Click here OK!

Followers

Tuesday 16 December 2014

PROGRAM TERBAIK, MENARIK DE BOMB BOMB BOMB

Assalamualaikum semua kawan-kawan..



Di sini aku nak kongsikan pengalaman aku berbakti dengan masyarakat. Program yang aku libatkan diri dengan sepenuh hati ini adalah program terbesar dan sebagai penutup bagi tahun 2014

Program yang dijalankan pada 6 Disember 2014 ini diberi nama JALINAN UKHUWAH AN-NUR dan untuk program penutup ni ada tambahan nama sedikit iaitu EKSPEDISI JALINAN UKHUWAH AN-NUR DAERAH SEGAMAT kerana ianya meliputi 5 kawasan di daerah Segamat iaitu kawasan Tenang, Buloh Kasap, Jementah, Kemelah dan akhir sekali di Masjid Jamek Bandar Segamat.

Antara pengisian program ini adalah Program Gotong Royong, Pemeriksaan Kesihatan Percuma & Bacaan Ratib Al-Attas & Zikir Asmaul Husna.

Aktiviti Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Surau



Aktiviti membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam



Pemeriksaan Kesihatan Percuma Oleh KPJ Healthcare Berhad



MAJLIS BACAAN RATIB AL-ATTAS 
& ZIKIR ASMAUL HUSNA



Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini adalah pada hari cuti, samada jumaat atau sabtu. So memang sibuk la kan tak ada cuti hujung minggu. Ini semua pengorbanan aku demi menjalankan Tanggungjawab Korporat Johor Corporation. hehehe.. 

Akhir kata, marilah sama-sama menyokong aku menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini. Kongsilah apa yang korang baca ini dengan seluruh kawan-kawan korang k. Inilah apa yang kita perlu buat kepada masyarakat. Contohilah Shahrazali. hehehe...

Marilah saksikan lagi gambar-gambar yang penuh ceria ini. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak kami, Johor Corporation.

YB Encik Mohd Azahar Ibrahim bersama-sama hadir untuk bacaan tahlil & membersihkan Tanah Perkuburan Islam Bukit Mambai, Labis

Bersama-sama penduduk membersihkan dan mengecat Surau Kg Genuang Baru, Mukim Kemelah

YB Puan Hajah Norshida Ibrahim bersama-sama penduduk kampung Mukim Buloh Kasap berterima kasih kepada JCorp

Jururawat KPJ Helathcare Berhad bergambar kenangan di Surau Kg Jawa Padang Kiambang, Buloh Kasap


Assalamualaikum & selamat berblogging... jangan lupa LIKE page #bffjcorp.. Klik gambar untuk ke page ini.
 #bff JCorp

1 comment:

Cik Farhana said...

lamanya xupdate blog..samela kte..haha

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA