Click here OK!

Followers

Tuesday 6 December 2011

SEBUNGKUS RM3.50 , 3 BUNGKUS RM10

Pernah jumpa makcik tua datang kat korang sebut macam ni??? "Beli nak, sebungkus RM3.50, 3 bungkus RM10". Kalau yang jenis suka melepak kat kedai mamak or kedai makan mesti ada jumpa. Tempat lain aku tak tau la kan. Tapi kat Shah Alam ni banyak sangat jumpa macam ni. 

Kesian tau kalau tengok makcik-makcik tua ni bawak plastik besar dan berat dengan kedua-dua tangannya yang timbul-timbul urat. Makcik-makcik ni jual apa yek ??? Jual tisu??? Jual plastik??? Jual burger??? Jual baju??? Semua bukan. Makcik-makcik ni jual kerepek. Macam-macam kerepek tau diorang jual. Ada kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek bawang dan macam-macam lagi jenis kerepek. 


Aku kesian tau tengok makcik-makcik ni. Dah la bawak kerepek dalam kuantiti yang banyak, dua2 belah tangan pula tu diorang bawak. Makcik-makcik ni akan pergi ke setiap meja makan nak jual kerepek yang diorang bawak. Aku dan kawan-kawan aku selalu tau beli. Alasan pertama sebab kesian tengok diorang, dah la kebanyakannya tua-tua. Alasan kedua sebab kerepek-kerepek tu semua sedap-sedap. Ikut pengalaman aku beli sebelum-sebelum ni, sumpah semua sedap-sedap. 

Aku kalau tak boleh nak keluarkan RM10 untuk beli 3 bungkus, sekurang-kurangnya aku akan beli sebungkus. Dapat juga bagi makcik tu income RM3.50 kan. Pernah sekali aku berbual dengan makcik tu, rumah dia dekat Sabak Bernam. Kira jauh la kan dari Shah Alam. Makcik tu naik van ramai-ramai dan diturunkan kat Shah Alam untuk jual semua kerepek-kerepek tu. Makcik tu kata dia kerja jual kerepek jauh-jauh ni untuk nak tampung perbelanjaan anak-anak sekolah dan universiti. Terharu aku dengar apa makcik tu cakap. Itu la pengorbanan seorang ibu. 

Kepada kawan-kawanku sekalian. Kalau ada jumpa makcik-makcik jual kerepek ni masa tengah makan-makan, beli la walaupun sebungkus. Kenapa??? sebab kesiankan makcik-makcik ni dan lagi satu sebab kerepek-kerepek tu insyallah sedap. Memang la income jualan kerepek tu bukan untuk diorang, makcik-makcik tu hanya mengharap upah daripada tokey besar jek. Tapi sekurang-kurangnya kita luak kan sedikit jumlah kerepek dalam plastik besar yang diorang bawak tu. Cepat habis, cepat la makcik-makcik tu rehat kan. 



Bila tengok makcik-makcik tu teringat mak aku kat rumah. I love you mom.   

17 comments:

私の名前はMrs Lanun Daratです。 said...

dah try banyak kali comment.tapi asyik error 404. hope yg ni lepas...

shah,kita serupa lah shah! wajib beli kalau ada wit sikit dalam poket..pertama sebab kesian.yang kedua sebab kerepek dia mabeles! hasil tangan seorang ibu..dah tentu sedap..shah,betul tu.kita teringat kat mak kalau tgk owg mcm tu..kasih ibu tiada tandingan

Ya Allah,murahkan rezeki sahabatku shah sebab dia selalu memurahkan rezeki orang lain..aminnn

Esok nak buat entri khas pasal ni..jangan lupa temujanji malam sok.hehee

Lai Qma said...

aah..tringat dulu mse at asrma p0n slalu ade mkcik2 cmtu yg dtg jual2 krepek ni..n kt0rg p0n bli byk sgt..sbb ketiga nk tmbah kt0wg mmg tgh lapar (kbulur:P) n krepek tu mmg sgt mgg0da..hehe

cik pinaz said...

a'aa .. penah jumpa .. ada yg datang jual dari rumah ke rumah pun ada .. memang sedap pun dh nm pun kerepek .. :)

ILA HonEyBuNNy said...

betul jugak kan...

kesian makcik2 neh duk menjual...okeh..kalau jumpa akna beli jugak..;)

KizZ said...

Hihi..baik betul hati warga malaysia kita nih...aku pun nak beli jugaklah nanti..time dah ada duit cket la tapi..keh keh!

Ungu Violet said...

yep...mmg tak sampai ati..kompem beli jugak..:)

Eein Azryn said...

sebak baca entry ni. teringat dekat mak. huhu. mak sanggup berkorban untuk anak dia. nanti dah kerja jangan pulak lupa dengan pengorbanan mak. :')

saffiya_aleesya @ echa said...

kalau kat area tempat echa, bukan makcik2 tapi budak2..kesian tengok menjual sampai tengah malam..memang la bila kita beli kita leh makan kerepek tu tp dlm masa yang sama kita leh tolong dia lagipun kesian tengok dia bawak beg plastik kerepek tu banyak sangat..

LAici KAng Ais said...

dulu ada jugak nampak kat hakim belakang uitm tp skang dah tade. kangen dengan kerepek tuh

Juliet_iRa~" said...

betul2..ada juga beli..

kdg2 y jual tisu tu derma je..xamik pon tisu tu..sbb kesian..

Hanis Harun said...

murah rezeki..i follow :)

ILA SYAMILA ♥♥ said...

tu kalau anak die tak bersyukur tak tau la den nak cakap apo. haih

J.Syazwana said...

betul betul.
sama2 tolong menolong sesama manusia :)

syakirahmn said...

dulu masa skolah rendah ada jugak mkck2 ni round2 taman jual krepek bahulu n segeng dgnnya. kesiannn kot. kadang ktaorg jemput minum2 air kt rumah dulu.

diorang mcm ada ejen. lepastu pecah2 g kwsn ni g kwsn tu. huhu

TiNurSya said...

eh, teringat masa kat ostel. tiap tiap ari jumaat mesti mkcik krepek dtg. budak aspura tolong angkat krepek dia, sebab hostel kiteorang atas bukit, penat dia nak bawak. pehtu budak aspuri shopping sakan. whee~ tahun depan syieda masuk ostel balek, boleh jumpe mkcik krepek ;)

*oh ya! sabak bernam dekat ngan kawasan uma syieda ^^,

Anonymous said...

seorang ibu sanggup bersusah payah demi pelajaran anak,tapi anak?moga2 anaknya membalas jasa pengorbanan ibunya bila dah bekerja.insyaAllah..amin

Amierah Nabillah said...

betul sangat :((( saya sayang mak saya sangat2. bila tengok mak orang lain, pun saya teringat kat mak saya. tak sanggup langsung nak layan dorg tah pape je :(((

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA