Click here OK!

Followers

Thursday 23 February 2012

AKU GELAK TENGOK TV

Cuti semester kali ni aku banyak habiskan masa duduk rumah jek. Aktiviti kat rumah makan, tidur, tengok tv, tolong jaga baby. hehehe. Rancangan tv favorite aku sekarang ni adalah Wipeout dan The Voice. Kenapa aku suka rancangan ni?? Sebab rancangan ini akan buat aku tersenyum dan ketawa. 

 WIPEOUT

Rancangan yang dihoskan oleh John Henson dan John Anderson  di samping Jill Wagner yang cantik tu. Aku suka tengok peserta-peserta jatuh-jatuh masa main game tu. Kelakar tu. hahaha. Kadang-kadang dialog diorang yang akan buat aku ketawa besar (pastikan subtitle on kalau nak paham betul-betul apa diorang cakap). Rancangan yang sangat simple tapi menarik. Part yang aku suka tengok masa first stage game ini. 24 orang peserta kena tamatkan pusingan pertama sepantas yang boleh. 12 orang yang paling pantas jek dipilih ke pusingan kedua. Apa yang kelakar adalah gaya peserta-peserta dan dialog-dialog masa game ni berjalan. Selalu tengok sorang-sorang jek kat rumah, so ketawa la sorang-sorang. hehehe. 





The Voice

Rancangan yang dihoskan  oleh Carson Daly. Apa yang aku suka dengan rancangan ini adalah telatah jurulatih-jurulatih The Voice ini masa diorang berebut nak dapatkan anak didik mereka. Masa musim pertama takde la berebut macam musim kedua ini. Kali ni musim kedua nampak hangat jek masa berebut. Kadang-kadang buat aku tergelak sorang-sorang depan tv. Yela kan, tengok pun sorang-sorang. Yang selalu bertekak mulut, Adam dengan Christina la. Jurulatih yang aku paling suka Adam Levine sebab dia cool, lagu-lagu dia best, berbakat menyanyi dan jadi jurulatih. Yang lain-lain macam Cee lo dengan Blake aku tak pernah kenal pun sebelum ni kecuali Christina. Diorang semua memang best. Dialog-dialog diorang buat aku ketawa. hehe.





Korang pun mesti ada yang suka juga kan tengok rancangan ni??? Kalau ada, bagus la.. Kalau ada yang tak pernah tengok, tengok la k. Channel AXN 701...

ok...assalamualaikum dan selamat berblogging...........

14 comments:

nur_za said...

ish..kena lari ni..
glk sorg2 tgk tb...
ok tak ni..huk2

~Cik Sweety~ said...

ehh..sya pun suke tgk wipeout tuh..mmg ketawa guling2 arr..

Unknown said...

hahaha...wipeout memang lawak hbs!!dlu aku pon layan gak...

~Sal Ismail~ said...

kite pun suke layan the voice juga!~ ^^

Anonymous said...

701 memang best..mas selalu lyn gak dua2 tuh..termasuk csi,csi miami & csi ny.kdg2 movie pun best.dulu de hbo lyn gak..then now dh buang,so lyn axn je la..hihihi

cayalah,kita geng.mas pun minat adam.cool je..n last yr pun dia n 'protege' pun mng.dri awal2 tgk tuh suka tgk 'student' dia..sdp.mmg dah syak akn juara.

Ungu Violet said...

wipeout tu suka tngok dorang trgolek...hehe..kelakar

iAmCekbolat said...

the voice ni kdg2 ler tgok.. wipeout mmg de voom! best ever.. hilang tensen tgok.. lawak btol time kt big balls tu.. agagaga

CikTeddyCorner said...

erk,due2 cik xtau..haha

Unknown said...

same suke tgk n gelak sensorg tgk wipeout!! haha tyme dorg jatuh selalu kelakar...tapi kesian kan..dorg jatuh kite g gelakkan plak.haha

J.Syazwana said...

aku suke tengok wipeout tuh.
lawak gila kot.
hahahaha

KizZ said...

Christina terbaik ohhhhh!!

ILA HonEyBuNNy said...

hehheheh...duk rumah..cakap ja..cita apa xlayan..semua cannel tgk tau..ekkekek

Juliet_iRa~" said...

heee..suka gak tgk wipe out tu..lawak!hahaa

mcm2 gaya kan..:)

ch000tz said...

suka tgk sebab christina tu sexy kannn! hahaha

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA