Click here OK!

Followers

Saturday 3 November 2012

LAKUKANLAH DEMI ORANG TERSAYANG

Ingatlah orang tersayang, maka kita akan lebih berhati-hati

Kita menggunakan jalanraya setiap hari. Betul atau tidak?? Sememangnya betul sebab kita menggunakan jalanraya untuk pergi ke mana-mana kan. Pergi kerja, balik kerja, pergi kedai, pergi mana-mana sahaja. Lainlah ada yang duduk dan hidup di hutan belantara kan. hehehe.

Jadi, bila kita dah menggunakannya setiap hari, kita mesti dah tau tentang perangai atau sikap pemandu-pemandu di jalanraya kan?? Macam-macam perangai pemandu yang boleh kita jumpa dalam seumur hidup kita berada di jalanraya.

Tentang sikap dan perangai buruk orang lain, tak perlu sangat kita nak smbil berat. Sikap dan perangai orang susah kita nak kawal kan. Apa yang penting, sikap kita sendiri yang perlu kita jaga demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Kita yang memandu di jalanraya seharusnya tahu akan peraturan-peraturan di jalanraya. Sebab kita boleh memandu adalah kerana kita mepunyai lesen memandu kan. Semasa proses mendapatkan lesen memandu, kita telah "di sekolahkan" oleh penceramah tentang peraturan jalanraya. Semasa menjawab soalan pun kita dapat tahu tentang undang-undang jalanraya. Jadi apa sebabnya kita melanggar peraturan??? Adakah sebab kita tak tahu peraturan?? atau adakah sebab kita tak suka kan peraturan?? atau adakah kita sudah lupa peraturan di jalanraya??

Aku pernah terfikir, kenapa ujian lesen memandu ni tidak dijalankan setahun sekali jek. Setiap kali nak perbaharui lesen, kena amik ujian terlebih dahulu, dan kena lulus dengan markah 42 dan ke atas macam masa ambil ujian L. Sebelum ambil ujian, terlebih dahulu kita wajib datang ceramah berkenaan undang-undang jalanraya. Barulah orang kita sentiasa diberi pendedahan tentang undang-undang jalanraya kan.

Ada lagi 1 cadangan. Warga asing yang datang dari negara lain, "TERISTIMEWANYA" buat warga Singapura juga haruslah diberi pendedahan lebih tentang undang-undang jalanraya di negara Malaysia ini. Mereka haruslah ambil ujian dan lulus cemerlang jika nak memandu di jalanrya di Malaysia ini. Ini kerana mereka sangat ambil remeh tentang peraturan di jalanraya di Malaysia ini. Sebagai contoh kuat, warga Singapura, mereka sangat ikut peraturan jika berada di negara mereka, tetapi, jika di Malaysia, mereka adalah antara pemandu-pemandu "kurang ajar".

Gambar hiasan


Membe aku ada cakap, "orang Singapura kena setelkan semua saman trafik di negara mereka sebelum mereka hendak ke Malaysia, kalau tak, mereka tak dapat masuk keluar dari negara mereka, tapi bila mereka nak balik semula ke Singapura (dengan barang-barang shopping yang banyak), kita tak ada pun nak periksa saman trafik mereka. Main lepas macam tu jek. Sebab tu mereka tak berapa nak kisah jika mereka di saman kat Malaysia". Membe aku cakap la, bukan aku cakap.

Kita dah tahu kita menggunakan jalanraya setiap hari, kita kena la jaga tingkahlaku kita semasa di jalanraya. Memandu ikut peraturan bukannya menyusahkan pun. Biar orang lain langgar peraturan, tapi kita jangan. Pastikan sentiasa memandu di lorong yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan memandu ikut sedap rasa jek dan menyusahkan orang lain. Sentiasa awas dengan kenderaan sekeliling kita. Cermin dah ada, gunakan la sepatutnya. Cermin pandang belakang dan sisi untuk melihat kenderaan lain ye, bukan untuk perhatikan muka kita jek.

Sentiasa la ikut nasihat papan tanda di setiap bahu jalan ok.

Akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang... Selain kita sendiri berhati-hati, sentiasa la awas dengan pergerakan kenderaan lain. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati dan cermat memandu, tapi orang lain tidak. Berlaku juga kemalangan kan. Sentiasalah fokus ketika memandu, jangan asyik berangan jek ye. hahaha.

Gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
>>> Malam ni Man Utd lawan Arsenal. Best3x....Harap Man Utd menang bergaya.. GGMU..



 PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG TERSAYANG

22 comments:

Anonymous said...

hehe.. yup angat berguna kerna di jalan raya la banyak kematian yang berlku berbanding di tempat lain..
btw.. salam kenal.. 1st time masok sini..n dah jadi follow blog kamu ;-)

Jie said...

Nice, tapi kelakar , dilarang kecelakaan disini rumah sakit jauh hahaha,

Unknown said...

terbaik (: "its better to life for second chance dan lose life in a second (: heee..ni aku amek dari nasihat2 kereta utk org memandu.

Unknown said...

terbaik (: "its better to life for second chance dan lose life in a second (: heee..ni aku amek dari nasihat2 kereta utk org memandu.

KizZ said...

Nice2..asal weh..ni mesti dah nak terexcideng ngan singaporean ni..

Domu-kon said...

hehehe.. tersenyum misz domu baca entri nie.. dah boleh jadi jpj nie..tapi apa pun betul la..pmndu sngapore pndu kat sini cm first time memandu jer..

man u menang kan..thniah.. misz domu tak suka man u..tapi suka rafael jer..and chicarito..

YattAkasah said...

erm..semalam time yatt drive..time tu ujan lbat..kete dpan tak bkak lampu pon..dorg tak sdar yg tu mmbahayakan dri sbb bila tak bkak lampu pmandu lain tak nmpk kereta dorg..

Anonymous said...

hujan-hujan ni memang ramai yang terbabas. hati-hati dijalan raya

iAmCekbolat said...

teringatt lesen L yg tergantung dan hampir setahun -__________-

AdaM Hawa said...

kadang kita beringat.. orang lain tak beringat.. kadang kita pun terbabit.. ermmm...

shahrazali said...

vannilla chocolate :

betol tu...berjaga-jaga ye pasni..
salam kenal juga...thanks follow..

shahrazali said...

lady :

kan...hehe...1st sy tgok pun dah tergelak..hehe..

shahrazali said...

steffany daph :

thanks utk nasihat tu ye...

shahrazali said...

kiz :

xcident tu x la.....tp dah byk kali kena dgn perangai kete2 singapore yg bwk kete ikut sedap rasa diorg jek..kita plak kena mengelak kesedapan diorg memandu..

shahrazali said...

domu-kon :

shah pun tersenyum tgok komen misz domu ni...hehe...

yeeeeee. MU menang..xpe la x suka MU,,asalkan misz domu suka pemain2 dia..hehe..

shahrazali said...

cik yatt :

klu jumpa cmtu,,bg high beam jek kt diorg...pastu hon kuat2..hehe..kdg2 org terlupa nk bukak lampu..hato2 tau drive klu ujan lebat..

shahrazali said...

rapunzeel cikilolo :

btol tu....thanks atas nasihat tu...kte sme2 berhati-hati k..

shahrazali said...

cekbolat-bolat :

ape lme sgt tergantung cek bolat???pegi la amik lesen P cepat2..

shahrazali said...

adam hawa :

btol tu...sbb tu selain kita berhati-hati, kita kena berwaspada dgn kenderaan lain kan...

HanisLazimAndTheShaklee said...

mungkin jugak signboard "dilarang kecelakaan disini,rumah sakit jauh" kena letak merata2..so semua org behati2 time memandu..hikhik

shahrazali said...

aniswany :

bole pakai gk idea tu...hehe...ada kang sepanjang jalan org tergelak jek..hehe..

Putry said...

lawak signboard tuuu.. dilarang kecelakaan.. umah skit jauh...... ce kite try wat kat sini signboard tuuuuuu hihihih

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA