Click here OK!

Followers

Tuesday 31 July 2012

OH DARNEL 17

Aktiviti kat rumah, takde lain selain tidur dan tengok TV. Sekarang kan musim Olimpik, jadi asyik tengok je la sukan macam-macam. Hari tu aku tengok game bola tampar perempuan. Aku terpegun dengan seorang pemain Turkey ni. Dah la cantik, menarik, main bagus pula tu. 
Tak pasal-pasal aku tengok game tu sampai habis. hehehe. Perempuan main takde la laju sangat macam lelaki, tapi bole tahan juga la hebatnya. Mari kita tengok gambar-gambar dia. 

Nama sebenar dia Neslihan Darnel. Nama samaran dia Iron Lady. Tengok pada rupa dan gaya, macam tak percaya dia ni dah ada anak satu umur 5 tahun. Dia juga la yang memegang bendera Turkey semasa perarakan kontijen pasukan Turkey pada majlis pembukaan tu. Cantik woooo...









Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging........
Selamat berpuasa. PUASA JANGAN TAK PUASA...

Sunday 29 July 2012

KENALI PEREMPUAN






Apa contra nya lelaki dengan pernyataan di atas yek???? Emmm...mungkin sama, mungkin tidak kan..............

Thursday 26 July 2012

DOAKAN DIA CEPAT BAIK


Tengahari tadi aku pergi hospital lagi untuk melawat anak kepada sepupu aku kat Hospital Sultan Ismail. Hari ni dah kali ketiga aku pergi melawat dia. Mak aku betul-betul risaukan anak sepupu aku tu sebab luka dia agak parah. 

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

Kitorang panggil dia Amie jek. Bapak dia sepupu rapat la dengan aku. Budak tu jatuh motor pada jam 4 pagi kat Ulu Tiram rasanya. Katanya dia bawak motor dalam keadaan mengantuk. Dia terlelap dalam sesaat dua, dan terus jatuh sebab hilang keseimbangan. Terseret atas jalanraya dalam 10 meter, terlanggar bahu jalan, then tercampak ke dalam longkang. 

Tengok pada keadaan dia, memang lambat lagi rasanya nak baik sebab bukan setakat kaki jek patah, tapi daging pun hancur dan koyak. Jadi teruk camtu sebab masa dia jatuh tu, dia pakai seluar pendek. Malang tidak berbau kan. Kalau dah memang nak kena, memang kena la. Dah kena sambut puasa kat hospital. Tak dapat la dia nak berpuasa sebab pesakit memang tak boleh puasa sebab kena makan ubat dan masuk ubat antibiotik. Raya nanti pun, mungkin kena sambut kat hospital juga. 

Yang aku kesian budak tu ada peperiksaan besar tahun ni. Umur dia 17 tahun, Spm tahun ni. Kaki dah masuk besi, memang terlantar je la kat katil.


Sempena bulan baik ni, mari kita sama-sama berdoa agar pembedahan-pembedahan seterusnya akan berjaya. Berdoa agar luka cepat baik, dan tulang kaki dia pun cepat baik. Lepas ni akan ada pembedahan lagi untuk dia. Pembedahan masuk besi dah. Lepas tu  ada pembedahan untuk tampal daging plak kot. 

Nasihat kepada orang ramai, jangan menunggang motosikal atau memandu kereta dalam keadaan mengantuk kerana malang tidak berbau. Berhati-hati di jalanraya dan sentiasa berjaga-jaga dengan kenderaan sekeliling kerana walaupun kita dah cukup berhati-hati, tapi orang lain mungkin tidak. 

Kat bawah ni ada gambar kaki budak tu. Kalau korang lemah semangat nak tengok, baik tak payah tengok la. Scroll laju-laju. hehe. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............... 
























Selepas jatuh, sebelum dicuci

Selepas dicuci dan dimasuk besi




















SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG.....
 

Friday 20 July 2012

MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN TENANG


Dah lama rasanya aku tak berblogging. Maklum la kan, sibuk exam dan buat persediaan untuk presentation Final Year Project. Tapi sekarang aku dah lega sebab semuanya dah habis. Final exam dah settle, Final Year Project pun dah settle. Hari ni 20 hb 7. Esok plak 21 hb 7 bersamaan dengan 1 Ramadhan. Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Puasa jangan tak puasa. No excuse la bagi yang dah dewasa dan boleh berpuasa kan. Lain lah kalau perempuan yang memang tak boleh nak puasa bila tiba masanya. 


Exam hari tu alhamdulillah semuanya ok. Tak ada la rasa susah mana kalau kita study betul-betul kan. Preparation untuk presentation pun semua berjalan lancar. Presentation pun semuanya berjalan lancar. Hari tu dah habis exam pun rasa tak senang duduk lagi sebab kena present FYP tu. Alhamdulillah semuanya dah habis. Maka tamatlah sesi pembelajaran ijazah aku di UiTm Shah Alam. Tapi belum boleh grad lagi sebab aku ada lagi 1 semester praktikal.
Selama 2 tahun aku kat Shah Alam tu, banyak betul kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Semuanya masih segar dalam ingatan aku sekarang ni. Yang pahit tu kalau boleh, akan aku lupakan, dan yang manis akan dijadikan ingatan dan kenangan.  

Sebelum ni aku ada cerita, aku akan praktikal di Jabatan Audit Negara cawangan Johor Bahru. Lapor diri pada 10 hb 9 nanti. Dalam bulan raya lagi la tu. Harap-harap praktikal aku nanti berjalan lancar.

Sekarang ni aku dah berada di kampung halaman. Dah 2 hari dah aku balik. Duduk rumah ni, tak pernahnya aku rasa lapar. hehehe. Ada jek makanan kat dapur tu. Yang paling best, dapat makan durian puas-puas. Durian kampung sendiri beb. Kat Shah Alam tu ada jek orang jual durian, tapi rasa rugi plak nak beli sedangkan kat kampung sendiri ada dusun durian. Alhamdulillah dapat juga aku makan durian puas-puas setelah berminggu-minggu aku menahan nafsu nak makan durian. 

Aku tak sempat nak blogwalking lagi ni. Aku harap ada la pembaca setia blog ini singgah-singgah dan komen sekali kat sini. Tak tau la ada lagi ke tak rakan-rakan blogger yang masih ingat kat aku. Sebab aku rasa macam lama betul tak update blog dan terjah blog diorang. 

Nanti aku terjah habis blog-blog korang ye. Terutama blog-blog pilihan aku tu. Akhir kata dari tuan blog, SELAMAT BERPUASA dan jaga diri baik2 ok. Jaga mulut, jaga mata, jaga semuanya. Terawih jangan lupa k. hehehe. 



Ok. Assalamualaikum dan selamat berblogging.......................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA