Click here OK!

Followers

Saturday, 10 December 2011

PENDAPAT SHAHRAZALI - BILA SESEORANG ITU DIKATAKAN MATANG


Jika dibincangkan mengenai kematangan seseorang, kita tidak boleh hanya melihat umur seseorang. Kita perlu melihat dan menilai dari pelbagai aspek. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup matang, tetapi di mata dan fikiran orang lain, kita tak ubah seperti budak-budak bawah umur. Jika seseorang itu kebudak-budakan, tidak serius dalam sesuatu hal, kita pun tidak boleh mengatakan orang itu tidak matang. Kita juga tidak boleh menilai kematangan itu berdasarkan raut wajahnya. Jika mukanya nampak tua, tidak semestinya dia sudah matang. Jika mukanya nampak muda (babyface kata orang), tidak mustahil dia sudah matang. 


Matang yang ingin dibincangkan ini bukan la sekadar matang yang sudah aqil baligh, tetapi matang dalam pemikiran, perbuatan, percakapan dan lain-lain lagi. 


Bagi saya,,,


  • Seseorang itu matang jika dia boleh menerima kritikan dari orang lain dengan tenang. Maksud dengan tenang adalah dia mendengar kritikan orang, kemudian berfikir tentangnya, mengakuinya jika benar, dan membela diri dengan kebenaran dengan cara yang sesuai. 
  • Seseorang itu matang jika dia boleh menanggung masalahnya tanpa melibatkan atau membebankan orang lain. Maksudnya dia tidak pernah lari dari masalah sendiri dan tidak pula melibatkan orang lain dengan masalahnya. Dia boleh berkongsi masalah dengan orang lain tetapi hanya untuk nasihat, pendapat atau sekadar meluahkan perasaan sahaja.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh memahami perasaan orang sekelilingnya dan selalu menjaga hati dan perasaan orang lain. Maksudnya selalu memberi respon yang baik atas segala apa yang diucapkan kepadanya, berfikir untuk kebaikan jika hendak memberi nasihat, memahami situasi sebenar sebelum memberi pendapat, dan yang paling penting sentiasa mancari cara untuk menjernihkan suasana dan bukan mengeruhkan lagi keadaan.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal keadaan seseorang atau keadaan semasa. Maksudnya dia bijak mengenalpasti masalah seseorang dan dapat mengagak masalah seseorang berdasarkan naluri hatinya atau berdasarkan pengalamannya. Jika dia dapat mengetahui masalah seseorang itu sebelum orang itu menceritakannya, dia boleh mengawal perasaan seseorang itu dengan menceritakan pengalaman masalah yang sama. Ini sedikit sebanyak akan melegakan hatinya yang bukan hanya dia seorang mengalami situasi tersebut dan bukan dia sahaja menerima nasib sebegitu. 
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mempelajari dari kesilapan yang lepas. Maksudnya dia sentiasa menimba ilmu dan pengalaman dan menjadikan pengalaman sama ada pengalaman baik atau buruk sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain.
  • Seseorang itu matang jika dia boleh mengawal perasaannya dan bijak mengawal nafsunya. Maksudnya dia selalu berfikir tentang keperluan hidupnya dan bukan kemahuan hidupnya.
  • Yang paling utama, seseorang itu matang jika dia selalu memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa, sentiasa percaya setiap yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmahnya, selalu memaafkan kesalahan orang lain, sentiasa memohon kepadaNya terlebih dahulu dan menjaga amalannya tidak kira di masa susah atau senang. 
 

Thursday, 8 December 2011

MARI BERLATIH NYANYI


Tengok tajuk macam nak ajak orang ramai berlatih nyanyi sama-sama kan. haha. Alamak, hari ini dah hari khamis, esok jumaat, lusa sabtu, lepas tu ahad. Ahad malam aku dijemput ke majlis makan malam pra graduan Uitm untuk fakulti FSKM (Fakulti Sains Komputer dan Matematik). Aku dijemput untuk membuat persembahan nyanyian masa malam 'dinner' tu.

Dah macam artis dah rasa. haha. Budak kelas aku ni AJK besar juga la kat fakulti ni, so dia 'offer' la kawan aku buat persembahan untuk 'dinner' tu, dia setuju then dia ajak aku sekali. Mula-mula macam tak nak, tapi bila tau dapat makan free masa dinner tu, terus aku setuju. hehe. Orang lain datang bayar, yang buat persembahan jek dapat makan free. hehe. Siapa tak nak makan free woii..

Kitorang buat persembahan bertiga. Aku jadi penyanyi utama (ehem-ehem). Dua orang lagi main gitar dan backup aku nyanyi. Mula-mula memang semangat giler pilih lagu nak nyanyi. Cadangan awal nak nyanyi lagu Perpisahan Ini dan Beribu Sesalan (versi lelaki). hehe. Tapi bila dapat tau kena pilih lagu ikut tema, terus goyang nak nyanyi. Apa tema dia??? Tema tradisional beb. Waduh-waduh. lagu apa sih nak nyanyi??

Setelah bertungkus-lumus mencari lagu ala-ala tradisional, akhirnya kitorang dah jumpa lagu yang boleh dinyanyikan masa dinner tu. Lagu-lagunya adalah Inang Bujang dan Dara by ILLUSI, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang by E.Y.E dan lagu Ghazal Untuk Rabiah by M.Nasir dan Jamal Abdillah. Susah-susah tu lagu, tapi layan je la kan. 

Entah ada yang pernah dengar ke tidak lagu-lagu ni. hehe. Aku pun jarang dengar lagu-lagu ni sebelum ni. Kawan aku yang pilih, aku layan jek. Kena ikut dia juga sebab dia yang nak main gitar. Lagu Ghazal Untuk Rabiah tu selalu la dengar dan nyanyi. 


So, mari la kita menyibukkan diri dengan berlatih lagu-lagu ni. Assignment yang berlambak tu tolak tepi dulu. Lepas ni nak stop minum air batu kejap. hehe. Jaga suara la katakan. 


Serius na muke ko !!! rilek ar...Itu sje jek pegang tu. Bukan nya terer main. haha..
Alamak !!! Bersepah betul bilik. Malu la plak...

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA