. Harap-harap awek cun la duduk sebelah aku esok. hahahahaha.

Assalamualaikum dan selamat berblogging.........................

Ni la nama fakulti aku


Gambar-gambar fakulti

Ntah sape la tu. hehe.

Dewan kuliah

Gambar semua ambil kat Google.

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA