Click here OK!

Followers

Tuesday 6 November 2012

NASIHAT SAYA : MARI MENCEGAH DIABETIS

Nasihat ini adalah untuk aku sendiri dan aku nak kongsikan/ingatkan kepada rakan-rakan blogger sekalian. Harap dapat ambil masa sikit baca ye. Terima kasih daun betik, lepas baca LIKE jangan lupa klik.


Apakah Diabetis ???
Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetis terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetis akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Jenis-jenis diabetis yang utama
Jenis 1
Ø  Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
Ø  Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis 2
Ø  Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
Ø  Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
Ø  Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
Jenis 3
Ø  Keadaan ini adalah sementara
Ø  Berlaku disebabkan perubahan hormone semasa mengandung ( untuk perempuan sahaja)

Faktor risiko
Ø  Sejarah keluarga yang menghidap diabetis – jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mengidap diabetis, kebarangkalian seseorang indivdu mendapat penyakit itu adalah tinggi
Ø  Berat badan berlebihan – diabetis kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes
Ø  Mengamalkan pemakanan tidak sihat – mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetis
Ø  Umur – umur yang meningkat
(Yang Bold tu terjadi kat aku. Seram meyh. Memang tengah berjaga dah sekarang ni)
Gejala diabetis
Ø  Sentiasa merasa dahaga
Ø  Kerap membuang air kecil
Ø  Merasa letih dan lesu
Ø  Susut berat badan walaupun berselera makan
Ø  Luka dan kudis yang lambat sembuh
Ø  Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Komplikasi diabetis
Ø  Penyakit buah pinggang
Ø  Serangan jantung
Ø  Kebutaan
Ø  Koma atau tidak sedar diri
Ø  Tekanan darah tinggi
Ø  Strok (angin ahmar)
Ø  Penyakit saraf
Ø  Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
(Diabetis punca segala penyakit. Seram meyh.)
Diabetis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan :
Ø  Mengawal pemakanan
Ø  Bersenam setiap hari
Ø  Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
Ø  Mengekalkan berat badan unggul, Indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m


Sumber info : Risalah Hospital Pontian
Sumber gambar : GOOGLE

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
>>>> Ingatlah! Setiap yang berlaku ditentukan olehNya. Kita sebagai hambaNya, mestilah berusaha untuk menjadi lebih sihat. CONTROL YOUR DIABETIS FOR LIFE.
(Pesanan ni dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan)


16 comments:

AdaM Hawa said...

lebih baik mencegah dari merawat kan.. TQ share info.. ;)

shahrazali said...

adam hawa:

ur welcome......btol tu...cegah sebelum terlambat..

Unknown said...

some of my family ada kena penyakit ni. yup, mmg bahaya . yg belum kena especially remja , mesti amalkan gaya hidup yg sihat supaya tak merana di kemudian hari (:

shahrazali said...

steffany daph :

betol tu...sokong 120 peratus..hehe...

Domu-kon said...

menakutkan tul la diabetis nie.. harap2 misz domu jauh dari penyakit nie..misz domu memg xmkn manis tapi..kerap makan luar dan makann tu xtau cmne diorg msak..

iAmCekbolat said...

ohhh . gerunn nengok

shahrazali said...

domu-kon :

kena siasat la misz domu cmne diorg masak....hehe..

berjaga-jaga tau misz domu...punca segala penyakit kot ni..

shahrazali said...

cekbolat-bolat :

tengok jek dah gerun??hehehe...dah baca ker blom tu ek...

LiNda said...

bahaye diabetis ni..nasib baik aku x suke mkn n minum manis2. Alhamdulillah dlm sejarah keluarga pun xde lg mghidap diabetis..semoga dijauhkan. Mencegah dr awl kan. Thankz for ur info :)

shahrazali said...

linda :

bgus la cmtu linda..... aku ni tgh cuba kurangkan manis2... seram jek rasa..

inche hlovate said...

bersenam boleh mencegah daripada kena diabetis..

*tapi sya pling mals nk besenam hihi

shahrazali said...

inche hlovate :

betol tu....bagus bersenam ni...sy bersenam sminggu skali jek...hehe..tiap2 rabu turun main badminton..

HanisLazimAndTheShaklee said...

minta di jauhkan dari penyakit tu :)

Cik Farhana said...

Prevention is better than cure ~ Thanks Shah , nice info .

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Putry said...

thanx doktor shah bg info bergunaaaa... likeeeeeeee

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA