Nasihat ini adalah untuk aku sendiri dan aku nak kongsikan/ingatkan kepada rakan-rakan blogger sekalian. Harap dapat ambil masa sikit baca ye. Terima kasih daun betik, lepas baca LIKE jangan lupa klik.
Apakah Diabetis ???
Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetis terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetis akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Jenis-jenis diabetis yang utama
Jenis 1
Ø Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
Ø Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis 2
Ø Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
Ø Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
Ø Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
Jenis 3
Ø Keadaan ini adalah sementara
Ø Berlaku disebabkan perubahan hormone semasa mengandung ( untuk perempuan sahaja)
Faktor risiko
Ø Sejarah keluarga yang menghidap diabetis – jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mengidap diabetis, kebarangkalian seseorang indivdu mendapat penyakit itu adalah tinggi
Ø Berat badan berlebihan – diabetis kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes
Ø Mengamalkan pemakanan tidak sihat – mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetis
Ø Umur – umur yang meningkat
(Yang Bold tu terjadi kat aku. Seram meyh. Memang tengah berjaga dah sekarang ni)
Gejala diabetis
Ø Sentiasa merasa dahaga
Ø Kerap membuang air kecil
Ø Merasa letih dan lesu
Ø Susut berat badan walaupun berselera makan
Ø Luka dan kudis yang lambat sembuh
Ø Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Komplikasi diabetis
Ø Penyakit buah pinggang
Ø Serangan jantung
Ø Kebutaan
Ø Koma atau tidak sedar diri
Ø Tekanan darah tinggi
Ø Strok (angin ahmar)
Ø Penyakit saraf
Ø Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
(Diabetis punca segala penyakit. Seram meyh.)
Diabetis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan :
Ø Mengawal pemakanan
Ø Bersenam setiap hari
Ø Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
Ø Mengekalkan berat badan unggul, Indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m
Sumber info : Risalah Hospital Pontian
Sumber gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
>>>> Ingatlah! Setiap yang berlaku ditentukan olehNya. Kita sebagai hambaNya, mestilah berusaha untuk menjadi lebih sihat. CONTROL YOUR DIABETIS FOR LIFE.
(Pesanan ni dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan)