Kadang-kadang geram tengok kalau ada
orang yang tidak ambil berat pasal lampu signal ni. Signal ke kanan
adalah untuk belok ke kanan atau menukar ke lorong kanan atau ingin
memotong kenderaan di hadapan. Signal kiri adalah untuk belok ke kiri
atau menukar ke lorong kiri atau ingin berhenti di bahu jalan. Semua
orang dewasa tau kot pasal ni.
Kadang-kadang orang lupa untuk memberi
signal untuk membelok. Menyusahkan pada orang yang berada di simpang.
Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah kenderaan
datang dari arah kanan. Oleh kerana mereka di jalan utama, maka kita
kena la menunggu mereka berlalu dulu, baru kita keluar simpang. Tapi
semakin dekat, kereta mereka semakin perlahan dan dengan tidak
disangka-sangka mereka membelok ke kiri. Kan dah membuang masa kita
tunggu kan.
Menyusahkan juga bagi yang sedang
mengekori di belakang. Katakanlah kita sedang mengekori kenderaan
dari belakang. Kat depan ada simpang, tapi oleh kerana tak ada lampu
signal diberikan, maka dalam kepala kita, kenderaan di depan nak
terus je lah kan. Tapi dengan tiba-tiba kenderaan di depan kita brek
dan terus membelok ke kiri. Dah membahayakan kenderaan di belakang
mereka.
Ihsan Google - Sekadar hiasan |
Ada juga sesetengahnya yang lupa untuk
memadamkan lampu signal mereka. Bagi yang tidak padam secara
automatic selepas membelok la. Ini juga menyusahkan dan membahayakan
orang lain. Katakanlah kita berada di simpang jalan, then ada sebuah
kenderaan datang dari arah kanan dengan lampu signal ke kiri yang
menyala. Dalam kepala kita, mesti la fikir kenderaan tersebut nak
membelok ke kiri, jadi setelah tengok jalan belah kiri kita CLEAR,
kita pun meneruskan perjalanan kita dengan membelok ke kanan dan
BAMMMMMMMMMMM kenderaan tersebut melanggar kita kerana dia nak terus,
tetapi kerana lupa untuk mematikan lampu signalnya, bertembung la
kenderaan dia dengan kenderaan kita. Kan dah jadi satu kemalangan.
Banyak lagi kerenah orang pasal lampu
signal di jalan raya ni. Tapi aku cuma bebelkan pasal ni je la. Aku
membebel panjang kat sini pasal ni sebab aku dah banyak kali kena
dengan orang yang tak ambil berat pasal signal ni. Tapi tak pernah la
sampai kemalangan, cuma hampir-hampir jek. Secara jujurnya, aku pun
kadang-kadang terbuat juga secara tak sengaja. Perkara ini sangat
penting bagi pemanduan yang selamat, tapi kita sebagai manusia biasa
ni selalu melakukan kesilapan. Dengan itu, marilah kita sama-sama
mengingatkan rakan, keluarga dan orang sekeliling kita supaya ambil
berat dengan lampu signal kenderaan masing-masing ye. Hehehe.
Pandu dengan cermat, ingatlah orang
tersayang.
Ok, Assalamualaikum dan selamat berblogging................
Habis dah cuti 3 hari. Esok nak masuk pejabat balik.
6 comments:
betul2..kdg2 sebab lmpu signal je boleh menyebabkan eksiden, kalo org belakang tgh bwak laju abislaaa. Nk drive ni memang ken fokus n alert supaya pemanduan kite selamat :)
heheehh kalau dua² undur kete alamatnya mmg dedua lah kena kan sebab tak nampak hhahahah
helloooooo! apa citer...lama tak dgr kabar.....:p
yups2.patutnya mereka kene stdy lik cara bawak kete n pggunanaan
lampu signal memang sangat membantu berkendara :)
betul la tu.. kadang sampai membebel.. kete mahal.. nak bg signal pun payah ke.. hahaha.. kadang-kadang kita terlalu berhati-hati.. tapi kecuaian orang, kita terlibat.. harap kita sentiasa beringat.. ingatlah insan-insan yang tersayang..
kadang-kadang orang yang ade lesen lagi tak berhati2 dr orang yang tak de lesen..
Post a Comment