Berikut adalah soalan yang pernah ditanyakan kepada aku. Aku nak kongsi tentang topik cinta ini dengan semua orang. Sebab aku pun macam tak tahu nak jawab sebetulnya. Perbualan tu tak ada lah skema macam bawah ni, tapi untuk bacaan blog, kena la ada skemanya ye tak. hehehe.
Apa itu cinta pandang pertama??????????
Pada aku, cinta pandang pertama hanya boleh berlaku jika kedua-dua pihak merasai benda yang sama pada kali pertama mereka bertentang mata. Tidak boleh dipanggil cinta pandang pertama jika hanya sebelah pihak jek jatuh cinta.
Adakah cinta pandang pertama betul-betul wujud????????
Pada aku, cinta pandang pertama mungkin wujud 1 diantara 100 pasangan. Kalau setakat jatuh cinta sebab orangnya cantik/hensem gilerrr, tak dikira la. Jatuh cinta dengan artis pun tak dikira. Sebab kebanyakkan artis kan hensem/cantik kan.
Pernah tak orang jatu cinta pandang pertama kat aku????
Untuk aku yang dah 9 kali bercinta, 7 jadi, 2 tak jadi, aku rasa belum ada perempuan lagi yang jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Semua yang jatuh cinta kat aku selepas mengenali aku, sebab hati budi aku dan sikap/layanan aku terhadap mereka. Biasalah kan. Muka tak seberapa walaupun ada orang pernah cakap muka aku macam Aaron Aziz untuk 2,3 saat. hahahaha....(perasan sekejap)..
Adakah aku pernah jatuh cinta pandang pertama??????
Aku pun tak tahu aku pernah atau tidak jatuh cinta pandang pertama. Tapi kalau nak ikutkan jatuh cinta sebab rupa paras perempuan tu, memang banyak kali rasanya. hahaha. Tapi memang susah nak dapat respon la. Muka tak seberapa la katakan, walaupun ada orang cakap muka aku macam .......... (untuk 2,3 saat jek) hahaha.. Saja tak nak ulang. Takut orang menyampah. hehe.
...............................................................................................................
Aku tak berapa paham sebenarnya definisi cinta pandang pertama dalam kehidupan ni. huhu. Kadang-kadang macam tak pernah rasa cinta pandang pertama ni. Kadang-kadang aku rasakan aku banyak kali jatuh cinta pandang pertama dengan perempuan. Mungkin sebab aku ni pantang nampak perempuan cantik kot. hahaha. Ada jek berkenalan or jumpa perempuan cantik/hot, mesti aku rasa semacam. Rasa macam dah jatuh cinta, rasa nak kenal lebih rapat, asyik teringat-ingat, terbayang-bayang dan macam-macam lagi la. Tapi semua perasaan tu tak kekal sebab bukan diorang masuk pun dalam hidup aku. Cuma diorang singgah sekejap jek dalam hidup dan mata aku nih.
Mata keranjang ker aku nih??? Mungkin keranjang dari segi mata, tidak tidak pada hati. Walaupun aku suka memandang perempuan-perempuan cantik, tapi aku sangat setia pada pasangan aku. (sekarang takde awek la plak..huhu, jadi takde siapa nak larang kan..hehe).
Tinggalkan la komen korang ok. Beritahu apa yang korang paham mengenai cinta pandang pertama. Tak pun korang berikan pendapat dengan ikut menjawab soalan-soalan di atas???? Boleh la aku memahami maksud cinta pandang pertama ini dari banyak kepala dan boleh la aku terangkan kat orang yang tanya kat aku tu. Cerita la pengalaman korang untuk soalan 3 dan 4 ok. Nak tahu juga macamana cinta pandang pertama tu terjadi. Kalau tidak keberatan la. hehehe.
Kalau nak buat entry pasal ni pun dialu-alukan. Entry paling berguna untuk aku akan aku repost balik. Tapi aku rasa, cukuplah sekadar tinggalkan komen dan bagi pendapat serba ringkas ok. Jangan tanya aku siapa yang tanya mende ni kat aku. hehheh. Biarlah rahsia. Emmm, tapi kalau rasa nak buat entry kan, tag la sekali kawan-kawan yang lain. hehe. Tapi ini bukan segmen pape tau. Cuma minta pendapat jek. hehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging....................................
>>> Aku selalu tengok drama korea. Setiap kali tengok drama korea, aku akan jatuh cinta pada heroin drama tu. hahaha. Tak kisah la muka plastik ke tak kan. Bukan aku nak kawin pun dengan diorang. Cuma suka tengok jek. haha.
21 comments:
Ooo..Na komen ek~
Okeh,saya bertemu dengan cinta pandang pertama mase umo 12 tahun.Dengan cousin plak tu.Maybe jatuh hati sebab tu 1st time jmpe dn kitorg mmg jarang sgt brtemu. Mse tu maen-2 mate jerp.. hahaha.. Mmg perasaan tu ade dn dipendam smpaila kitorg umo 23 tahun dan kitorg bertemu blik buat kali kedua.Mase tu start luahkn prasaan,igt blik kenangan mse umo 12 tahun dlu dn mcm-2 lgla. Now,kitorg da 26 tahun dan kitorg da get married 5 bln lbh. Happy Ending. =)
sepanjang hidup ni tak pernah lg alami cinta pandang pertama.. ;)
Zhura Zainal :
sweet giler cite awk ni....hehe... alhamdulillah...smoga berkekalan hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat...
Adam hawa :
Emmm.... cmtu plak ek..mgkin pernah tp x perasan kot..hehe..
hahaha !! lame la hilang , tak cukup masa nk jalan2 kat blog org , but i try my best. haha ,, emm , cinta pandang pertama ? entah laaa x penang perasan pun sejak bila pandang si dia .. muhahaha !!
*amboi , gambar pun dah berubah sekarang* ^^
ok2 bolat baca dengan perlahan . dah dapat point nk komen apa . tapii part last "drama korea" kahkahkahkahkah
shahh minat drama ? kita sama ! muka ganas layan korea -___-
Nice ! :)
Cinta itu fitrah yg mewujudkan perasaan sayang dlm diri setiap insan. Cinta yg berpandukan kepada fitrah tapi bukan hawa nafsu semata.
It's Natural feeling :)
Serious xpernah bercinta sebab susah nak trima. Doktor kata "Enjoy ur single status !" huhu
asslamaualaikum & hai owner blog...nice entry...done follow your blog
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
ada ke cinta pndg pertama..? xpenah lagi..hehehe
ada ke cinta pndg pertama..? xpenah lagi..hehehe
cik pinaz :
camna boleh x perasan nih...nnti x best la nk cite kt anak2...hehehe...rajin2 la singgah sini lg ye..
cekbolat-bolat :
shah minat banyak mende la...x kisah la drama,movie,lagu dari negara mana or sape berlakon or nyanyi...asalkan sedap didengar dan seronok ditonton sendiri,,dah ok...
cik farhana :
x pernah bercinta??? suci btol hati awk kn...hehehe...semoga awk bertemu cinta sejati ye cik farhana...
aisyah lola cham :
hi....thanks...
Domu-kon :
ada kot....terpulang kepada individu itu sendiri cmna dia paham tentang cinta pandang pertama...
woi banyaknye ko bercintan.
hehehehe.
aku tak pernah sebab aku tak reti lah nak pandang2 ni. aku jeling je. tu yang semua org takut. hahaha
j syazwana :
jelingan ko tajam sgt....mmg la org lain takut..haha...
assalamualaikum shah???
nice blog...nie baru first time saya singgah kat blog shah....cinta pandang pertama memang best...
tyme tu kitaorang men2 mata...aty nie rasa cm berbunga2 sak...tp alhmdulilah kitaorang sekarang nie mang still g sama2...
Sy pernah jtuh hati pada pndangan pertama..time tu form2 sy pindah skolah baru..hari ke-3 sy di sekolah tu,sekolah tu wat latihan kebakaran so semua kena kumpul kt pndang..tiba2 mata sy terpandang sowg pengawas laki ni..dia senior sy form5..sy jtuh hati k dia sbb dia hnsem..hehe..sy hantar surat la kt dia tpi dia xlyan..
Wawww amazing nya😍😍😍
Post a Comment