Tengahari tadi aku pergi hospital lagi untuk melawat anak kepada sepupu aku kat Hospital Sultan Ismail. Hari ni dah kali ketiga aku pergi melawat dia. Mak aku betul-betul risaukan anak sepupu aku tu sebab luka dia agak parah.
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru |
Kitorang panggil dia Amie jek. Bapak dia sepupu rapat la dengan aku. Budak tu jatuh motor pada jam 4 pagi kat Ulu Tiram rasanya. Katanya dia bawak motor dalam keadaan mengantuk. Dia terlelap dalam sesaat dua, dan terus jatuh sebab hilang keseimbangan. Terseret atas jalanraya dalam 10 meter, terlanggar bahu jalan, then tercampak ke dalam longkang.
Tengok pada keadaan dia, memang lambat lagi rasanya nak baik sebab bukan setakat kaki jek patah, tapi daging pun hancur dan koyak. Jadi teruk camtu sebab masa dia jatuh tu, dia pakai seluar pendek. Malang tidak berbau kan. Kalau dah memang nak kena, memang kena la. Dah kena sambut puasa kat hospital. Tak dapat la dia nak berpuasa sebab pesakit memang tak boleh puasa sebab kena makan ubat dan masuk ubat antibiotik. Raya nanti pun, mungkin kena sambut kat hospital juga.
Yang aku kesian budak tu ada peperiksaan besar tahun ni. Umur dia 17 tahun, Spm tahun ni. Kaki dah masuk besi, memang terlantar je la kat katil.
Sempena bulan baik ni, mari kita sama-sama berdoa agar pembedahan-pembedahan seterusnya akan berjaya. Berdoa agar luka cepat baik, dan tulang kaki dia pun cepat baik. Lepas ni akan ada pembedahan lagi untuk dia. Pembedahan masuk besi dah. Lepas tu ada pembedahan untuk tampal daging plak kot.
Nasihat kepada orang ramai, jangan menunggang motosikal atau memandu kereta dalam keadaan mengantuk kerana malang tidak berbau. Berhati-hati di jalanraya dan sentiasa berjaga-jaga dengan kenderaan sekeliling kerana walaupun kita dah cukup berhati-hati, tapi orang lain mungkin tidak.
Kat bawah ni ada gambar kaki budak tu. Kalau korang lemah semangat nak tengok, baik tak payah tengok la. Scroll laju-laju. hehe.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...............
Selepas jatuh, sebelum dicuci |
Selepas dicuci dan dimasuk besi |
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG.....
8 comments:
Huhu..aku scroll laju2, ngeri nk tgok.
Aku doakn budak tu cepat sembuh, kesian dia..
wwwuuummmaaakkkkaiii wwwuuupaaakkkaiii..ngeri ehh tgk nye..xmo-xmo
*mogacepatsembuhlahhendaknyaAMEN!*
Ngeri!
moga cepat sembuh..
nauzubillah...moga dia cepat sembuh...amin..if mengantuk..jangan menunggang atau memandu ok..
semoga dia cpt sembuh.Aamiin. . spm lg tu.
Ya Allah sakitnye tengok..kesian sangat..nasib baik aku jatuh motor dlu x jadi mcm ni..
semoga budak tu cepat sembuh la ye..
takutnya tngok kdaan dia..harap dia cepat sembuh..
ngerinya tengok haihhhh..moga beliau cpt smbuh yeaa..
Post a Comment